Isnin, 12 Januari 2009

JOM BERKENALAN

oleh amin

"Tak kenal maka tak cinta"

Kepada sesiapa yang masih tak kenal lagi anggota Team-BPI kat sini aku listkan barisan kawan2 aku yang menjadi harapan negara pada masa hadapan.....("/)




Nama glamor Apis.Umur 25 tahun, asal Kedah

Stokin yang tinggi adalah aset beliau. Selalu menjadi kemarahan rakan2 kerana beliau gemar bermain secara solo dan cukup berbahaya apabila berada di gol sendiri. Mempunyai pelbagai skill apabila ingin menjaringkan gol.



Orang kat ofis panggil firdaus tapi dikalangan rakan2 panggilan brother lebih mesra. Kat ofis jaga bayaran LO kat padang jaga gol.Beliau merupakan penjaga gol terbaik Team-BPI kerana semangat berani mati dan berpegang pada prinsip “kamikaze”.


Panggil En. Zul sebab pangkat dia tinggi kat ofis. Asal dari

Terengganu. Walaupun bertubuh kecil tetapi mempunyai rembatan cukup kencang yang membolehkan mangsa yang terkena rembatannya makan nasi pakai straw.


Nama betul Hasbullah Bin Ahmad Tahar. Member2 panggil Bulah,Lah,Dato tapi family dia panggil Loop.Umur 22 tahun masih single. Gaya permainan lebih bercorak defensive. Juga boleh bermain posisi penjaga gol jika penjaga gol utama tidak hadir. Satu-satunya pembekal air kepada semua pemain2 Team-BPI.



Budin nama yang kawan2 bagi. Asal dari Kelantan. Kelebihannya pada tubuh yang tinggi dan tegap adalah senjata utama beliau.Gemar bincang taktik untuk menghasilkan permainan yang baik walaupun taktik beliau selalunya tak menjadi.Gayanya ketika meraikan jaringan gol membuatkan ramai ingin merembat muka beliau dengan bola.



Rakan2 ofis panggil Bro.Satu-satunya player Team-BPI yang pernah main untuk Mesca.Merupakan mentor kepada Team-BPI dan boleh dikira sebagai kapten pasukan. Jaringannya yang dilakukan ketika pertemuan derby Team-BPI dengan team Kampung Baru dikenang sebagai "Jaringan Tercantik Sepanjang Zaman".





Dato' K, Mendapat anugerah Dato’ dari kawan2. Asal dari Terengganu.

Gayanya di atas padang membuatkan orang menyangka beliau adalah seorang pemain yang pernah bermain untuk mana2 kelab di Malaysia. Prinsip beliau " Skill ta de tak pe janji gaya mesti ada".


Member2 panggil Rashid je. Orang yang paling sibuk kat ofis. Mempunyai kepakaran dalam menjawab semua permasalahan tentang pertukaran guru.Selalu lari dari latihan pusat tapi mempunyai kelebihan pada kaki yang kuat dan membuatkan sesiapa pun gerun melihatnya.

Kitaorang panggil Akhrif. Umur 21 Tahun. Tinggal kat Cheras. Belum dianugerahkan Dato' walaupun PA kepada Dato'.Kurang berkomunikasi, tetapi beliau amat berbahaya terutamanya di depan kamera. Boleh juga jadi penjaga gol jika diperlukan.


Panggilan Iqbal dikalangan rakan2.

Mempunyai gaya permainan yang agak baik terutama di bahagian tengah. Walaupun baru tapi beliau boleh menyesuaikan diri dengan pasukan.


Nama pendek Saiful.

Antara pemain yang baru diserapkan di dalam Team-BPI. Gaya permainan agak baik dan perlukan masa untuk mendapat rentak permainan pasukan.



CC panggilan manja beliau.Berasal dari Kelantan.Tidak perlu diperkatakan lagi bakat semulajadi beliau.Terlepas cap pertama ketika bertemu Sapura hanya kerana terlupa membawa kasut.


Semua orang yang kenal aku panggil Amin. Cuma family aku dengan yang special je panggil lain dari amin....He3..Lahir kat Muar besar kat Jay Bee. Lain-lain tentang aku korang pikirla sendiri sebab nanti kalau aku taip banyak puji diri sendiri pulak....:-)




APAPUN SELAMAT BERKENALAN KEPADA SESIAPA YANG TAK KENAL KAMI.


wassalam.........("/)












4 ulasan:

  1. kesiyotan beralku skali lagi di sini kerna gamba gamba yg diberi tidak dipersetujui terlebih dahulu oleh tuan empunya sebaliknye gamba sendiri di ambil di dalam hutanm.....ini tidak adillllllllll...ajar aku wat blog jgk oiiiiiitttttttttttttt....................haruan toll

    BalasPadam
  2. Pergi la mem...

    BalasPadam
  3. Btl tu sharibudin, gambar aku tgh tdo ngigau..
    xbest tul..buat pnt je aku posing2 berbahaye..






    DIE-HAAARRRRRDDDDD ARSENAL!!

    BalasPadam
  4. halimah jongangApril 12, 2010

    selamt berkenalan jugak..hik..hik..

    BalasPadam