Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, 28 November 2011

Selamat bersara encik muntak

Akhirnya otai kita yang selama ni menjadik idola kita suma dah bersara....Orang paling setia ngan BPI...belum ada lagi pekerja yang sangat setia...sejak dari BPI kat bank pertanian kuala lumpur dia ada, BPI pindah putrajaya dia ikut...bpi pindah cyberjaya pun dia sanggup ikut walaupun semakin jauh dgn umah dia...dapat naik pangkat pom dia tolak dek kerana setianya kepada BPI....Kalau orang lain umah jauh skek mintak pindah....Encik muntak g keje naik bas je...sejarah dia keje xpenah bawak kenderaan sendiri....hanya naik kenderaan awam je...betapa cekalnye hati dia dan betapa kuatnya kederat dia walaupun dah melewati usia emas....tak mcm budak2 sekarang ni, nak pegi tekno yang sekangkang kera pun malas...ada kete baru nak pegi....encik muntak g terminal selamber je jalan kaki xde hal pun.....Ape2 pun syabas untuk abg muntak....semoga berbahagia dengan isteri,anak2 dan cucu yang tersayang....(anak abg muntak cun dowh,nyesal x baik2 ngan abg muntak)...muahahahahahhahhaha

Sebagai tanda penghargaan kepada encik muntak, BPI pun menganjurkan majlis persaraan untuk beliau........



backdrop yang haku wat spesel untuk abg muntak

Tema purple...suma pakai baju purple

suma2 pom purple belaka

pehhh macam vip dok abg muntak....first time dilayan macam pengarah...

first time nengok abg muntak berucap....best la brader moon...kalau sape2 yang tak tau, sebenarnya masa muda2 dulu abang muntak adalah seorang pemain bola sepak...apasal la sembang kongkang x tau pasal benda ni??????kalau x dah lama amik abg muntak jadik coach...

Sijil penghargaan untuk otai kita yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah PIPA

abg muntak dapat banyak hadiah...1 kereta penuh

majlis potong kek

punch card terakhir

pehhh giler dok...macam pengarah dah....siap ada orang amik gambar lagi....dulu abg muntak lalu tepi pun buat xtau jer

misai maintain....pehh siap ada bodyguard bagai.....

layanan first class....siap duduk blakang lagi macam bosh....dah nak pencen baru dapat suma ni...

lambaian terakhir dari seorang brader otai.......iqbal pasti kecewa kerana mentornya sudah pergi meninggalkan dia...daud pun baru nak belajar dari abg muntak tapi jodohnya ngan BPI dah berakhir....




apepun selamat bersara encik muntak...kami di sembang kongkang menghargai jasa abang muntak.....peace

bersama sahabat paling setia....encik baha ataupun encik ekkk....abg baha cakap dia sedih sbb abg mokhtar nak bersara...




-GILER DOK ABG MUNTAK TERER MAIN BOLA-


BPI Ke-3 pertandingan masak2

Tahniah dari sembang kongkang sebab BPI berjaya mendapat tempat ke-3 pertandingan masak2 hari keluarga KPM 2011..Nak cerita banyak aku tak de idea almaklumlah dah lama tak menaip..so tengok je la gambarnye.....

ni dia wakil BPI...nama group apebende tah...periuk..sudip..camca..entah apetah...haku pun lupa..muahahahahahahahaha...muka konfiden cam bleh menang je

ni juri tetap kita...pak engku..100% dari juri xde sms

pengacara pertandingan ni iaitu abon...

sebelum start pertandingan, Tan Sri Muhyiddin Yassin menunjukkan skill masak2 beliau

Ni dia hasil masak2 pak menteri....Harganya RM650 selepas proses perbidaan berakhir....(baik haku beli kasut futsal lagi ada pekdah)

Pertandingan pun bermula...sorang masak asam pedas, sorang hias kek, sorang lagi ukir buah

sampai senget2 topi sbb nak masak punya pasal

Sampai mengegel-gegel tangan aku nengok...rilek r

Korek jangan tak korek buah tu

Abon ngan pak engku cuba mengorat midah yang tengan khusyuk mengorek tembikai

Setelah hampir sejam masak2....akhirnya ni la hasilnye....asam pedas cheng

Hiasan buah tembikai

kek idaman kak eton

sempat bergurau senda ngan abon...(konon2 nak dapat markah lebih)

cuba nak goda2 pak engku...(pon tujuannya nak markah lebih)

proses nak bagi markah....(berdebar2)

akhirnya diumumkan berjaya mendapat tempat ke-3...walaupun menghadapi pelbagai dugaan akhirnya dapat jugak hadiah

Kata hadiah nak kongsi?

masa nak balik aku jumpa kak zurina ngan anak2 dia....




-CUCUK LA I"


Rabu, 23 November 2011

Bola Sepak MESCA 2011

Tahniah buat team Malaysia kerana memenangi Sukan Sea dalam sukan bola sepak yg dikenali sebagai Ibu Emas...padan muka Indong...dgr kata byk bangunan yg tak siap...dorg mogok taknak wat keje...tapi awek sinetron dorg tetap mantop kalau nk banding ngn awek kita kat Brickfield....
manakala di KPM juga telah berlaku sukan MESCA bola Sepak yg boleh kire hangatnya jugak pada 19 Nov 2011...dan keputusannya ialah....

KUMPULAN D
Bahagian Audit (3-3)seri
Bahagian Sukan B (3-3)*kalah penalti
Bahagian Pembangunan(2-3)kalah
IPG Teknik (6-1)menang
Pejabat Menteri(8-0)menang

BPI menghuni tempat ketiga dlm kumpulan D dimana kita telah bermain 5 perlawanan...Segala kekuatan kudrat yang amat kuat telah diturunkan dan komitmen serta fokus 800% bagi menjamin misi layak ke pusingan suku akhir tercapai....

tapi....manusia hanya merancang...tuhan menentukan...segala daya usaha telah digunakan...tetapi kecewa...sapa yg tak mau menang beb...

Kami hanya berbeza jaringan dgn Bahagian Sukan iaitu menang 2,seri 1 dan kalah 2...di mana depa dah dpt menang free...Bahagan Pembangunan yg rata-rata dianggotai oleh Star LRT dan Starter Lampu Pendaflour ternyata menang mudah dlm semua perlawanan termasuk perlawanan berbalas pantun anjuran JKKK Kg Bertam Ulu...hebat dorg..tak tipu.....dorg patut main dlm Liga Malaysia atau Liga Super....baru taraf dorg...

Fakri Saarani ngn Tamil Arasu ada ckp nk main ngn Sembang Kongkang tapi kitorg tolak sbb kitorg taknak main dgn org luar....kalah pun tkpe janji smue budak kite...

Cuba lagi geng Sembang Kongkang di lain tahun...

Yg Benar,
Syukri Raccus
(Pengurus Baru Sembang Kongkang )

Jumaat, 11 November 2011

Game terbaik Sembang Kongkang

Petang tadi jadik jugak frendly match antara BPI ngan IPG (Cyberjaya)..Aku ingat tak jadik sbb team IPG langsung x bagi comfirmation nak bgtau diaorg nak main friendly ni...tapi ape yang aku nak bgtau kat sini yang kita menang game ni ngan jaringan 4-0....Pehhhh dasat giler dowh team BPI...minggu lepas kita kalah 5-4 tapi harini kita menang 4-0...Pujian paling tinggi diberikan kepada barisan pertahanan yang langsung tak bagi peluang team IPG untuk memasuki kawasan BPI..mat napi langsung tak teruji..barisan tengah dan depan jugak tak mengecewakan....jadu ngan toki masing2 menjaringkan 1 gol...gol jadu paling dasyat....rembat dari kiri gol tros masuk....bakat jadu dah nampak dia bleh main sayap kiri....encik sepul (legend sbb dah bersara dari main bola) berkata penguasaan bola BPI ialah 60%....Semua pemain berfungsi dengan baik...Pemain import kita jugak tak mengecewakan (ada 3 orang import dari tajaan dan dorang pun akan main untuk mesca nanti)...Secara keseluruhannya manager kemut hassan sangat berpuas hati ngan game ni...teruskan momentum sehingga ke pertandingan sebenar...Sekian terima kasih




KEPUTUSAN FRIENDLY MATCH

SEMBANG KONGKANG FC (4)

vs

IPG (Cyberjaya) (0)




-HARINI KEMUT HASSAN BAGI YURAN SEPARUH HARGA-

Khamis, 10 November 2011

Majlis Perkahwinan Jasmin



Jasmin atau panggilan mesra min akan melangsungkan majlis perkahwinan beliau pada 13hb November 2011 ni..Oleh itu dia menjemput suma warga BPI dan team Sembang Kongkang ke kenduri beliau...


Kalau sape tak kenal mana satu Jasmin...ni hah orang ne...so dah xbleh nak usha sbb dah ada orang book...so datang la ramai2 memeriahkan majlis...




-BILA PULAK TURN MAT KEDAH??-


Jumaat, 4 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat hari raya aidiladha kepada semua rakyat Malaysia dan terutama skali kat warga BPI..Kepada sesape yang balik kampung tu, hati2 dijalan raya ingat orang yang tersayang...kepada yang bergotong-royong melapah daging nanti, hati2 jangan sampai melapah kaki sendiri...hahahaha...Kepada player2 Sembang kongkang FC, manager kemut hassan bagi cuti 3 hari...Minggu depan hari rabu ngan khamis turun padang lapor diri untuk kem latihan...muahahahahaha....

Ibadah korban berupaya membentuk insan yang bersyukur melalui penyembelihan haiwan korban yang dilakukannya dengan menggunakan hasil rezeki tersebut dalam rangka beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH- Sekadar gambar hiasan-






-BERKORBAN APA SAJA, HARTA ATAUPUN NYAWA-






Rabu, 2 November 2011

Keputusan Friendly

Permainan ada sedikit peningkatan..namun komunikasi antara pemain masih kurang....tapi masalah tersebut boleh diatasi sedikit masa nnti..Barisan serangan semakin tajam dengan 4 gol disumbangkan oleh mereka namun barisan pertahanan perlu dipolish sedikit...semakin banyak perlawanan persahabatan, secara tak langsung dapat meningkatkan lagi persefahaman antara pemain...Lepas raya haji ni IPG(cyberjaya) ajak main sekali lagi...mungkin ini sahaja peluang mereka untuk berlatih sebelum pertandingan sebenar...


Barisan Sembang Kongkang FC

GK Brader
DF Shahril
DF Amin
DF Toki
DF Khusairi
MF CC Puad
MF Bro (1 Gol)
FW Zul (2 Gol)
FW Ustaz Husnun (1 Gol)



KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN

SEMBANG KONGKANG FC (4)

VS

IPG(CYBERJAYA) (5)






-REPEAT BALIK JUMAAT DEPAN-





Undian Bola Sepak Mesca 2011

Tadi aku menghadiri mesyuarat pengurus pasukan pertandingan bola sepak 9 sebelah mesca serta dijalankan sekali upacara undian kumpulan. Sebanyak 21 pasukan akan bertanding dimana pasukan-pasukan ini akan dibahagikan kepada 4 kumpulan...3 kumpulan akan diisi dengan 5 pasukan manakala 1 lagi kumpulan akan mengandungi 6 pasukan...Selain dari undian, turut dibincangkan tentang lokasi pentandingan dan peraturan2 pertandingan...Seperti lazimnya BPI akan diwakili oleh pasukan Sembang Kongkang FC..So melihat dari undian, tak mustahil kita akan melakukan kejutan...namun perlu kekuatan dan semangat yang kuat bagi mengatasi segala kesulitan....Berikut adalah keputusan undian Mesca 2011 :

KUMPULAN A
BPSK
Lembaga Peperiksaan
BPPA
IPGA(Cyberjaya)
Bahagian Sukan A

KUMPULAN B
Bahagian Kewangan
BPM
IPG Ilmu Khas
Institut Terjemahan
Jemaah Nazir


KUMPULAN C
Institut Bahasa
IAB
BPSM
MPM
Bhgn Pembangunan Kurikulum


KUMPULAN D
Bahagian Audit
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
Bahagian Sukan B
Bahagian Pembangunan
IPG Teknik
Pejabat Menteri

BPI menghuni kumpulan D dimana kita akan bermain 5 perlawanan...Perlu kekuatan kudrat yang amat kuat serta perlukan komitmen dan fokus 100% bagi menjamin misi layak ke pusingan suku akhir tercapai....Ape2 pun buat yang terbaik....





-BPI NGAN PEMBANGUNAN TAK BOLEH DIPISAHKAN-