Sabtu, 30 Julai 2011

Sergio Kun Aguerro pegi City ?????

Manchester City telah sekali lagi menimbulkan spekulasi yg Money is Everything....dgn sekali ngap,Rm 38 Million pound utk menculik menantu maradonna ni...iaitu Sergio Kun Aguerro....dah tau striker dah bertimbun-timbun dibelinye lagi star...bukan kecik-kecik bai....rm200,000 pound seminggu....seminggu ye...baca elok-elok.....gaji ko brape sminggu???

ini dikatakan sbgi standby kerana ura-ura tevez nk blah balik kampung,adebayor pon nk blah,jadi Aguerro ni akan bergandingan dgn edin dzeko-jol....sbgi persediaan utk menghadapi champion league setelah laa tak menang big four setelah sekian lama,masanya telah tibe.....saya tk suke manchester city atau manchester united...saya cume minat mamat ni...hensem dan terror pada Messi si teenggung jugah....

sebagai pemanas badan Man City akan bertemu dgn manchester United dlm Community Shield pada 7 Ogos ni 9.30 mlm....jgn lupe pegi tarawik dulu..uara FA Cup lwn juara EPL....dan saya terpaksa menyokong Manchester City sbgi juara utk Derby ini....tapi mereka tak konsisten...mereka ada kuantiti tapi kurang kualiti...



kite bakoooo jeerrrrr.......

Selamat Tinggal Kuala Lumpur


Pejam celik pejam celik rasa bagai bermimpi bandaraya kuala Lumpur telah ku tinggalkan....setelah jatuh bangun ku disini akhirnya aku tewas....bagaimana ku nk ubati hati yg rindu ini...rindu kepada Kuala Lumpur...??banyak yg aku bakal rindukan di Kuala Lumpur.....kota yg tak pernah tidur dan kian tercemar.....petang-petang lepas keje aku jadi lost...ape aku patot buat...nk main futsal semua pakcik-pakcik baya brader moon semua misai tebal...terpaksala aku berkebun berbakti kepada tanah...jadi petani moden.....jadi sesapa nk order pucuk paku,ulam pegaga,petai,paku pakis,paku payung,cili giling,cili boh,cili sos boleh hubungi saya di talian hotline ye......

di kesempatan ini,saya memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan yg pernah disengajakan dan tidak disengajakan telah dilaksanakan oleh saya....saya memohon ampun dan maaf jika ada terkasar bahasa,peel,terumpat,teredit muke,terkeji,terhina,terngorat,tercomolot,terkorek,teraba(Bob&Abg Syuk),terpaw rokok,duit mintak halalkan la yek...buat wod,ko memg idola aku....aku lost tanpa ko wod

aku rindukan traffic jam di jalan kuching yg tak pernah sesak walau sesaat....asap-asap kenderaan dan diesel yg menyucuk hidungku...bagaimana dpt ku lupakan tentang KLCC,tempat yg ku tenung dan renung sebelum masuk tidur....celik2 mate je tgok KLCC...juga tak dapat ku lupakan di mana aku bersama-sama Partner dan brader berperang merentasi Lebuhraya Mex yg menikam tulang temulang di pagi hari dek kerna sejuknya cuaca..juga bantuan yg diminta di pagi hari(utk mengelakkan punch kad merah)....juga bagaimana dpt ku lupakan jalan P.Ramlee yg dapat memperagakan padaku ratusan anak muda yg berpakaian berbonjol di sana berbelah di sini yg dpt meningkatkan nafsu syahwat setiap kaum adam yg melintas jalan itu....akan lantas terbayang betapa indahnya kalau dpt beristirehat bersama-sama gadis-gadis itu di dunia ini.....

Kuala Lumpur....kau ibu kota Msia...kau juga ibu kepada pekerjaan anak muda...tapi jgn lupa kau juga ibu kepada dosa dan nista...ramai amak muda yg telah hanyut dan lalai dek arus derasmu....ada yg selamat da ada juga yg lemas....bagi manusia beriman senipis kulit bwg putih sepertiku,aku juga bakal dihanyutkan arus perdana yg deras jika aku masih bermain di gigi-gigi air ibu kota...

Kuala Lumpur....kau juga lubuk fesyen dan lubuk rejeki....di sanalah manusia berlumba lumba mencari wang dan kekayaan....tak kiralah yg halal yang harom....yg penting duit masyukkk...

jika nk dibandingkan dgn kota Kuala Lumpur dgn di sini bagai Langit dgn Bumi...byk sgt kekurangan di sini....byk yg bakal aku rindukan.....kami tiada bangunan pencakar langit,tiada KLCC,tiada Putrajaya,tiada naz maju,takde Stadium Bukit Jalil,tiada LRT,tiada Bersih 2.0,takdek Sogo,I-Setan,Kau Setan,Kau Jembalang,tiada disko,tiada risiko,tiada rumah urut,tiada,rumah ayam,reban ayam adalah........

walaupun kota yg terkenal dgn The Sin City tetapi memberi Seribu Erti tentang hidup aku di sana...jika dulu di Kuala Lumpur bahan bacaan aku lebih kepada duniawi....dulu buku Bacaan aku ialah "Malam pertama di Alam Perkahwinan","Cara-cara memikat Mak Mertua" dan "Mari mengenal MakJanda"...........sekarang buku-buku tetap di baca seperti "MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR","CARA CARA MEMIKAT SOLAT" dan "MARI MENGENAL PECIPTA"........

Selamat menyambut bulan ramadhan al- mubarak...marilah kite sama sama mengejar pahala berganda di bulan mulia ini...insha-Allah....ada jalannya....

SAYA YANG MENURUT PERINTAH.........

Khamis, 28 Julai 2011

Cuba lagi Harimau Malaya

Baru je selesai perlawanan ke-2 pusingan ke-2 kelayakan piala dunia 2014 antara Malaysia dan singapura. Keputusan berkesudahan Malaysia gagal layak ke pusingan ke-3 apabila sekadar seri dengan singapura 1-1 dan tewas secara aggreget 6-4. Secara keseluruhannya pemain kita dah bermain baik Cuma nasib je tak menyebelahi pasukan harimau malaya. Kredit diberikan kepada penjaring gol pasukan Malaysia iaitu safe Sali sbb berjaya jugak meloloskan diri seperti kita tau mlm ni safee mmg dikawal ketat oleh defender Singapore..Kredit jugak aku bagi kat keeper kita iaitu khairul fahmi sbb banyak save bola2 bahaya(bukan bola2 api)..banyak percubaan bahaya yang apek save…kalau kat Singapore aritu dato raja masukkan apek mesti tak de la adengan memandang bola masuk gol…defender kita pun masih lagi byk buat kesilapan2 mudah, kalau tak sbb ketangkasan apek mesti dah bolos banyak….satu gol dari Singapore(si jiayi) jugak hasil dari kesilapan mudah pertahanan yang kurang mengawal ketat pemain lawan…qiu li(Singapore) banyak kali juga berjaya membelah pertahanan pasukan negara…pas ni dato raja bleh la memikirkan cara nak bentuk balik defender kita sebagai contoh panggil balik pemain2 senior supaya dapat mengimbangi barisan muda kita….pemain kita masih muda lagi, perlukan lagi banyak pendedahan… sokongan dari pemain2 senior jugak penting sbb pengalaman yang ada kat dorang sedikit sebanyak membantu dalam pembangunan pemain2 muda ni…Adunan barisan muda+senior singapore membuahkan hasil...

selagi keris taming sari ada digenggamanku selagi itu maruah negara akan haku pertahan...cewahh mcm hang tuah pulak

Ni betol2 fanatik...jarang kita tengok suasana mcm ni masa zaman2 azman adnan, khalid jamlus, akmal rizal tp zaman safee sali semuanya berubah...cayalah

Tabik la korang...penyokong setia..sanggup korang mintak cuti kat bos korang semata-mata nak nengok bola...

Xguna nak cari salah pasukan lawan kata main import la, berlakon lebih la…kita kena carik salah kita sendiri baru la bleh maju…kalau kita ada kat tempat Singapore pon kalau kita dah leading kita akan buat benda yang sama(berlakon injured)…import bukan lagi alasan sbb apabila berada kat tahap tertinggi dalam bola sepak, kita nak xnak mesti akan jumpa jugak pasukan2 yang mempunyai pemain2 yang sama dengan pemain import yang Singapore pakai…buka setakat 5 tapi satu team…so seperti yg aku cakap tadi kita kena wat post mortem n cari salah sendiri..jgn nak salahkan org lain bila kita gagal…

Kepada cik princess..kat sini banyak jersey malaysia...rasa2 yg cik princess cari ada kot

orang meniaga penuh sepanjang jalan menuju stadium...

Dan yang paling penting sokongan kita, teruskan menyokong pasukan negara..mereka memerlukan kita, tak kira ape pun keputusannya kita tetap ada kat belakang…kredit untuk semua rakyat Malaysia yang datang ke stadium memberi sokongan…Secara tak langsung moral pemain kita tak down dan mereka sebolehnya akan cuba bangkit di masa hadapan…ape2 pun MALAYSIA BOLEH!!!!!!

Fakta menarik

  • 85000 tiket perlawanan ni habis terjual, giler babes la...kantung fam berat, tp fam jgn nak pikir untung jer….fikir skek pembangunan pemain…cipta lagi ramai Safee Sali,syafiq Rahim,Khairul Fahmi
  • Aku ada kat stadium pukul 11 pagi…mak aiii…mmg dah ramai yang datang dok tunggu kat depan pintu stadium(termasuk haku..muahahahahahaha)
  • Apek harini bleh dikatakan hero sbb banyak menyelamatkan percubaan2 bahaya dari Singapore
  • Sape yang duk meniaga kat stadium untung besar la…korang jual batu bata celup tepung pom compem ada org beli….
  • Jersey, baju t pasukan harimau Malaya memang banyak giler…nasib baik aku dah ada kalau tak haku dah beli dah jersey ni…tapi dek kerana nak jugak kuar duit, haku pom beli la selai baju t yang kat depannya tulis “TANAH TUMPAHNYA DARAHKU”
jadik la selain t-shirt dari bukit jalil....hahahahahah

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!!!!!!


Rabu, 27 Julai 2011

Dap ne makan steambot

Hari ni geng sembang kongkang wanita yang diketuai oleh kak norish mengadakan majlis makan2 sempena nak sambut puasa n nak meraikan cik syima dapat tmpt keje baru kat jpm. Kitaorg suma makan steambot kat Maeps(dekat mardi) dulu2 geng sembang kongkang pernah datang sini pun..Seawal kol 7 kitaorg dah ada kat sini sebab ada antara dorang ni yang berpose so berbuka la pose skali kat sini...hehehe

Banyak makan..ada udang,sotong,ketam,kerang,kupang,ikan,lala,lolo,lele

Kat sini macam2 makanan stim. Ok la, kira puas ati la jugak..bleh la korang datang bawak family korang makan sini..Harga pun ok la...dewasa mcm kitaorg ni rm19.90, budak2 bawah 12 thn rm9 pastu bawah 6 tahun free jer....korang makan la sampai muntah...

kak noris makan betol2 depan periuk....

kak ros tukang pegang duit

tu sape....tu sape....

ni plak si temagi semakin nyanyok....

i byk duit, lain kali nak makan ajak i skali, nnti i belanja....kata kak noris

time nak bayar suma mcm takot2 mcm tak cukup duit

tapi suma jadik gembira sbb yang kurang tu cik syima yang bayar....suma pom ckp "terima kasih cik syima nnti bunje lagi"

time nak bali sempat lagi posing

nak balik kena tium2 pipi dulu

apebende la ika tu...asal amik gambar dia mesti muka cam pelik jer

Ok sampai sini je entry haku kali ni...nak citer byk2 pom xguna...korang bawak la ramai2 family korang pastu bawak kawan family korang pastu bawak kawan kepada kawan family korang pastu bawak la kawan kepada kawan kepada kawan family korang, ajak mkn steam bot....ala sesekali bunje family ape salahnye..bukan slalu pom, lagi pom bukan org lain, family korang jugak...ni nak pose ni, maeps ni ada wat pakej buka pose..kalau nafsu makan korang terasa nak makan steam bot, try la g sini...heheheheh....ape2 pom selamat berpuasa...sape yang tak ganti lagi tu korang ada beberapa hari lagi utk ganti....kak norish jumaat ni raya(sbb besok dia last pose ganti)..patot la ari isnin mintak masuk lagu raya kat henpon dia, rupa ne nak sambut raya jumaat ni...heheheheh




Ahad, 24 Julai 2011

Malaysia 3 Singapura 5


Semalam baru je kita menyaksikan perlawanan kelayakan piala dunia pusingan ke-2 zon asia antara malaysia ngan singapore kat stadium jalan besar, singapura. Perlawanan berkesudahan singapura membaham harimau malaya 5-3. Pada separuh masa pertama, pasukan negara bermula garang apabila baru beberapa saat perlawanan dimulakan, safee sali telah meletak pasukan harimau malaya di hadapan hasil rembatan terus ke jaring. Namun setelah gol pertama itu, pasukan negara seperti hilang punca apabila membenarkan pasukan singapura menguasai perlawanan. 7 minit selepas gol pertama malaysia, singapura berjaya menyamakan kedudukan melalui pemain import yang diberi kerakyatan iaitu aleksender duric yang berjaya menampan hasil set piece dari seorang lagi pemain import dari china iaitu shi jiayi.

Gol ke-2 singapura juga adalah hasil dari set piece shi jiayi dari luar kotak penalti. Gol ke-3 pasukan singapura dijaringkan oleh seorang lagi pemain import singapura iaitu mustafic fahrudin dari yugoslavia. Gol ke-4 singapura dijaringkan oleh seorang lagi pemain import dari china iaitu qiu li. Keputusan separuh masa pertama malaysia 1 singapura 4.

Masuk babak ke-2, dato k telah membuat perubahan dengan memasukkan 2 hadi iaitu amirul hadi zainal dan mohd hadi yahya. kemasukan mereka memberi impak kepada pasukan. 2 gol pantas dari hadi yahya dan safee sali berjaya mengurangkan jurang gol. Namun pemain import singapura terus berhasil meloloskan diri apabila aleksender duric berjaya menjaringkan gol ke-5 pasukan singapura. Untuk perlawanan timbal balik di bukit jalil nanti, pasukan negara perlu bekerja keras untuk mencari gol bagi membolehkan harimau malaya layak ke pusingan ke-3. Dato k perlu mencari jalan untuk menutup kelemahan yang terdapat pada pasukan negara. Aku harap kita semua rakyat malaysia sama2 beri sokongan kat pasukan kita. Ramai2 turun stadium, bagi singapura kecut tengok fan fanatik kita...

Fakta menarik

* baru 20 saat perlawanan bermula, safee sali berjaya menjaringkan gol pertama pasukan malaysia. Gol terpantas.

* singapura menyenaraikan 5 pemain import yang diberi taraf kerakyatan, dan kesemua gol2 pasukan singapura adalah dari mereka.

*Stadium jalan besar menggunakan padang rumput tiruan berbanding stadium bukit jalil yang menggunakan rumput biasa.

* Sarbinee alawee hanya memerhatikan saje gol pertama dan gol ke-2, xde usaha nak terbang ke nak hape ke. 2nd game nanti dato k bleh gantikan dengan apek atau bagi peluang kat farizal merlias yg beraksi cemerlang masa lawan chelsea aritu.

*gol ke-2 dan ke-3 malaysia dibezakan ngan 1 minit je. Gol dijaringkan oleh hadi yahya dan safee sali.

* kapten negara, syafik rahim dikenakan kad merah kerana terjahan keras ke atas pemain pasukan singapura. So untuk 2nd game nanti syafik rahim xdok.

*penyokong pasukan negara terus memberi sokongan walaupun pasukan negara ketinggalan ngan jaringan besar. Penyokong macam ni yang kita nak, bukan macam lalang, time menang sokong time kalah kutuk.

Ahad, 17 Julai 2011

Semoga berjaya haron

Jumaat lepas adalah hari terakhir haron kat bpi. Dia akan berpindah ke Jpn Kelantan. Sepanjang 3 tahun dengan BPI banyak kenangan manis yang dilalui bersama. Terutamanya ngan group sembang kongkang. Haron gak adalah penulis tetap blog sembang kongkang dan jugak pemain tetap pasukan bola sepak n futsal sembang kongkang fc. Maknanya sembang kongkang akan kurang seorang pemain. Ape2 pun kami mengucapkan selamat berjaya di tempat baru dan semoga berbahagia dengan keluarga yang tercinta....Kalau ada baru rajin2 la update belog..Password x tukar..hahahahahah..Haron sekarang dilantik sebagai wakil sembang kongkang di kelantan.. Dia akan melaporkan "ada baru" segala aktiviti yang berlaku kat sana...heheheheheh...kalau turun kl datang la jengok kitaorg kt cyberjaya..

Gaya haron (berdiri 3 dari kiri)...Ni kali pertama team sembang kongkang main futsal..

Gambar haron bersama pemain sembang kongkang dengan jersey pertama pasukan..Nak dapat jersey ni kitaorng kena tunggu sampai 2 bulan baru dapat...dah la bayar sampai rm70.....hahahahahah

Ni plak masa haron join kali pertama tournament mesca tahun 2009...dapat jersey baru warna kunin...sila baca sini

ni plak masa haron n team sembang kongkang jadik juara piala kongkang kali ke-2...sila baca ni

Ni plak masa pertandingan bola sepak 9 sebelah anjuran mesca...masa ni kitaorg pinjam jersey dari tauke jinjang dek kerana tak mampu nak beli jersey sendiri...hahahahaha...tekan ni

Ni plak haron masa trip g perak...mandi kat lata kinjang...nak tau cerita tekan sini

gambar masa haron, brader n encik zul kat hari kualiti bpi

Ni plak masa buka pose kat warong pak maidin..haron bersama sahabat saya

Ni masa haron ngan team sembang kongkang join futsal kosmo 2010

kami juara...team bola tampar bpi..memang semua macam orang gile semua time ni...mcm kena sampuk jin...klik sini

Ni masa haron kat majlis perpisahan mikey atau encik amat...biasala, org nak pindah kena buli dulu.....

persembahan paling terpuji skuad bola sepak sembang kongkang..haron jugak terlibat ngan sejarah baru ni...ckp byk x guna baca sini

Ni plak masa g telok batik..akrif si mata putih pom join...

gaya haron bersama abg shuk n anum ketika majlis jamuan raya skp

aktiviti wajib haron tiap2 petang...main ping pong

haron masa kat pangkor..bersama parkomeng yang yalda-yalda dan kilnanipokodis

naib juara tarik tali hari keluarga bpi 2010..

Ni lagi gambar haron ngan sembang kongkang fc...Sejarah tercipta kat sini

Ni plak haron masa trip g sungai congkak

haron diinterview oleh wakil kejohanan futsal karnival anak muda kat cyberjaya

ni masa kita semua menang pasukan sorak terbaik liga palestin kat ukm bangi

gambar haron masa sambutan maulidur rasul peringkat kebangsaan

gambar haron dan rakan2 masa ramai2 raya kat umah brader

haron bersama encik ekkkk masa kat kelantan

ni plak masa sama2 belajar kat universiti urdu, scotland

bersama president sembang kongkang yang sentiasa kongkang

masa buka pose kat bagan lalang...acit pon ada

lagi trip...masa g lata berembun...bersama bisness partner one drop...jenama terunggul dari botol one drop tu kecik sampai la tukar botol dorang bisness kat bpi

haron bersama brader n daud kat opis lama di putrajaya

gambar haron bersama lembu yang dikorbankan

haron kawinn..kitaorg dtg memeriahkan majlis

haron bersama kewangan fc ketika perlawanan antara pilihan skp n kewangan fc...tengok sini

ni plak masa trip g johor....

last haron main futsal kat arena, cyberjaya

ni masa jumaat lepas..ucapan perpisahan dari haron...disaksikan oleh rakan2 opis...encik yunus sebagai bos beliau juga turut serta...

Kalau ikotkan memang banyak giler gambar haron..Kalau ada 100 gambar 99 ada muka dia, yang 1 lagi tu pun ada jugak dia tapi kaki dia...memang giler lensa dia ni...tapi ape2 pun 3 tahun macam2 yang haron lalui bersama sembang kongkang n bpi.......selamat