Ahad, 26 April 2009

jom pegi kelantan

Rasanya mcm baru semlm smpi kat kelantan negeri yang digelar serambi mekah. Macam tak cukup 3 hari nak mengelilingi negeri cik siti wan kembang ni. Pertama kali menjejakkan kaki kat kelantan semacam ada satu tarikan yang luar biasa yang membuatkan aku berasa teruja untuk mengenali lebih dekat tentang keistimewaan kelantan. Ape yg istimewanya kelantan??Bagi aku banyak yang boleh aku senaraikan tentang keistimewaan negeri kelantan ini antaranya makanannya yang maha banyak, tempat membeli-belah yang menjulingkan biji mata, cara hidup dan budaya masyarakat kelantan, pusat pelancongan yang menarik dan yang paling penting awek-awek kelantan yang comel2 n manis2 belaka.

memandu utk smpi ke kelantan memerlukan ketahanan mental yg tinggi. Badan kena cergas, yg penting jgn mengantuk krn perjalanan yg jauh memerlukan ketahanan yg paling2 maksima.

Keadaan jalan ke kelantan yang sempit memerlukan seseorang pemandu itu peka dengan keadaan persekitaran.

Memang jauh tapi jauh perjalanan luas pemandangan

Jentera berat memang banyak melalui sepanjang jalan ke kelantan. So berhati-hati dengan kehadiran mereka kerana kecuaian boleh membawa padah.

Selamat Datang Ke Kelantan. Anda akan mengalami suatu pengalaman baru yang menjadikan lawatan anda ke kelantan sesuatu yang amat2 istimewa.

Sign board sangat2 penting terutamanya kepada mereka yang baru pertama kali ke kelantan atau mereka yang dah 15 tahun x ke kelantan

Berniaga amat sinonim dgn masyarakat kelantan terutamanya kaum wanita. Memang banyak gerai2, pasar-pasar pagi atau malam yang ada kat negeri kelantan ni. Senang citer kita tengok kat KL la, kebanyakan kedai2 terutamanya kedai makan dimiliki oleh masyarakat kelantan. Memang budaya berniaga ni dah sebati dengan jiwa masyarakat kelantan.

Pasar2 mcm ni mmg banyak kat kelantan

wanita2 kelantan memang gigih berniaga. Aku sangat2 respek kat diaorang. Walaupun dah tahap nenek2 tapi semangat mereka untuk mencari rezeki yang halal amat dipuji.

Banyak tempat2 menarik yang boleh kita kunjungi apabila kita berada di kelantan. Bukan semua tempat aku sempat pergi. Namun tempat seperti PCB (pantai cahaya bulan) amat sesuai utk kita bersantai-santai menenangkan fikiran yang serabut ni. Selain itu, kepada mereka yg gemar shopping Wakaf che yeh dan rantau panjang adalah tempatnya.

ketereh tu ada orang cakap gajus.. betul ke???

keindahan ombak di persisiran pantai cahaya bulan

Sape cakap kelantan x de tempat shopping yang grand. Ni hah KB Mall, walaupun kat kelantan ni banyak jual barang siam punya tapi klu kita pentingkan kualiti sini la tempatnya.

Rasa tak lengkap kalau tak cerita pasal makanan. Kat kelantan memang banyak jenis makanan yang pelik2. Tapi ada satu jenis kuih tu sampai sekarang x de yang sudi bwk aku makan. Kuih tu namanya taik itik. Bentuknya aku x pasti mcm mana sbb x penah nampak. Namanya cukup ekzotik. Mungkin disebabkan gagal makan kuih taik itik membuatkan aku nak datang kelantan lagi menjejak kuih yang sehingga sekarang menjadi misteri bagi aku.

Sedap la jugak tom yam ni walaupun makanan ni amat biasa dilihat

member aku cakap ni la ICT(ikan celup tepung)

serunding ayam/daging memang banyak dijual di merata2 pasar di kelantan. Menurut peniaga di situ, serunding ni bleh tahan 3 bulan.

Satu lagi yang menarik tentang kelantan iaitu kerajaan negeri berusaha memartabatkan penggunaan tulisan jawi. Selain itu, kebanyakan iklan2 yang ada kat kelantan menggunakan model wanita bertudung. Secara tak langsung ia menjaga kesucian agama Islam sebagai agama rasmi negara.

Semua sign board kedai2 kat KB Mall akan tertera tulisan jawi disebelah kiri

Kali pertama melihat adibah noor bertudung

Syarat2 kerajaan negeri, iklan wanita perlulah bertudung

Banyak lagi cerita2 yang menarik yang aku nak ceritakan tapi sampai sini jelah cerita aku serba sedikit tentang kelantan. Aku harap lepas ni aku akan ada peluang untuk ke kelantan lagi. So jom pegi kelantan.

Bye2 kelantan besok2 klu senang aku datang lagi


Sape hah mek comel yang tudung merah tu???







Memang sah nak kena datang lagi ni................("/)








8 ulasan:

  1. kebelakangan ni abg dengar ada serunding babi...betul ker? aik banyak bonar gambar tudung merah ni..ada apa-apa ke?..napa gambar sipi-sipi jer...nak le tengok yang jelas sikit

    BalasPadam
  2. sipi2 tu yg buatkn kami ingin tau siapakh gerangan si comel tudung merah.....ha3

    BalasPadam
  3. aik? ingatkan dah tau sapa gerangan si baju merah itu

    BalasPadam
  4. bukan serunding babi la..tapi selsema babi...ko jgn main2 mokhtar..aku driver aku tau la..aku geram kat maradona ni...mane die tak datang2 lagi nih....!!!!!

    BalasPadam
  5. anak kelateApril 27, 2009

    abe mun,
    demo dgr mana serunding babi?
    kecek molek2 ckit...kelate tkdok benda gitu
    benda gitu bokali negeri lain..
    kelate wat ado benda molek2 jah
    sekian.....

    BalasPadam
  6. hmmm tgok gmbar kelantan rase mcm nk g kelantan je...

    BalasPadam
  7. beto2 anok kelate..kawe pun sokong..nk ngudoh la tu

    BalasPadam