Ahad, 30 September 2012

Tamiya Underground One Utama

Semalam aku telah membuat lawatan mengejut ke Tamiya Underground kat One Utama, Damansara...Nak ke one utama kalau korang dari Putrajaya korang ikut highway LDP. Lagi bagus kalau korang search dulu lokasi one utama ni kat google map dan lagi bagus korang print jer map tu..kalau ada GPS lagi la bagus.. ini adalah untuk memastikan yang korang tak sesat nak ke sana...Pastu dah sampai one utama nak cari kedai dia senang jer, Kedai dia duduk kat tingkat bawah skali(kat parking B2) kalau kat atas tak la underground namanye...kalau tak jumpa korang bleh search kat peta touch screen yang disediakan kat setiap tingkat..kalau tak geti nak guna benda tu korang tanya la pak guard atau pegawai khidmat pelanggan kat situ...kalau malu jugak nak tanya, korang pergi mam la....

 Pintu masuk tamiya underground..kali pertama aku masuk aku rasa sangat teruja...walaupun masa kecik2 dulu penah main terutamanya kete mini 4wd, tapi sekali pun tak penah jejak kedai yang memey khas jual barang tamiya....kat tamiya underground ni macam2 barang tamiya dia jual, kete mini 4wd, kete rc, dan pelbagai lagi model plastic..tapi kali ni aku nak citer pasal kete mini 4wd sebab dia dah termasuk dalam sejarah idup aku..hahahah

Sabtu, 29 September 2012

Last Day....

Semalam adalah hari terakhir untuk nabila n cik farah kerana bermula 1 oktober 2012 dorang ni dah xde kat BPI lagi. Nabila dapat keje baru kat Shah Alam manakala cik farah plak akan ke kursus DPA selama 6 bulan untuk memenuhi tuntutan beliau sebagai seorang ptd..

nabila n cik farah yang sedih2 masa disuruh potong kek

akhirnya potong jugak kek....
Nasya Saf
Huhuhu..arini ari last dkt BPI...siyes sedih sgt2 nk tinggalkn BPI...pe2 pun tq soooo much tuk Siti Farah Alwani Zainudin coz blnja pizza, sume kawan2 yg sudi wat makan2 dkt opis tuk kali terakhir...huhuhuhuu..n yg bg hadiah tu..tq ye. Jadikan ini perpisahan yg termanis,yg indah dalam hidupku sepanjang waktu...semua berakhir tanpa dendam dalam hati..maafkan semua salahku,...tq sooo muchhh..n...sayang semua..BPI TETAP D HATI... :( WISH ME LUCK! !!!

-YANG TINGGAL SILA TERUSKAN KERJA MASING-MASING-

Jumaat, 28 September 2012

Hide Folder Yang Hilang Dari Peranti USB

Harini aku nak kongsi skek pasal problem yang biasa warga opis aku alami iaitu folder atau data hilang dari pendrive,external hardisk atau ape pun medium penyimpanan data melalui usb.

Biasa benda ni terjadi...kita check kat pendrive/external properties banyak plak space yang digunakan tapi bila click kat pendrive/external xde plak isi....

Khamis, 27 September 2012

Hilangnya Sponser Kami...

Setelah sekian lama berbakti untuk BPI, akhirnya Ketua Unit Kewangan iaitu En.Yunus akan meneruskan perkhidmatanya dalam kerajaan di tempat yang baru. Beliau akan berkhidmat di Bahagian Pembangunan Kurikulum so beliau masih lagi di Kementerian Pelajaran....Semoga beliau berjaya, kalau gian nak main pin pon silalah datang BPI....

Terima kasih Encik Yunus sebab selalu blanja kami.....Pasni kami kena carik sponser lain...hahaha

Jumaat, 14 September 2012

Jamuan Raya 3 Rasa

Tahun ni buat kali pertama 3 bahagian kat bangunan mustapha kamal bergabung mengadakan sambutan hari raya...Jamuan raya ni anjuran Badan Kebajian Bahagian Pendidikan Islam dengan kerjasama Badan Kebajikan Bahagian Tajaan Pendidikan dan Badan Kebajikan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia...

sambutan gabungan 3 bahagian

Panjang Umurnya

Panjang umurnya,panjang umurnya,panjang umurnya serta mulia...serta muliaaaa....Selamat hari lahir kepada cik midah aka kak mid kita...semoga panjang umur,murah rezeki pastu moga cepat2 kawen...

kepada sesiapa yang berminat berkenalan dengan cik midah, bleh bgtau encik editor,nnti encik editor ejas...single lagi ni

Rakan-rakan yang sama2 meraikan hari lahir cik midah.....makan stimbot kat restoren nakhoda....


aku kesian kat budak yang jaga kedai ni, sorang2 dia je...dia la tukang masak, dia la tukang hantar makanan, dia la tukang buat air, dia la tukang amik order, dia la casher.....





-PASNI BIRTHDAY SAPE LA PLAK-


Rabu, 12 September 2012

Ceramah Perdana Oleh Ustaz Farid Ravi

Masa aku naik lif nak balik ke rumah, aku terperasan yang dinding lif tu tertampal iklan ni....So mai la ramai2 dengar ceramah disamping menambahkan ilmu , kita pun dapat menambahkan pahala....kalau yang tak tau, Surau Al-Husna ni terletak di FASA 12 PRESINT 9, PUTRAJAYA. 





-SAMPAIKANLAH WALAUPUN SEPOTONG AYAT-

Isnin, 10 September 2012

Open House Mat Kedah

Semalam aku ada dapat 1 sms yang tertulis macamni :-

Salam..Dijemput menghadiri majlis rumah terbuka kami di BLOK C,TGKAT 2,U06,PRESINT 18R4 pada hari ahad (09.09.12) bermula jam 2 ptg hgga 8 mlm. Kedatangan anda dialu-alukan  
dari Hafiz_sahabat

So jejak je kaki aku kat Putrajaya, aku terus cakap kat wife aku "ptg ni tak payah masak, kita pegi makan kat umah mat kedah". Dengan pantas aku terus pegi umah Mat Kedah untuk mengisi perut yang kosong....

Tuan rumah Encik Apis atau Mat Kedah sudah sedia menyambut tetamu yang diundang

Hidangan yang mabeles...ada laksa ada bihun/mee sup, nasik himpit, rendang,kuah kacang, pulut kunin pun ada....

masa aku sampai, iqbal ngan sal laki bini tengah sibuk makan...macam kenal sahabat kita yang bersandar kat dindin tu?macam biasa nampak plak...."kawan" dia tak datang skali ke???..hehehee







-KALAU ADA OPEN HOUSE LAGI SILA JEMPUT KALAU BLEH DATANG KAMI DATANG-


Jumaat, 7 September 2012

Jamuan Raya SKP


 GAMBAR JAMUAN RAYA SKP 2012

pasemboq diimport dari brader...nasik hempet dari unit perkhidmatan

 Oren yang baru lagi dipetik dari ladang oleh unit ICT

Rabu, 5 September 2012

External Hardisk Tak Function

Tadi ada seorang akak mengadu kat aku yang external hardisk dia tak berfungsi seperti selalu. Aku test kat usb pc aku dan aku dapati tiada bunyi disk berpusing dan tiada lampu menyala pada external hardisk tersebut.

External hardisk jenis Imation

PUNCA HARDISK TAK FUNGSI : 
setelah dibuka casing external hardisk tersebut, aku dapati yang usb connector pada papan litar extrernal hardisk tersebut dah tercabut. Aku agak yang external hardisk ni selalu dipasang, dicabut usb wire dia tu yang lama2 tertanggal usb connector dia.. 

Selasa, 4 September 2012

Touchpad Notebook Tak Bleh Nak Tekan

Penah tak korang mengalami masalah bile korang tekan kat touchpad tu tapi tak de respon pon pada wall korang...maknanya semua icon atau ape pun tak bleh nak click..tapi cursor bergerak cuma tak bleh nak click jer...

touchpad tak function...tapi cursor bleh gerak macam biasa cuma tak bleh nak tekan jer....

CARA NAK SETTLE