Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, 18 Mac 2009

aku adalah aku......

Semakin tinggi peradaban manusia, aku semakin dilupakan. Aku dianggap tidak lebih dari sekadar barang buruk yang menunggu masa untuk diluputkan dari muka bumi ini. Sudah menjadi lumrah alam, semakin kita dimamah usia semakin kita dilupakan. Apakah salahku, apakah dosaku sehingga mereka sanggup melakukan aku sedemikian rupa. Tidak ingatkah mereka jasaku yang banyak membantu mereka. Tidak ingatkah mereka!!!. Aku tidak perlukan pujian, tidak juga perlukan sanjungan yang tinggi. Pangkat tan sri, dato?? aku tak perlukan tu semua. Apa yang hanya aku mahukan perhatian dan belaian daripada mereka yang suatu ketika dahulu pernah mengagumi aku, yang pernah menyanjungi aku. Tetapi itu dulu, zaman sudah berubah. Kini aku hanyalah sampah dimata segelintir manusia yang angkuh dan sombong yang hanya mementingkan kemewahan dan kemajuan tanpa mereka sedar jika tanpa kehadiran yang lama maka yang baru takkan wujud hari ini. Benar kata iklan berita harian "zaman sudah berubah, dunia sudah maju". Tetapi adilkah jika kemajuan dijadikan sebagai alasan untuk aku terus dilupakan??? Aku hanya dibiarkan sendirian tanpa perhatian malah ada yang tidak menyedari kewujudan aku.

Aku hanya dijadikan bahan jenaka mereka yang pentingkan kemewahan. Kini hanya kutukan dan cercaan menjadi mainan gegendang telingaku. Setiap hari aku menangis mengenangkan nasib aku yang tidak aku jangka dari dulu. Batinku menjerit kesepian, meronta-ronta inginkan perhatian, inginkan suasana seperti dulu. Bila keseorangan, kenangan lalu terus mengusik kalbu. Jiwaku terus menangis, menangis dan menangis. Tiada hilai tawa, tiada senyuman gembira. Apa yang ada kini hanya duka lara yang rasanya seperti tidak tertanggung azabnya. Penderitaanku tiada siapa yang mengerti. Namun begitu, sebenarnya masih ada insan yang masih menghargai walaupun boleh dihitung dengan jari. Ucapan terima kasih yang hanya mampu aku hulurkan dan hanya Allah yang akan membalas segala kebaikan yang mereka lakukan terhadap aku. Hidup ini ibarat roda yang berputar. Tidak semestinya kita akan berada di atas selamanya kerana nescaya kita akan juga menjengah ke bawah. Walaupun apa yang terjadi aku perlu sedar,aku tidak boleh melawan takdir, ini semua ketentuan Yang Maha Esa kerana aku hanyalah sekadar.....























4 ulasan:

  1. Tanpa NamaMac 19, 2009

    jgn risau, aku sentiasa disisi

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaMac 19, 2009

    sajer nk torai..bru nk aktif..maklumlah aku ni derhaka skit..keh,ke,keh

    BalasPadam
  3. Tanpa NamaMac 20, 2009

    huhu..typewriter ghopernyer kamu... :-p
    jgn risau, 'budimu tetap disanjung,jasamu pasti dikenang untuk selamanya...ahaks

    BalasPadam
  4. Tanpa NamaMac 23, 2009

    breder mum jer yang setia....
    hidup brader mum...tapi aku heran la macam mana brader mum bleh komen kt blog ni...heheheheh

    BalasPadam