Isnin, 30 November 2009

Player Baru Kongkang..

Setelah berjaya menjadi juara Piala Kongkang untuk 2 musim berturut-turut, pihak pengurusan Sembang Kongkang telah bersetuju berbelanja besar untuk musim yang akan datang. Untuk memantapkan lagi pasukan, Sembang Kongkang telah membeli To'ki dari Urdu FC dengan yuran perpindahan mencecah RM 88 juta. Kehebatan to'ki di padang dan aksinya yang memukau membuatkan pihak pengurusan bersetuju untuk menggunakan khidmat beliau bagi memantapkan jentera serangan. Juru cakap agen kepada To'ki berkata, To'ki dah lama berminat untuk menyarung jersey Sembang Kongkang tetapi dek kerana masalah dengan majikan lama menyebabkan beliau menangguhkan hasrat beliau. Pergaduhan besar antara To'ki dgn manager Urdu FC menguatkan lagi perpindahan paling sensasi untuk musim ini. To'ki tak puas hati dengan manager lama kerana manager tu tidak membenarkan To'ki menyanyikan lagu hampa tetapi berlainan pula dengan manager Sembang Kongkang yang memberikan To'ki kebebasan untuk menyanyikan ape2 lagu yang dia suka asalkan To'ki bahagia. Diharap To'ki dapat meningkatkan lagi kedudukan Sembang Kongkang supaya tahap kekongkangan berada di tahap yang paling tinggi.

Majlis penyerahan jersey menandakan To'Ki sah menjadi milik pasukan Sembang Kongkang

Khamis, 19 November 2009

Kita Juara Lagi....


Kongkang Cup Season 2 baru sahaja melabuhkan tirainya. Tidak terjangka Sembang Kongkang A berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim pertama selepas berjaya menumbangkan pasukan Ape2 Je La dalam perlawanan yang cukup dramatik dan mendebarkan.Perlawanan akhir yang berlangsung dalam suasana yang cukup tegang menyaksikan pasukan Sembang Kongkang A ketinggalan 2-0 pada awal perlawanan. Pasukan Ape2 Je La nyaris2 melakukan kejutan terbesar dalam sejarah Piala Kongkang namun dengan pengalaman dan ketenangan pemain2 Sembang Kongkang A, mereka berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 sebelum penentuan sepakan penalti dijalankan. Pada penentuan sepakan penalti, penjaga gol Sembang Kongkang A iaitu Brader berjaya menyelamatkan 2 sepakan penalti pasukan Ape2 Je La menjadikan Sembang Kongkang A berjaya mengalahkan Ape2 Je La dengan keputusan 5-4.

Jersey baru membawa tuah kepada Sembang Kongkang A setelah berjaya mempertahankan kejuaraan Kongkang Cup untuk musim ke-2 berturut-turut.

Walaupun gagal mengulangi pencapaian ke perlawanan akhir seperti musim lepas, namun percapaian mendapat tempat ke-3 harus dipuji. Berjaya mengaibkan pasukan Wulta FC yang dikatakan pasukan pilihan pada perlawanan penentuan tempat ke-3 dengan keputusan 4-2. Untuk musim ke-3 nanti, president Sembang Kongkang bersetuju berbelanja besar untuk membeli to'ki pemain dari kelab Urdu FC bagi memantapkan lagi pasukan.

Naib juara Kongkang Cup season 2. Dilabel sebagai pasukan underdog, pasukan ini langsung tidak diberi harapan ke perlawanan akhir. Namun pasukan yang berpengkalan di tingkat 10 E12 ini berjaya menutup mulut semua pengkritik dengan aksi yang boleh dibanggakan. Walaupun tewas 4-1 dalam perlawanan peringkat kumpulan dengan pasukan Sembang Kongkang A, tetapi pada aksi final pasukan ini nyaris-nyaris melakukan kejutan terbesar dalam sejarah Piala Kongkang.

Pasukan yang dilabel sebagai pasukan pilihan untuk muncul juara namun entah mana silapnya pasukan yang mendapat jolokan "WULTA WULNI WALDI SHINKO" ini layu ditangan pasukan-pasukan yang sebelum ini dilabel sebagai pasukan belasahan. Sanggup berbelanja besar diawal musim dengan menggajikan pemain-pemain dengan gaji yang berjuta-juta ringgit namun hasilnya amat mengecewakan. Pasukan ini akan turun ke division 2 musim depan.

Pasukan pilihan Kongkang. Hadir ke padang selaku pasukan jemputan untuk perlawanan pertunjukan sebelum berlangsungnya perlawanan akhir. Dengar cerita pasukan sedang berusaha untuk menyertai Kongkang Cup musim ke-3 akan datang. Namun penganjur Kongkang Cup tidak meluluskan permohonan mereka atas alasan keselamatan.

KEPUTUSAN PENUH KONGKANG CUP MUSIM KE-2

Peringkat Kumpulan

Perlawanan 1 Sembang Kongkang A vs Ape2 Je La 4-1
Perlawanan 2 Wulta FC vs Sembang Kongkang B 3-1
Perlawanan 3 Ape2 Je La vs Wulta FC 1-0
Perlawanan 4 Sembang Kongkang B vs Sembang Kongkang A 1-3
Perlawanan 5 Sembang Kongkang A vs Wulta FC 3-1
Perlawanan 6 Ape2 Je La vs Sembang Kongkang B 1-1

Kedudukan Dalam Liga

1. Sembang Kongkang A
2. Ape2 Je La
3. Wulta FC
4. Sembang Kongkang B

Penentuan Ke-3 Sembang Kongkang B vs Wulta FC 4-2
Perlawanan Akhir Sembang Kongkang A vs Ape2 Je La 2-2
(Sembang Kongkang A menang penalti 5-4)

Penentuan tempat ke-3 dan ke-4 yang dimenangi dengan bergaya oleh pasukan Sembang Kongkang B dengan keputusan 4-2

Final Kongkang Cup Musim ke-2

Cap pertama cc puad bersama Sembang Kongkang B

President Sembang Kongkang berjaya mengongkangkan suasana dengan skill terbang beliau.

Tak percaya dengan kekalahan yang amat memalukan, pasukan Wulta FC merangkak beramai-ramai dan tak sanggup menunjukkan muka akibat malu yang tak terhingga.

Semakin hilang kewarasan dek kerana tidak boleh menerima kekalahan yang memalukan

Tunggu la musim ke-3 nanti

KAMI JUARA LAGI!!!!!!!!

Sabtu, 14 November 2009

Kongkang Cup Kembali Lagi


TARIKH : 20 NOVEMBER 2009

TEMPAT : ACTIVE FUTSAL, BANGI

MASA : 8 mlm – 10 mlm

BAYARAN : KITA KIRA KAT SANA


Korang ingin jadi seperti mereka di atas??Apakata korang join Kongkang Cup Season 2. Menjanjikan lebih banyak aksi dan skill yang hebat. Adakah Sembang Kongkang akan berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada Season 1??Adakah team Dayod FC akan hadir dengan wajah baru??Nak tau jwpnya kena la join Kongkang Cup Season 2. Apa tunggu lagi, hantar senarai nama pemain pasukan anda kita tengok team mana yang akan bergelar juara nanti….Kita jumpa di sana!!!!

Ahad, 8 November 2009

Mesca-Bola Sepak

Setelah berakhirnya acara sepak takraw dan bola tampar. Kini tiba pula acara yang ditunggu-tunggu selama ini. Acara yang menjadi tumpuan iaitu bola sepak 9 sebelah. Menghantar 2 pasukan seperti juga sepak takraw, pasukan kali ni dibarisi dengan gandingan muka lama dan baru mengharapkan untuk melakukan upset ke atas team yang dilihat pilihan di atas kertas.

kapten team BPI B bersiap-siap memakai but yang ditaja oleh HEURO

Mengikat tali but seperti menganyam tikar mengkuang

Muka kelihatan risau dek kerana terkenangkan kew-8 yang tak siap-siap.

Nama ada atas kertas tapi acit tak main pun sebaliknya dia jual pisang.

Team BPI A

Team BPI B

Perlawanan pertama team BPI adalah diantara BPI B dan team Tajaan. Untuk pengetahuan, team Tajaan adalah team pilihan. Manakala team BPI B adalah team belasahan. Namun kami turun dengan tekad dan azam untuk melakukan sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan. Akhirnya dengan sokongan kelab penyokong BPI dan strategi 8-1-0 kami akhirnya berjaya seri dengan team Tajaan. Kami berjaya membengangkan diaorg kerana strategi mengumpulkan 8 pemain dalam kawasan penjaga gol berjaya menghalang team Tajaan menjaringkan gol. Walaupun keputusan seri tapi kami sudah kira mcm satu kemenangan besar. Kemenangan yang cukup bermakna....ha3

BPI B lawan Tajaan. Penjaga gol Tajaan tak sentuh bola langsung kerana bola selalu ada kat kawasan BPI B.

Setelah Team B berjaya melakukan upset, kali ni tiba pula giliran Team A menunjukkan taringnya. Leka dengan perasaan ingin menang akhirnya Team BPI A tewas dengan jaringan 2-0 oleh BSSK. Kurang tumpuan dibahagian pertahanan menyebabkan penyerang BSSK berjaya mencuri peluang.

BPI A menentang BSSK

Keputusan keseluruhan perlawanan BPI A dan BPI B

Perlawanan 1 : BPI A vs BSSK 0-2
Perlawanan 2 : BPI A vs Pembangunan 0-2
Perlawanan 3 : BPI A vs MPM 0-0
Perlawanan 4 : BPI A vs Kopentensi 0-1

Perlawanan 1 : BPI B vs Tajaan 0-0
Perlawanan 2 : BPI B vs ITNM 0-1
Perlawanan 3 : BPI B vs SBPSK 0-2

Walaupun tak layak ke peringkat suku akhir, tapi kami berpuas hati dengan permainan kami. Penyertaan kami bukan sekadar pelengkap jadual tetapi kami adalah pengacau kumpulan. Berjaya memusnahkan impian Tajaan yang sepatutnya menang menentang BPI B dan juga BPI A berjaya memusnahkan impian Kopentensi yang sepatutnya memerlukan 2-0 untuk layak ke suku akhir....

Gol keeper pekida

Senjata rahsia BPI B..Dimasukkan semasa BPI B amat-amat memerlukan khidmat beliau

Pemilik kelab berjanji akan menggugurkan semua pemain dan menggantikan pemain baru

kasut bertuah

Walaupun kita kalah tapi kita tetap TEAMMMMMM!!!!!

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kita jumpa lagi di Mesca tahun depan. Terima kasih juga kepada penaja jersi kami iaitu flet sri jinjang kerana sudi meminjamkan jersey kat kami. Kalau tak mungkin kami akan pakai baju badan kebajikan atau jersey kunin.......

Mesca-Sepak Takraw Dan Bola Tampar

Setelah berakhirnya acara futsal dan pool, kini tiba pula giliran skuad sepak takraw BPI memperagakan aksi. Berbekalkan semangat "TEAM!!!" skuad BPI menghantar 2 pasukan iaitu BPI A dan BPI B bagi memberikan saingan kepada pasukan lain yang mengambil bahagian. Team BPI A dibarisi oleh pemain-pemain yang berpengalaman luas dalam acara sepak yem iaitu Acit, Mat Napi dan Apis. Manakala Team B dibarisi oleh pemain-pemain badminton dan bola tampar iaitu Bro, Alop, Amin dan Kamal.

Skuad takraw masa depan BPI

Berbincang taktik berkesan utk tidak kalah teruk

Ini lah kali pertama team sepak takraw BPI turun berlatih

Walaupun team BPI tidak pernah berlatih (kecuali acit berlatih sorang2), namun dengan sedikit skill yang ada Team BPI A dan BPI B berjaya memenangi perlawanan pertama masing-masing. Team BPI A bergaya menewaskan team Bahagian Perolehan dengan keputusan 2-0. Manakala team BPI B juga tidak kurang hebatnya apabila menang tanpa mengeluarkan setitik peluh pun. Ini adalah disebabkan team BPG tidak berjaya menghadirkan diri mereka ke gelanggang. Kontigen BPI seakan-akan tidak percaya kerana berjaya memenagi perlawanan sulung walaupun tanpa latihan intensif dan latihan pusat team BPI berjaya menang bergaya.wakakakaka..

Apis melakukan sepakan kuda belang lari lintang pukang tanpa bayangan...(klu perasan bola takraw dan kaki beliau seakan-akan hilang)

Acit dengan gaya yang tersendiri. Beliau adalah satu-satunya player takraw berlatih semata-mata untuk mesca.

Walaupun Team BPI A dan B berjaya memenangi perlawanan sulung, tapi baki perlawanan seterusnya team BPI dititik teruk. BPI A dan BPI B kalah 2 perlawanan berikutnya. Ape-ape pun kami tetap enjoyyy...Namun peristiwa yang paling tak dapat dilupakan ialah BPI B berjaya memperolehi 3 point dengan hanya menggunakan skill2 yang paling mengelirukan yang langsung tak terjangka oleh pihak lawan...Hahahaha berjaya jugak main2 kan diaorg...wakakakakaka...(walaupun kalah tapi aku puas sebab dapat main2 kan diaorg)

Team bola tampar juga seperti sepak takraw baru menjalani latihan di hari pertandingan. Masing-masing baru kali pertama sentuh bola tampar.

Setelah sepak takraw menutup cerita dengan ceria(krn berjaya mainkan pihak lawan), kini tiba pula masanya bola tampar menunjukkan skill mereka. Apa yang menarik dalam kem bola tampar, semua pemain bola tampar sebelum hari pertandingan mereka giat berlatih tapi bukan dengan bola tapi dengan orang-orang yang mukanya ketat. Mereka menampar semua orang-orang yang muka ketat. Sape muka ketat kena tampar. So masing-masing boleh la praktikan ape yang diaorg buat semasa pertandingan dan tak kekok apabila ingin menampar bola kerana mereka menganggap bola tu seperti orang yang muka ketat.

mcm "nate maki"

bang cantik seluar

Perlawanan pertama menentang BPSM

Perlawanan pertama team BPI adalah bertemu BPSM. Team BPI bersemangat turun ke gelanggang walaupun tahu reputasi hebat BPSM. Tapi kami tidak gentar malah menganggap team lawan mcm budak2 skolah je.

meraikan point pertama. Walaupun dapat point pertama tapi cara meraikan seperti dah jadik juara...

Dalam bola tampar, kami bermain enjoy giler.. Mcm main waktu pjk zaman-zaman sekolah dulu. Bermain tanpa sebarang tekanan malah team BPSM yang terasa tekanan yang melampau-lampau. Dengan sokongan kuat dari kelab penyokong BPI kami akhirnya tewas dengan keputusan 2-0 namun perlawanan kami dengan BPSM adalah perlawanan dikenang sepanjang zaman dek kerana kemeriahan player dan penyokong yang memeriahkan suasana dewan yang mulanya agak suram..kami berjaya menghidupkan suasana dewan itu menjadi lebih ceria...Semua orang tertumpu pada perlawanan kami, bukan kerana permainan kami tapi kerana perangai pelik team kami..Walaupun kita kalah tapi kita tetap TEAMMMMMMM......Semasa bersalaman dengan pengadil bola tampar, beliau sempat berkata "saya suka pasukan awak, ceria dan enjoy je"......Kami pulang dengan perasaan bangga.Walaupun kalah perlawanan tapi kami tetap menang dengan sorakan TEAMMMMM.....

Kelab penyokong BPI...simbol TEAMMMMM

Sebelum lawan lagi kami dah tau kami akan kalah tapi kami enjoy dengan game kami sertai. Rasanya beban kerja kat opis dah sedikit berkurang dek kerana keenjoyan yang melampau-lampau....Tidak lupa kami ucapkan terima kasih kepada kelab penyokong BPI kerana memberi sokongan kepada kedua-dua skuad bola tampar dan sepak takraw serta berjaya menghidupkan suasana dewan yang pada mulanya agak bosan. Sokongan tidak berbelah bagi walaupun pasukan lawan berada di mata akhir....Terima kasih "TEAMMMM!!!!"

KAMILAH JUARA....TEAMMMMM!!!!!

Jumaat, 6 November 2009

Mesca-Pool

Setelah sekian lama menanti akhirnya pingat emas pertama BPI dalam Kejohanan Mesca datangnya dari acara pool ataupun lebih mesra dipanggil bola tonjol. Penonjol kita Khairur Rijal aka bro telah berjaya menutup semua pengkritik dan berjaya menyingkirkan semua 27 bahagian yang mengambil bahagian. Pingat pertama ini secara tidak langsung memberi semangat kepada atlit2 BPI yang lain untuk berjuang mengharumkan nama BPI...Dengan ini kita berjaya memperolehi kemenangan yang pertama...yehhhhhh..



Pingat emas pertama dari bola tonjol

Khamis, 5 November 2009

Mesca-Futsal

Sabtu lepas team BPI telah menyertai pertandingan futsal anjuran Mesca. Walaupun sebelum perlawanan pasukan BPI giat berlatih siang dan malam tanpa mengenal erti jemu, namun dek kerana kecetekan pengalaman team BPI telah bungkus awal. Tanpa menyertai sebarang perlawanan kompetitif, pasukan BPI agak sukar untuk menyaingi pasukan yang lebih berpengalaman. Dengan kekalahan ini, president sembang kongkang telah merangka strategi untuk kejohanan tahun depan. Strategi yang diberi nama MISI MESCA 2010....


KEPUTUSAN PASUKAN BPI

Perlawanan 1 : BPI vs Jemaah Nazir 0-3
Perlawanan 2 : BPI vs BPSM 1-1
Perlawanan 3 : BPI vs MPM 1-3

Menang gaya jerk....

Gol kiper team BPI

Game 1 lawan Jemaah Nazir

Game 2 lawan BPSM

Dah kalah masing-masing malu untuk tunjuk muka.....