Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, 25 Mei 2010

Lagu Cinta Untuk Mu

ina (bukan nama sebenar ) antara yang didamba oleh toki dalam rahsia

toki sebelum ditangkap oleh crew Sembang Kongkang


Inginku buat lagu cinta untuk mu

agar kau boleh cuba rasa perasaanku

Inginku tulis lirik lagu untukmu

agar kau boleh rasa perasaanku.................

toki ditangkap untuk membuat pengakuan cintanya

"Aku cinta padamu " kata toki dalam kemaluan yg besar

inilah antara yang dapat ditangkap oleh crew Sembang Kongkang semasa Toki menulis lagu cinta ditujukan untuk Ina.....tapi Toki malu untuk meluahkan nya hanya dalam lagu toki berani mempertaruhkan cinta nya............

Ahad, 23 Mei 2010

Selamat Tinggal Putrajaya

Minggu-minggu terakhir kami di putrajaya..Mulai 24 mei 2010 kami suma akan beroperasi di bangunan baru kat cyberjaya....So minggu ni kami suma tak buat keje sbb semua gotong-royong mengemas, membungkus dan menshret dokumen2...Memang penat giler pindah...tp nak wat camana kami yang menurut perintah.....


haron, daud dgn brader masih tak percaya opis kena pindah...tak boleh terima kenyataan kena pindah

cik syima merangkap kepada ketua bibik memberi penerangan kepada bibik2 sekalian tentang proses pembuatan bunga straw


en kama hangin je.....ape je yg dia tau...iniiii je dia tau

keadaan opis yg bersepah-sepah dek deruan angin taufan ribut utara


bersepah-sepah....semua ni nak di koyak2

daud tunjuk rajin dpn cik sue...

macha yg ada disebelah midah cuba mengurat midah

day...yennaday papadom muruku...macha ni dilantik sebagai penarik kotak sepenuh masa

jadu malu kerana dah tumbuh misai

Mengikut dari otai2 BPI, dah dekat 6 tahun BPI beroperasi kat Putrajaya. Opis lama kami akan diambil alih oleh bahagian akaun....Ape2 pun pelbagai kenangan manis dan pahit yang berlaku kat tingkat 10-11 semasa pendudukan BPI yang akan kami kenang sampai bila2.....peace


Sabtu, 22 Mei 2010

Mimpi aku

Semalam aku mimpi....mimpi best, mimpi pegi new zealand...Entah kenape aku pilih New zealand aku pun tak tau....Tapi yang penting memang best mimpi ni...hahahaha


Aku nak pegi new zealand sebab nak tengok kambing, kata aku dengan riak


Sempat aku berjumpa dengan kaum pribumi disana...konon2 macam duta malaysia ke new zealand...aku belagak dengan orang2 disana dengan mengatakan malaysia boleh...hahaha


sempat bermain dengan team all black dari new zealand....rupa-rupanya baru aku tau yg all black ni main rugbi bukan main netball....hahahaha


tapi aku pelik, kenape ada daud menyibuk dalam mimpi aku

tapi yang ni bukan mimpi.....hahahaha(ketawa belagak)




tukang mimpi

madi



Isnin, 17 Mei 2010

Jom Kita Lari

Jika pasukan Sembang Kongkang FC dan Jamin FC digelanggang futsal, kali ni tiba giliran pelari-pelari dari BPI menunjuk-nunjukkan skill masing2 di acara larian berganti-ganti Ekiden Run yang berlangsung pada hari ahad lepas bersempena dengan hari belia...Format pertandingan ini dijalankan secara berganti-ganti, dimana setiap pasukan akan diwakili seramai 5 orang pelari...

Pelari pertama akan berlari digarisan bermulaan di depan mahkamah so tak dorang ni tak payah naik bas manakala pelari-pelari yang ke2 hingga ke5 akan dibawak oleh bas ke tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk mereka bermula....untuk mengenal mana 1 pelari pertama, ke2,ke3,ke4 dan ke5 adalah berdasarkan nombor yang mereka pakai kat baju...contohnya jika pelari pertama nombor pada baju ditulis 091 A...kalau pelari ke2 ditulis 091 B....mcm tu la seterusnya...

Posing ngan medal kejuaraan.

pasukan dari ulu bertam hilir

Setiap pelari akan berlari mengikut jarak dan laluan yang telah ditetapkan....kalau kena jalan rata ok la...yg tak larat tu kena plak naik bukit...aduiyai..menyeksa jiwa dan raga.....hu3....time training joging pusing kolam depan flet ijau je xde la lari naik bukit, ada yang pulak yg tu training pusing2 kolam tu pun jalan kaki pastu jari menekan2 henpon....ha3

Pelari petama hingga ke3 melalui jarak sejauh 3km manakala pelari ke-4 3.2km dan pelari ke5 sejauh 2.8km...jumlah setiap jarak yang perlu dilalui oleh setiap pasukan adalah 15km.....

toki yg sesat ketika berlari...tersalah laluan, dek kerana selendang yg patutnya disilangkan dibahu tetapi toki melilit dimata...

Peraturan pertandingan ni senang je, pelari pertama akan memegang selendang mengikut kategori yg ditetapkan..kalau kategori campuran kaler ijau, kalau kategori lelaki terbuka kaler itam, kalau merah plak kategori pempuan terbuka....Apabila pelari pertama dilepaskan, mereka akan berlari sambil membawa selendang(kira mcm baton la)...selendang tu akan dipass pada pelari kedua(mcm lari ganti2 pass baton) apabila pelari pertama sampai ke check point ke2....kemudian apabila pelari kedua mendapat selendang tu, pelari kedua akan berlari dan terus ke check point ke3 untuk diserahkan kepada pelari ke3...dan begitulah seterusnya...pelari ke5 akan terus berlari ke garisan penamat....nampak mcm senang tapi azabnya.....huuuuuuu

bekas atlet kebangsaan yg lama bersara

atlet yg baru meningkat naik

dapat bergambar mesra dengan Menteri Belia dan Sukan...tak ajak pon

Tapi ape2 pun kami suma enjoy dengan larian kami....Sampai garisan penamat dapat bawak balik medal ngan sijil penyertaan....Tahun depan kalau ada lagi join lagi....


Rentap Futsal Kategori Malam

Jika Sembang Kongkang FC menjadi wakil BPI ke kategori siang, team Jamin FC pula menjadi wakil BPI kategori larut malam....Bila larut malammmm....ha3...Inilah kali pertama kami suma main pertandingan futsal pukul 12 tengah malam....Inilah jugak kali pertama pertandingan futsal dijalankan selama 60 jam tanpa henti....pengadil pun tak tido...Tiada bezanya main siang atau malam...peraturan malam atau siang sama je...klu siang sumbat bola masuk gol, malam pun buat benda yg sama sumbat bola masuk gol...ha3....cuma bezanya siang panas malam sejuk....ha3


Berdiri teguh dari kiri dayod, cikgu hidzir, rong, park, keri
duduk dari kiri to'ki, encik editor sk, reng


time pendaftaran yg menggunakan sistem entah ape2 tah....urusetia carik nama team pun pakai surat khabar...

ni semua orang-orang yg tak geti nak tido...walaupun jam dah pukul 2 pagi

Malam tu, hujan turun dengan lebat...so court jadik basah dan licin...so ramailah pemain yg mengalami nasib seperti terpijak kulit pisang.....ha3...team jamin pun tidak terkecuali....ha3...Perlawanan pertama Jamin FC di peringkat kumpulan adalah bertemu dengan pasukan Mobile X....Kami rasa mereka adalah pasukan dari syarikat menjual henpon...Perlawanan ini berlangsung pada pukul 1:30 pagi...Pada perlawanan tersebut, Jamin FC menang 2-0 hasil jaringan reng dan cikgu hidzir....

Apabila menang perlawanan pertama, kami mengatur strategi untuk menang perlawanan berikutnya....perlawanan kami yg ke-2 berlangsung pada pukul 3:30 pagi bertemu dengan pasukan Kamal Corner FC(bukan kamal tinggi punya pasukan)...pada perlawanan ini kami seri 1-1 dengan pasukan Kamal Corner FC...Nasib tidak menyebelahi kami apabila Kamal Corner FC layak ke pusingan ke-2 kerana jumlah gol mereka lebih 1 dari pasukan Jamin FC....


Pasukan Jamin FC menurunkan tandatangan sebagai sokongan kepada Rentap Futsal


tak lupa untuk mempromote sembangkongkang.blogspot.com

Pukul 4.30 pagi baru kami suma balik umah...almaklumlah dah tak layak...nak tunggu ape lagi...tapi suasana gelanggang futsal presint 18 pada pukul 4.30 pagi sama seperti suasana penempatan mangsa gempa dan banjir....khemah2 yg disediakan dijadikan tempat pemain-pemain serta ahli keluarga mereka untuk tido sementara nama pasukan mereka dipanggil untuk game seterusnya.Bersepah-sepah suma tido, mana2 tempat pon ada org tido...Harap2 tahun depan Kosmo dan Kementerian Belia dan Sukan wat la lagi pertandingan macam ni....mmg happening giler r...

Kejohanan RENTAP Futsal Putrajaya

Kejohanan RENTAP Futsal Putrajaya Pada 15 – 16 Mei, Putrajaya telah bergegar dgn sambutan Hari Belia yg diadakan secara besar besaran,Pelbagai acara telah diadakan antaranya ialah Larian, Jom Heboh (Special Edition), bola Jaring dan acara paling dinanti acara Pertandingan Futsal 72 jam tanpa henti….memg giler…main futsal sampai 2 kali azan subuh,zohor,asar tak berhenti2….

sampai Dato Najib pun dtg melawat tapak futsal dan kesempatan ini kami ambil untuk bersalam dan beramah mesra dgn PM kita dgn slogan 1 Malaysia

bukan senang nk jumpe die face to face ooooo.......

Pengurus Sembang Kongkang yg byk berjasa memperjuangkan nasib Bembang Kongkang FC
tandas yg tak berguna....(sekadar punyai pintu dan lubang jamban tanpa air)

seorg peminat fanatik yg terpaksa ditangkap oleh pengurusan Futsal RENTAP kerana bimbang mencederakan org ramai
dia telah mengacau team lain dgn taknak keluar dari court dek kerana team Jamin FC telah kalah malam sebelum itu
sesi pemanasan badan bermula????

ramainya org mcm lalat.......



Pada pertandingan RENTAP Futsal , kami dari pasukan Sembang Kongkang telah menghantar 2 team atau kontijen….namanya ialah Jamin FC wakil pasukan malam dan mcm biasa Sembang Kongkang FC wakil utk hari siangnya…pasukan Jamin FC adalah serpihan dari Sembang Kongkang FC yg mencuba untuk merubah angin untuk membentuk pengaruh Sembang Kongkang ke aliran lebih tinggi…


Pertandingan bermula dari peringkat kumpulan dimana dalam 1 Group ada 3 Team…Jamin FC telah bermain pada Jumaat mlm pd pukul 12 mlm…mereka bermain dgn baik dgn rekod perlawanan menang 2-0 pada game pertama dan seri 1-1 pada game ke dua…malangnya mereka tak layak ke peringkat seterusnya kerana Juara Kumpulan lebih layak dgn kelebihan Gol iaitu 3-0 pada game pertama…agak malang di situ…
Kontijen Sembang Kongkang pula bermain hari sabtu dgn semangat yg teguh dan jitu untuk mendapatkan RM 20,000 hadiah utama….dicampakkan dlm kumpulan 11 bersama team Aeroclear FC dan Sixth Sense…ternyata Sembang Kongkang FC lebih layak menjadi juara kumnpulan apabila membelasah Aeroclear FC (yg byk Clear bola) 3 – 2 dan membelasah team Sixth Sense FC 2-1…maka kami pun layak untuk bermain pada Pusingan Ke dua…satu pencapaian yg membanggakan bagi legasi Sembang Kongkang….
sembang Kongkang FC


Pada Hari ahad kami memulakan langkah dgn game yg ke 6 melawan team Semboroyo Arroyo (team Jawa barangkali) dgn menang 1-0 dgn jaringan emas en Harun…game seterusnya kami terpaksa berjumpa dgn pasukan yg agak hebat iaitu Kijang Emas yg berasal dari Kelantan rata ratanya…..di sini berakhirnya perjuangan kami dgn kalah 1-0 dek kerana rembatan padu mereka pada minit awal membuatkan kami tergamam dan berusaha utk mendapatkan gol penyamaan namun mereka mengekalkan taktik bertahan sampai ke habis masa…..
Sekian saja perjuangan kami utk kali ini…benarla kata org bola itu bulat.....tapi kami merasa agak bangga dpt melangkah sejauh ini…dgn semangat Pengurus Pasukan berjiwa rakyat , Alop yg byk berusaha membentuk pasukan ini yg dulu hamper longlai dan berkubur…..Pengalaman ini sgt dihargai dan bermakna buat kami walaupun semua pemain kami sebenarnya agak bermasalah….hehehe…….sekian saja Legasi dari kami…Lain kali ada Tournamen kami misti sertai lagi…..dan merebut gelaran JUARA…