Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, 15 Februari 2011

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan

Tanggal 12 Rabiulawwal setiap tahun hijrah kita umat islam akan menyambut hari kelahiran junjungan mulia kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Setiap tahun, kita sebagai umat Islam mengenang lahirnya seorang hamba Allah yang telah membawa manusia dari zaman kegelapan ke zaman yang disinari cahaya kehidupan yang dirahmati oleh Allah.Walaupun baginda telah pergi meninggalkan kita, namun baginda telah meninggalkan wasiat untuk kita semua. Berpeganglah pada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah nescaya kita takkan sesat untuk selama-lamanya..

kontigen perbarisan KPM

Hari ini sambutan Maulidurasul peringkat kebangsaan telah diadakan di Putrajaya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, perarakan diadakan bermula dari masjid putra sehingga ke masjid sultan mizan zainal abidin. Jarak perjalanan adalah 2.4km. Pelbagai agensi yang menyertai perbarisan tersebut. Tidak ketinggalan Kementerian Pelajaran Malaysia juga menghantar kontijen bagi sama-sama menyambut hari besar junjungan kita. Tema kali ini adalah 1 malaysia 1 Ummah. Masih segar dengan kemenangan perbarisan kategori agensi kerajaan pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia cuba untuk mengembalikan zaman kegemilangan tersebut. Sebanyak 2 kali latihan diadakan untuk mencari keserasian dan persefahaman antara peserta....

haron adalah org terakhir naik bas...nasib baik tak kena tinggal..nasib baik bas tu gerak sikit je

Dari kiri Ustaz Ali Buraidah, Ustaz Abdullah Salleh, Ustaz Arbar

Bergambar kenangan setelah tiba di perkarangan masjid sultan mizan(masjid besi)

Haron sempat mengetes moto abg polis

mcm biasa kenal.....

Sebelum berarak, kami semua berkumpul kat parcel E pukul 5 pagi...Aduhhh, gelap lagi kami suma dah ada kat perkarangan blok E12..Aku yang duduk kat putrajaya ni pon bangun kol 4 apatah lagi haron yang duduk kampung baru...lagi cepat bangun...hahahahaha..Setelah bas penuh, bas pun bertolak menuju ke masjid putra. Sebelum berarak, kami solat subuh di masjid putra. Setelah selesai solat subuh, kami semua berkumpul sebelum perarakan bermula..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. bergema diseluruh Putrajaya. Pengorbanan Rasulullah menyebarkan syiar Islam telah membolehkan agama Allah berkembang ke pelusuk dunia. Kita sebagai umat Nabi Muhammad hendaklah meneruskan perjuangan Rasulullah semoga kita semua mendapat syafaat di akhirat nnti.


rakyat jelata menuggu ketibaan DYMM

Dato' Seri Najib Bin Tun Razak serta Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin

Baginda DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin

Antara barisan menteri yang hadir

Kusyuk mendengar bacaan Al-Quran oleh Qari yang cacat penglihatan

antara tetamu aka peserta perararakan sambutan maulidur rasul

Majlis sambutan ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Selain itu, majlis juga diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Selain itu, majlis ini mendapat liputan yang meluas dari semua media cetak dan media elektronik...(muka eden pon masuk tv)

Sempat bergambar ngan Ahmad Fetri Yahya....(aku pun xtau mcmana pakcik ni bleh menyelit)

haron pun tak nak kalah


ni paling best dpt bergambar ngan Wardina

Ron sori ron...aku dah cuba halang pakcik ni..tapi dia nak menyelit jugak

Wardina mmg cun..walaupun dah jadik mak tp ttp mcm anak dara...

Kontijen Kementerian Pelajaran Malaysia...Walaupun gagal memenangi sebarang anugerah tetapi semangat kita adalah 1 malaysia 1 ummah

Apa yang penting kita sebagai umat Islam sewajarnya mencontohi keperibadian yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad S.A.W...Banyak sifat baginda yang mulia serta akhlak yang terpuji perlu menjadi pedoman kita semua. Jika tidak mahu sesat selama-lamanya berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah agar hidup kita dirahmati oleh Allah S.W.T...amin....Allahummasalliala Saiyidina Muhammad......





10 ulasan:

  1. J.E.A.L.O.U.SFebruari 15, 2011

    haku xnak komen!!!
    jeles ah!!!

    BalasPadam
  2. Rasulullah kami umatmu, walau tak pernah melihat wajahmu, kami cuba mengingatimu dan kami cuba mengamal sunnahmu....lirik lagu Hijjaz

    BalasPadam
  3. engkau taburkan pengorbananmu untuk umatmu yang tercinta biar terpaksa tempuh derita tabahnya hatimu menempuh ranjaunya~

    BalasPadam
  4. asal team KPM tp byk org BPI jer..huhu..

    BalasPadam
  5. berkata-kataFebruari 16, 2011

    jeles dowh..xpernah berpeluang join perarakan maulidur rasul..huhu..brarak sejauh 2.4km?ermm, mcm ujian PAC nak masuk PTD jer..beza nyer, time PAC kena lari bkn berarak..hahaha..

    BalasPadam
  6. pak cik kepek ada kat mane2 jer..hahaha

    BalasPadam
  7. Pak cik pakai baju melayu hitam mempamerkan muka bangga dengan tujuan untuk menunjuk2 dia dapat bergambo ngan wardina..

    BalasPadam
  8. haron...ko memang rock kat atas motor tu...tahun ni tak merasa raya baru

    BalasPadam
  9. abang kerepekFebruari 17, 2011

    aku nak baju melayu free!!

    BalasPadam
  10. salam bro.. picture2 time perarakan maulidur rasul kt putrajaya 15/2 & kl 23/2 lepas.. tolong hantar kt email aku bleh x?

    kamatsuki.chot@gmail.com

    ok thanks..

    BalasPadam