Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Isnin, 23 Mac 2009

selamat pengantin baru bro.......

15 mac lepas kitaorang geng-geng sembang kongkang g pahang. Buat ape g pahang?? hah....Bagus soalan tu...Kitaorang menghadiri jemputan kawin member kitaorang khairur rijal aka bro. Untuk bro, kitaorang team sembang kongkang mengucapkan selamat pengantin baru semoga berkekalan sampai ke akhir hayat. Lepas ni agak-agaknya giliran sapa la plak ek???


wajah berseri-seri bro di hari perkahwinan beliau

Pada awalnya kitaorang rancang nak bawak kete sendiri. Almaklumlah kitaorang sebenarnya nak menikmati secara total hutan hujan khatulistiwa di pahang yang diketahui umum mempunyai banyak khazanah flora dan fauna yang amat menarik sekali untuk ditatapi. Tetapi!!!...Kami sebenarnya kesian gak kat Kak Izan yang bersusah payah mencari bas untuk membawa rombongan Cik Kiah ke pahang. So, dengan rasa gentelman kami pun ikut la rombongan kak izan. Seronok tau naik bas ramai-ramai. (Teringat masa zaman sekolah dulu, g rombongan sambil belajar ke zoo negara).

bas tiba-tiba berhenti sebab driver nak g beron

kitaorg sempat bincang taktik sebelum bertolak ke pahang

geng samseng jalanan diketuai oleh cc

tiket...tiket...hah ni la kak izan, selaku mastermind dlm rombongan ni

Walaupun jauh tapi seronok sebab ramai-ramai g kan. Berbaloi la tiket rm 30 dapat sit yang selesa dapat karipap,dapat air, dapat melawat sekolah lagi. Korang cari la company bas mana yg sanggup bagi semua tu. Terima kasih kpd kak izan yang bersusah payah mencari bas. Tanpa kak izan rombongan ni takkan menjadi kenyataan. Perjalanan mengambil masa empat jam beb...Kalau perokok tegar mau 2 kotak rokok abis tu. Jauh perjalanan luas pemandangan. Itu bagi mereka yang betul2 menikmati keindahan ciptaan tuhan dari jendela bas. Bagaimana pulak bagi mereka dibawah ni???4 jam dirasakan sekelip mata....x tau nak kata apa, korang pikir la sendiri.....


tengah mimpi karok kat majlis kawin bro sambil dikelilingi peminat-peminat wanita. Gaya tido ala-ala artis hong kong.

mimpi tngh wat kew8..kerja smpi terbwk2 dlm mimpi. Klu bngun msti dada brdebar-debar, muka berpeluh-peluh sbb cuak hantu kew8....tido tunduk sbb ketakutan sehingga diparas beku

mimpi kawin2...almaklumla baru amik kursus kawin.cara tido menunjukkan pening kepala sebab duit x cukup lagi nak kawin

mimpi member rumah dia...gaya mimpi dia mcm setahun x jumpa memba umah dia..tapi ni lagi bahaya sambil tido sambil bercakap "tak pa...tak pa...saya ada memba"

don't try this at home....gaya tido duduk..mata nmpk x tutup tapi sbnarnya tutup sbb dilindungi spek mata kasanova..bleh plak tu tngk kamera,mcm tau-tau je ada org amik gmbr...ni yg dikatakan tido dalam khayalan...

hai cik kak??termenong jauh nmpk??x tido ke??x bleh tido sbb ingt "hehem-hehem" ni..."

Pukul 12 lebih kitaorg pun smpi la kat destinasi pertama iaitu sekolah rendah agama at-taqwa. La ingatkan dah smpi umah bro, perut masing2 dah mendidih dah ni,nak diikutkan ati klu mesin taip brader mun bleh mkn silap2 bleh tinggal roller dia je tau, sbb semua lapar tahap gaban. Kak izan ckp kita kena singgah jgk sekolah tu sbb nak cukupkan syarat. Nasib baik kak izan yg ckp, klu apis yang ckp?????lu pikir la sendiri.....

sra at-taqwa senyumanmu, di tengah hari ini......

"woi ni bukan rumah bro!!!cakap nk pegi umah bro!!!ni kat mane ni??aku lapar nak mampos ni...apasal nk singgah skolah plak ni...??bro kawin kat sekolah ke??cepat bawa aku pulang driver...aku mahu pulang!!....arghhhhh.......," amuk harun bila kerana ingatkan dah smpai umah bro rupanya kena singgah sekolah dulu..tu yang dia mengamuk nasib baik dapat ditenangkan oleh penulis dengan menendang laju-laju muka harun agar die bertenang.....



aksi diva kak siti turun dari bas.kelihatan kak ct senyum pada peminat setianya


kak mazerah mengambil langkah berhati-hati semasa menuruni tangga takut graviti putrajaya x sama dgn pahang...

pehh lagak kak maheran memegang "handsssbag" mcm diva anita sarawak


kak leha oh kak leha....mana da diva bwk kotak???


hah cik kak ni diva paling popular...satu malaya dah tau..satu-satunya diva yang disambut oleh peminat setia (anak kak bet sbenarnya nak bgtau kak bet yang dia nak rencing)

kata anak kak bet"mak nak rencing"....Kata kak bet " kejap mak nak posing dulu orang amik gmbr tu"....

Kami disambut oleh kepala sekolah(guru besar). Bukan main seronok cikgu sekolah tu bila kitaorang sampai. Kitaorang semua dibawa ke dewan sekolah nak dgr taklimat dari kepala sekolah. Macam2 dia cite dari sejarah sekolah, banjir sampai bumbung, murid 2-3 orang, gaji x dapat dan lain-lain lagi. Kitaorang dengar dengan penuh minat tapi sebenarnya menderita sebab lapar yg x terhingga.

bapak guru sedang memberi ceramah yang bertajuk "kenapa gajiku lambat???"

masing-masing tekun mendengar ceramah sbb taksub dgn dakyah bapak guru

haron(2 dari kanan 2 dari kiri) tak percaya yg kepala sekolah tu rupanya cikgu sekolahnya yg terpisah 15 tahun dulu. beliau masih ingat lagi saat mulutnya disumbat dgn kapur oleh cikgunya gara-gara menyanyi ketika cikgu sedang mengajar.

Lebih kurang setengah jam jugak kitaorang kat sekolah tu. Memang agak serba kekurangan sekolah tu. So kpd student2 bandar bersyukurla dgn ape yg korang dapat. Blajalah bersungguh-sungguh.


kaki lima tempat pelajar2 bersidai sementara cikgu masuk kelas

recik dan renit je bilik kuliah dia

abang kantin mengadu nak untung rm 1juta sehari pun payah..bisnes tak berapa baik la...

tempat berwuduk.

tempat main roundes bila waktu pjk

"hah nampak x??kesian sekolah diaorg renit je...bruntung korang sekolah kat bndar"....nasihat oleh jurufoto (tapi anak kak bet dgn kak izan beritahu mak diaorg jurufoto ingin mengepau diaorg)....




rasyid melakonkan semula aksi pelajar yang memperolehi keputusan cemerlang dlm srp


hari dah panas gedege....hati dah menyirap bandung....

pemuda harapan bangsa tonggak negara. Tapi tonggak 12 x hafal pun..

kenangan sra at-taqwa dalam memori selamanya

Selesai je melawat sekolah tu, pejalanan diteruskan kembali. Inilah misi kita sebenarnya. Datang majlis kawin bro. Dalam pukul 1.30 ptg baru kitaorg sampai kat umah pengantin. Betul2 mencabar la gak nak sampai ke sana. Meredah hutan belentara, menyeberang sungai, membelah awan, semata-mata ingin sampai ke umah pengantin..sbb ape??bkn nak tengok pengantin,bkn nak rewang, bkn nak tolong basuh periuk tapi sebenarnya kitaorg lapar nasi...ha3.... Ah lega rasanya dah sampai. Cepat...cepat...turun...turun....kita dah sampai ni...


haron memegang erat hadiah tu takut dikebas orang...hai cik kak..nak enterprem gak ke??

haron kata "mak oi beratnya pebende kak bet beli ni???pembancuh simen ke???"....alop kata "mesin taip kot"

apis kata "tak pa...tak pa....penakan saya ramai kat sini".....haron menukar skill bawak hadiah....

haron kata "tolong...tolong.....pembancuh simen ni nak hempap kaki aku"....cik kak kata "it's not my problem"....apis kata "tak pa....tak pa....saya tau hospital dekat2 sini"....

bro kata "bagus2 smua bwk hadiah, mcm ni la"

dah x sempat nak salam2 lagi dgn tuan rumah nye....smua salam dgn pinggan dulu

ni lagi hebat....orang lain baru je amik nasik...cc dah habis makan dah....siap mintak gearbox kat tukang masak lagi.....

antara gambar hantaran yang sempat diambil

gambar team sembang kongkang dengan pengantin...eh apis loqlaq mana???

gambar diva-diva dengan pengantin....eh ingtkn apis loqlaq kat sini

la kat sini dia.....apis kata "tak pa...tak pa.... minggu dpn sy bwk mai rombongan meminang anak pak cik, sy dah x sabaq ni"...pak cik kata "awat hang kalut-kalut sgt,sabarrrrrlaaaaa"
"ni la BAPAK PERANAKAN SAYA"....kata apis kepada para hadirin dengan riak nya..

Lepas dah makan, dah bergambar dengan pengantin, kami pun amik keputusan untuk beredar. Perjalanan punyalah jauh sampai 4 jam tapi kat umah pengantin tak sampai setengah jam pun...Ape2 pun kami skali lagi mengucapkan selamat pengantin baru kepada bro dan isterinya.Semoga bahagia hingga ke anak cucu

sebelum pulang haron ada berpesan kepada bro....kata haron "bro, pelan-pelan kayuh"......

sempat diva-diva ni memberikan pose dpn lensa kamera....tapi mana lagi gmbar pengantin???

kak bet dan kak izan tidak mahu ketinggalan mengabadikan foto mereka...tapi mana lagi gambar pengantin???

Satu-satunya perkara pelik kat sini ialah pergi majlis orang kawin tapi yang banyak gambar jemputan kawin tu sendiri dgn gambar haron gambar pengantin sejemput dua je....aparaaaaa...Tak kisah la, janji skrang masa nak balik plak.....


bapak2,ibu2 semua sila beratur ya...jangan rebut-rebut nanti bisa tumbang ini bas...mas iqbal kata "minggir-minggir,gue mahu difotorin dulu sih, mau kirim fotonya ke cewek gue di seberang dong"



masih lagi menjadi misteri tempat apakah ini....???

Perjalanan balik amik masa 3 jam. Driver bas tu ikut jalan ulu bendul, negeri sembilan. Kitaorang sampai putrajaya dalam pukul 7.30..Pehhh satu lagi ekspedisi yang mencabar telahpun kami lalui dengan jayanya. Kitaorg memang enjoy gile, lepas ni klu ada sape2 kawin jemput la kitaorang, insyallah klu x de ape2 aral yang melintang kitaorang akan datang memeriahkan majlis....Lepas ni trip ke mana plak??????????






pukul 7:40 mlm, depan blok e12 adengan yg sempat dirakam oleh jurufoto amatur

eleh rasyid cakap je la klu suka....malu2 plak...asal berat nak ckp???mulut ada mesin taip ke???dalam ati rasyid berkata.....nk declare ke nak putus...nk declare ke nak putus....


6 ulasan:

  1. Tanpa NamaMac 25, 2009

    PAs nie, sAYA kawen... hang pA, suma pi KAAAAAAA.......

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaMac 25, 2009

    kenape byk gmbr haron???

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaMac 26, 2009

    wah cik kak yag pakai baju purple tu cun glerrrrrrr la..berkenan je
    kire tercantik kat benua ni la

    BalasPadam
  4. ko nak ke encik semalu???x payah la malu2...aku bleh rekemen....

    BalasPadam
  5. Tanpa NamaMac 27, 2009

    takpe2 leh usaha sendiri
    lg pun senang je tu...

    BalasPadam
  6. Tanpa NamaMac 27, 2009

    ehem...ehem...!!!slamber jer!!!

    BalasPadam