Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada encik editor sembang kongkang kerana memberi peluang untuk saya menjadi dari sebahagian dari team blog sembang kongkang. Menjadi tukang karut sembang kongkang menjadikan saya lebih dekat lagi dengan BPI. Mesti ramai tertanya-tanya siapakah gerangan saya khususnya warga BPI dan ex-BPI yang membaca blog ni. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi dalam arena blog sembang kongkang, eloklah saya memperkenalkan diri saya. Nama saya khairizan, panggil je saya dengan panggilan manja khai. Umur saya 27 tahun. Saya lahir pada 25 januari 1985. Asal jolobu nogori semilan.
Saya orang negeri sembilan. Saya dengan negeri sembilan memang tak dapat dipisahkan. Sebagai buktinya, saya tau negeri sembilan pernah menang piala malaysia tahun 2011. Tapi itu jer la 1 yang saya tau yang lain saya tak tau. Apa yang best pasal negeri sembilan?adatnya?makanannya?tempat mandi2?entah saya pun tak tau. Walaupun banyak yang saya tak tau, ada 1 benda yang saya tau iaitu kakak yang meniaga kat tekno tu orang jolobu. Tu sebab setiap kali saya breakfast kat situ, saya dapat murah lima posen.
Breakfast kegemaran saya ialah nasik lemak+telur goreng+ayam goreng+kacang banyak pastu saya mesti minum air nescafe o panas. Dah lama saya peratikan diri saya, hari2 saya akan amik menu yang sama. Saya pun tak tau kenapa. Setiap hari saya akan risau dengan diri saya yang hari2 makan benda yang sama.
Yang Benar
Dambaan Pilu-khai