Selasa, 19 Mac 2013

Cara-Cara Nak Masak Mee Tonggek

Aku dapat nama mee tonggek ni dari pasar ramadan Presint 9, Putrajaya. Kalau siapa time-time bulan puasa pegi pasar ramadan mesti ada perasan mee tonggek ni, dia jual sekali dengan bihun,mee goreng,kue tiau goreng. Masak kat situ jugak.Kalau kat Putrajaya ni, time puasa je bleh jumpa mee tonggek...pasar malam setiap selasa dengan jumaat pun xde...Oleh itu, dengan berbekalkan sedikit ilmu masak-memasak, aku akan share cara aku masak mee tonggek untuk bekal aku n wife aku g keje..muahahahhaha...

BAHAN-BAHANYA

cili kering siap blender banyak2
Bawang besar blender banyak2
bawang putih blender banyak2
(Kenape blender banyak2?untuk mee tonggek ni pakai sikit je, yang lain kita bleh la buat tumis ikan masak sambal ke, sayur kangkung ikan masin ke, telur goerng masak kicap ke kan senang dah blender banyak2)
sebiji telur
daging ayam/daging lembu/daging burger/ ikut la bape banyak nak letak
sayur-sayuran bagi ceria
kalau nak letak fishball ke,sosaje ke, letak la aku tak marah...
kalau ada ape2 nak letak, korang letak je sebab korang yang nak makan kan....

rendam dulu mee tonggek ni dengan air panas macam rendam mee megi..dah lembut tapis buang air tp jangan buang mee....

sediakan cili kering,bawang besar,bawang putih siap blender....

 telur dengan daging burger perisa ayam siap potong dadu..kalau tak suka daging burger, letak la daging ape pun....ikut selera masing-masing
 Panaskan minyak, jangan letak banyak2...minyak sikit je, sebab burger kuarkan minyak sendiri

 goreng dulu daging burger tadi...Dah agak2 tukar kaler, kuarkan dia dari kuali...

Pecahkan telur...gaul,gaul,gaul

 Pastu masukkan cili,bawang merah,bawang putih yang diblender tadi bersama-sama telur yang digaul2 manja tu

 Masukkan garam secukup rasa, jangan banyak2....masukkan kicap pastu gaul,gaul dan gaul

Dah penat gaul, masukkan mee yang dicelup dengan air panas tadi.....

Gaul sehingga sebati, masukkan sayur untuk bagi nampak cantik...ada macam-macam kaler kan cantik...

Dah siap, kan senang jer...Taburkan daging burger kat mee tonggek ni....siap untuk dibawa ke tempat keje.....kalau nak lagi sedap, masa masak tu tonggekkan sikit punggung baru la ada kick...selamat mencuba




-TIPS JIMAT MAKAN SARAPAN PAGI-

2 ulasan:

  1. Montot kene tonggek tak time masak.. muehehe..

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaMei 25, 2015

    Semua x betoi pasai mee tonggek tu,bln posa pakat mai bazar tmn mahsuri,mai rasa resepi ori mee tonggek panggung empire,mai jgn x mai,lepaih 30 tahun mee tonggek menjelma kembali,pakat2 mai no,tp yg kita extra sikit sambai sotong kembang taruk ataih

    BalasPadam