Khamis, 7 Januari 2010

Preseason 2010

Tahun 2009 menyaksikan 3 kejuaraan Piala Kongkang dapat dijalankan. Mengikut perancangan penganjur 4 musim, namun musim ke-3 pertandingan ini tidak dapat dijalankan kerana penganjur menghadapi masalah teknikal dan komunikasi yang tidak dapat dielakkan. Penutup tahun 2009 menyaksikan team Sembang Kongkang A gah dengan 2 kejuaraan pada musim pertama dan ke-2 manakala pasukan Jamin FC pula mengunguli saingan untuk musim ke-4. Untuk musim 2010 semua pasukan yang akan mengambil bahagian telah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapi saingan kali ini yang dijangka lebih hebat dan sengit. Pasukan seperti Sembang Kongkang A, Sembang Kongkang B, Jamin FC,Ape2 Je La FC dan Jejaka Pinggiran FC masing-masing sibuk menjalani persediaan yang rapi bagi merebut kejuaraan untuk musim-musim 2010. Sebagai persediaan untuk menghadapi saingan musim baru, latihan pra musim akan diadakan bagi pemain-pemain menyesuaikan diri dan mencari rentak persefahaman diantara pasukan. Latihan itu diadakan pada tarikh dan waktu seperti berikut :

LATIHAN PRA MUSIM 2010

TARIKH
7 JANUARI 2010

WAKTU
9 mlm - 11 mlm

TEMPAT
TAMAN ASTAKONA=PANCARONA PRESINT 18







Tiada ulasan:

Catat Ulasan