Selasa, 29 Disember 2009

Format Pentandingan

Format Kongkang Cup untuk kali ini adalah berbeza dengan pertandingan sebelumnya dimana sebanyak 6 pasukan akan berentap dalam liga satu pusingan sebelum empat pasukan teratas liga akan memasuki peringkat separuh akhir. Pasukan tangga ke 5 dan 6 liga akan berentap dalam perlawanan klasifikasi kedudukan tempat ke-5 dan ke-6. Pada peringkat separuh akhir, juara liga akan bertemu dengan pasukan ke-3 liga, manakala naib juara liga akan berentap dengan pasukan yang menduduki tangga ke-4 liga. Format kali ini lebih terbuka dimana peluang untuk pasukan-pasukan yang bersaing untuk muncul juara adalah lebih baik berbanding dengan format terdahulu. Dibawah adalah keputusan perlawanan akhir Kongkang Cup musim-musim lepas.

JUARA MUSIM PERTAMA
SEMBANG KONGKANG A
NAIB JUARA
SEMBANG KONGKANG B

JUARA MUSIM KEDUA
SEMBANG KONGKANG A
NAIB JUARA
APE2 JE LA FC

JUARA MUSIM KETIGA
DIBATALKAN
NAIB JUARA
DIBATALKAN

JUARA MUSIM KEEMPAT
?????????
NAIB JUARA
?????????

Pasukan manakah yang akan diangkat sebagai juara baru Kongkang Cup atau adakah Sembang Kongkang A akan terus mempertahankan kejuaraan mereka? Nantikan sepak mula jam 8mlm 30hb Disember 2009 di Pancarona Putrajaya...




Isnin, 28 Disember 2009

Kongkang Cup Grand Seasons 2009

Bukti resit booking court pancarona rabu ni

Setelah Kongkang Cup untuk seasons 3 dibatalkan disebabkan masalah komunikasi, Kongkang Cup kini telah sampai ke penghujungnya....Kejuaraan yang dinamakan Kongkang Cup Grand Finale 2009 menjanjikan aksi yang hebat. Sebanyak 6 pasukan telah mengesahkan tempat untuk saingan kali ini. Antara pasukan-pasukan yang mengambil bahagian iaitu juara bertahan 2 musim berturut-turut Sembang Kongkang A. Selain itu, Naib Juara musim pertama iaitu Sembang Kongkang B turut mengesahkan penyertaan. Pasukan yang melakukan up set ketika muncul naib juara musim ke 2 iaitu Ape2 Je La turut menyertai saingan kali ini. Selain itu, pasukan baru dinaik taraf Jamin FC yang dulu dikenali sebagai Wulta FC juga ingin memberi saingan yang paling hebat untuk team-team yang bertanding. 2 lagi pasukan yang telah mengesahkan penyertaan iaitu Jejaka Pinggiran FC dan juga Sedang Molek FC....Oleh itu, datanglah beramai-ramai ke Kejohanan Futsal Kongkang Cup Grand Finale 2009. Pasti akan memberikan kepuasan maksima kepada peminat-peminat semua....Kita jumpa di sana....



TARIKH : 30 DISEMBER 2009
TEMPAT : PANCARONA PRESINT 18
MASA : 8.00 MLM - 11.00MLM
BAYARAN : RM 5.00





Selasa, 15 Disember 2009

Malaysia Layak Ke Final

Setelah memadamkan ego Thailand dengan menyingkirkan pasukan negara gajah putih itu, kali ini pasukan bimbingan K Rajagopal berjaya meranapkan impian tuan rumah, Laos untuk layak ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea XXV. Kali terakhir kita layak ke final ketika kita menjadi tuan rumah pada 2001 dimana pada perlawanan itu, Malaysia bertemu musah tradisi iaitu Thailand. Namun nasib menyebelahi Thailand apabila menang 1-0 walaupun ketika itu, pasukan Malaysia menguasai hampir keseluruhan perlawanan.

Setelah berjaya layak ke akhir, Malaysia sekali lagi ingin mencipta sejarah muncul juara sukan sea setelah kali terakhir kita berbuat demikian adalah pada tahun 1989 ketika Malaysia menjadi tuan rumah. Pada perlawanan akhir nanti Malaysia akan bertemu pasukan Vietnam bagi menentukan siapa yang bakal menjulang kejuaraan untuk kali ini. Untuk pengetahuan, pasukan Malaysia telah bertemu dengan pasukan Vietnam pada peringkat kumpulan dimana pasukan Malaysia tewas 3-1 kepada Vietnam..

Baddrol Bakhtiar (no 23) adalah wira ketika Malaysia membenam cabaran Laos

Diharap berbekalkan semangat Malaysia Boleh serta doa rakyat Malaysia, pasukan bimbingan K Rajagopal dapat melakukan sesuatu bagi mengharumkan nama Malaysia dan mengembalikan semula maruah bola sepak Malaysia yang telah lama tercalar. Team Sembang Kongkang juga akan doakan pasukan Malaysia akan berjaya.....MALAYSIA BOLEH!!!!!!!!

PERLAWANAN MALAYSIA VS VIETNAM
(17/12/2009, pukul 6.00 PTG waktu Malaysia)
Dijangka ada live kat RTM

RAMALAN SEMBANG KONGKANG

MALAYSIA vs VIETNAM 2-1

Khamis, 10 Disember 2009

Seasons 3 Lebih Hebat...


Kongkang Cup kembali lagi untuk musim yang ke-3 setelah 2 musim berturut-turut kejuaraan menjadi milik Sembang Kongkang A. Saingan kali ini lebih menarik kerana pihak penganjur telah menambah lagi satu pasukan bagi menghangatkan lagi saingan. Format kejohanan kali ini lebih terbuka dimana pasukan yang berada dalam kedudukan ke-4 liga juga masih berpeluang untuk muncul juara. Untuk saingan kali ini kedengaran desas-desus pasukan Wulta FC akan mengalami penjenamaan semula dimana ada pemain baru yang akan diserap masuk dan pasukan Wulta FC juga akan menukar nama pasukan dengan nama baru. Pasukan Ape2 Je La masih belum mengumumkan sebarang perubahan. Manakala pasukan Sembang Kongkang pula berura-ura menghantar team C. Ape2 pun nantikan kemunculan Kongkang Cup Seasons 3 yang akan mengegarkan arena futsal negara....


TARIKH : 17 DISEMBER 2009
TEMPAT : ACTIVE FUTSAL
WAKTU : 8-10 MALAM
BAYARAN : KIRA KAT SANA

Ahad, 6 Disember 2009

Kenangan Bersama Bat....

Tiada apa lagi yang hendak ditangiskan. Keluar air mata darah sekalipun bat kesayangan kami tidak akan kembali lagi. Tidak disangka kegembiraan dan kebahagiaan kita diragut dalam sekelip mata. Oh bat, kenangan kita bersama tidak akan kami semua lupakan. Rindu pada bat tidak terkata. Kami masih ingat lagi waktu kita bersama dulu. Kita sama2 mengendap anak dara Wak Pagek. Waktu tu kami masih ingat lagi, daud di baling telur busuk oleh Wak Pagek kerana kenakalan kita semua. Bau daud macam puaka. Seminggu bau badan dia bau telur dan selama seminggu dia tak lalu nak makan telur. Kesian plak daud

Ingatan kami juga masih lagi mengingati peristiwa dimana kita semua curi buah durian kat kebun Wak Pagek. Ha3...Walaupun tau dosa, tapi almaklumla masa dulu kita belum berakal lagi. Ustaz kata belum akil baligh. Yang tak boleh tahan tu, siap bawak kete sorong. Ha3...mcm kebun tu bapak kita punya. Punya la seronok kutip durian, entah macam mana Wak Pagek yang waktu tu tengah melepaskan hajat kat sungai nampak kelibat kita suma..Ape lagi mengamuk la orang tua tu...Kali ni dia baling hajat dia yang dia lepaskan kat kita semua. Serang menyerang berlaku. Namun pengalaman Wak Pagek dalam askar melayu masa zaman darurat dulu mengatasi kecetekan akal kita semua. Balingan Wak Pagek mengenai sasaran dan sekali lagi daud jugak yang jadi mangsa. Selama seminggu jugak daud terlantar tak lalu makan dek kerana lontaran hajat Wak Pagek yang kelepap kena muka dia.....Kelakar bila diingat kembali kenangan kita bersama.

Masih segar lagi dalam ingatan bila kita semua naik kambing wak pagek. Waktu petang tu, puas jugak satu kampung kita bawak kambing tu. Sampai lembik kambing tu kita semua kerjakan...ha3...embekkk embeekkkk(kambing tu mintak tolong)..tapi kita semua buat bodoh je.....lawak giler.Tapi entah mcmana tengah syok2 dera kambing Wak Pagek tiba2 terserempak dengan orang tua tu..Ape lagi mengamuk la orang tua tu...Adengan kejar-mengejar antara kita dgn wak pagek, dan sekali lagi daud jadi mangsa keadaan. Kita semua nampak daud kena tangkap dgn wak pagek. Kesian daud, Wak Pagek dengan muka dia yang menggerutu tu menyuruh daud cium kambing dia dengan penuh kasih sayang...Dan setelah kejadian tu, dia terus jadi trauma bila nampak kambing...Keh3

Namun semua tu jadi kenangan. Kenangan masa kita kecik-kecik dulu...Kenangan kita bersama, takkan dapat dilupakan sampai bila-bila. Bila teringatkan ko bat, kitaorg semua rindu kat ko bat..

Kesian ko babat(bat) kena tanam..xde sape nak uruskan ko

Xpe bat..kami bagi saluran pernafasan kat ko...klu senang2 nnti daud ke,haron ke, park ke bleh hembus nafas dia kat ko...bleh ko bernafas sket

Sebak dowh..daud mcm tak caye je ko dah kena tanam

sayangnya daud kat ko sampai dia siram air minirel bagi kat ko, biar ko tak kehausan

Sebak dowh...haron sampai tak boleh terima kenyataan ko dah kena tanam...nasib baik park dgn daud ada...diaorg la bagi semangat kat haron utk meneruskan kehidupan

Sebak dowh. Tak pe la, kehidupan mesti diteruskan..Bat, kitaorg tak akan lupakan ko..Errr tapi aku dengar ko ada tinggalkan harta-harta di dalam dan di luar negeri...Ko jangan risau bat, kitaorg akan berebut untuk dapatkan harta ko....

Selasa, 1 Disember 2009

Ibadah Korban Menginsafkan Diri

Sempena menyambut Hari Raya Aidiladha, Puspanita dan BPI bekerjasama menganjurkan ibadah korban yang telah disertai oleh team sembang kongkang semalam. Walaupun kitaorang ni suma sembang kongkang tapi kerja-kerja amal dan kemasyarakatan ni kitaorg tak segan-segan nak join almaklumla kongkang misali. Sebanyak 5 ekor lembu dijadikan korban dan team sembang kongkang turun beramai-ramai melapah daging lembu tersebut. Nak sembelih pengalaman dan ilmu tak cukup lagi, lapah daging pun masing-masing terkial-kial tapi secara tak langsung dapatla jugak budak-budak kongkang ni belajar. Belajar dari pengalaman.


Inilah lembu pakcik kordi yang hendak dibuat korban.


Bukan senang nak tumbangkan sekor lembu. Tapi tak susah untuk jadi seperti lembu


Banyak pengajaran yang boleh kita dapat dalam pelaksanaan ibadah korban. Dengan menyertai aktiviti ini sekurang-kurangnya dapat kita menghayati pengertian korban.

Lembu yang telah selamat dikorbankan

Aktiviti melapah lembu secara bergotong-royong dapat menghindarkan budak2 ni dari buat kerja yang sia-sia.

Walaupun tak pandai, tapi diaorang suma eksyen buat-buat pandai melapah

tulang temulang dimesin utk diambil sum-sum
lembu yg separa dibogelkan oleh kami

perut lembu yg hilang telah dilarikan oleh Brader rupanya...
daging yg siap ditimbang dan disukat kira
gotong royong membawa ke perot membuyung(dek kekenyangan)jadi amalan begini hendaklah diterap selalu dan diamalkan tiap masa dan ketiak anda...jadi sekian sahaja kali ini utk kali ini berjumpa lagi di lembaran akan datang...salam sayang dari Sembang Kongkang Production aka unit SKP