Skuad takraw masa depan BPI
Berbincang taktik berkesan utk tidak kalah teruk
Ini lah kali pertama team sepak takraw BPI turun berlatih
Berbincang taktik berkesan utk tidak kalah teruk
Ini lah kali pertama team sepak takraw BPI turun berlatih
Walaupun team BPI tidak pernah berlatih (kecuali acit berlatih sorang2), namun dengan sedikit skill yang ada Team BPI A dan BPI B berjaya memenangi perlawanan pertama masing-masing. Team BPI A bergaya menewaskan team Bahagian Perolehan dengan keputusan 2-0. Manakala team BPI B juga tidak kurang hebatnya apabila menang tanpa mengeluarkan setitik peluh pun. Ini adalah disebabkan team BPG tidak berjaya menghadirkan diri mereka ke gelanggang. Kontigen BPI seakan-akan tidak percaya kerana berjaya memenagi perlawanan sulung walaupun tanpa latihan intensif dan latihan pusat team BPI berjaya menang bergaya.wakakakaka..
Walaupun Team BPI A dan B berjaya memenangi perlawanan sulung, tapi baki perlawanan seterusnya team BPI dititik teruk. BPI A dan BPI B kalah 2 perlawanan berikutnya. Ape-ape pun kami tetap enjoyyy...Namun peristiwa yang paling tak dapat dilupakan ialah BPI B berjaya memperolehi 3 point dengan hanya menggunakan skill2 yang paling mengelirukan yang langsung tak terjangka oleh pihak lawan...Hahahaha berjaya jugak main2 kan diaorg...wakakakakaka...(walaupun kalah tapi aku puas sebab dapat main2 kan diaorg)
Team bola tampar juga seperti sepak takraw baru menjalani latihan di hari pertandingan. Masing-masing baru kali pertama sentuh bola tampar.
Setelah sepak takraw menutup cerita dengan ceria(krn berjaya mainkan pihak lawan), kini tiba pula masanya bola tampar menunjukkan skill mereka. Apa yang menarik dalam kem bola tampar, semua pemain bola tampar sebelum hari pertandingan mereka giat berlatih tapi bukan dengan bola tapi dengan orang-orang yang mukanya ketat. Mereka menampar semua orang-orang yang muka ketat. Sape muka ketat kena tampar. So masing-masing boleh la praktikan ape yang diaorg buat semasa pertandingan dan tak kekok apabila ingin menampar bola kerana mereka menganggap bola tu seperti orang yang muka ketat.
Perlawanan pertama team BPI adalah bertemu BPSM. Team BPI bersemangat turun ke gelanggang walaupun tahu reputasi hebat BPSM. Tapi kami tidak gentar malah menganggap team lawan mcm budak2 skolah je.
meraikan point pertama. Walaupun dapat point pertama tapi cara meraikan seperti dah jadik juara...
Dalam bola tampar, kami bermain enjoy giler.. Mcm main waktu pjk zaman-zaman sekolah dulu. Bermain tanpa sebarang tekanan malah team BPSM yang terasa tekanan yang melampau-lampau. Dengan sokongan kuat dari kelab penyokong BPI kami akhirnya tewas dengan keputusan 2-0 namun perlawanan kami dengan BPSM adalah perlawanan dikenang sepanjang zaman dek kerana kemeriahan player dan penyokong yang memeriahkan suasana dewan yang mulanya agak suram..kami berjaya menghidupkan suasana dewan itu menjadi lebih ceria...Semua orang tertumpu pada perlawanan kami, bukan kerana permainan kami tapi kerana perangai pelik team kami..Walaupun kita kalah tapi kita tetap TEAMMMMMMM......Semasa bersalaman dengan pengadil bola tampar, beliau sempat berkata "saya suka pasukan awak, ceria dan enjoy je"......Kami pulang dengan perasaan bangga.Walaupun kalah perlawanan tapi kami tetap menang dengan sorakan TEAMMMMM.....
Sebelum lawan lagi kami dah tau kami akan kalah tapi kami enjoy dengan game kami sertai. Rasanya beban kerja kat opis dah sedikit berkurang dek kerana keenjoyan yang melampau-lampau....Tidak lupa kami ucapkan terima kasih kepada kelab penyokong BPI kerana memberi sokongan kepada kedua-dua skuad bola tampar dan sepak takraw serta berjaya menghidupkan suasana dewan yang pada mulanya agak bosan. Sokongan tidak berbelah bagi walaupun pasukan lawan berada di mata akhir....Terima kasih "TEAMMMM!!!!"
nate maki..nate berok
BalasPadam