Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Rabu, 18 Januari 2012

Akal dan nafsu

1)musyarakah

Akal dan nafsu tuhan jadikan sekali di dalam jasad seseorang manusia.manusia tak boleh tiada akal dan tak boleh tiada nafsu kerana jika hilang akal mungkin akan dilabel gila dan tiada pemikiran yang waras.manakala jika manusia tiada nafsu,maka tiadalah keinginan untuk membuat sesuatu.seperti contoh nafsu makan,nafsu tidur,nafsu pakaian dan banyak lagi...Akal sentiasa mengawasi dan mengawal nafsu untuk berfikir ke arah yang baik.

Seperti contoh akal kata ‘’nafsu,kau boleh makan tetapi hendaklah makan yang halal sahaja’’tetapi nafsu ni sentiasa degil dan suka kepada keburukan.

2)Murabahah

Akal hendaklah sentiasa mengawal nafsu setiap masa dalam hidup ini. Akibat amatlah buruk bilamana Nafsu yang mengawal akal menyebabkan kemungkaran akan berlaku. maka terjadilah kita dapat lihat sekarang manusia yg tak menutup aurat,pukul mak ayah,hisap dadah,langgar perintah Allah,tak kusyuk dlm sembahyang.

Sehari kita tak baca surat khabar atau makan nasi kita akan rasa tak sedap,tak selesa,penat..nape kita tak rasa begitu jika kita tak dgr atau baca al-quran??yg dpt bantu kita dan mencerahkan kita di dalam lubang kubur...

ini kerana nafsu bersahabat baik dan dihasut oleh musuh Allah dan musuh kita yang nyata iaitu Syaitan yang direjam.



3) Muhasabah

Setiap hari kita akan menghadapi mati iaitu sebelum kita tidur.tidur adalah separuh dari mati.jadi sebelum tidur kita hendaklah memuhasabah diri kita byk mana kesalahan yg telah kita lakukan hari ini dan hari yang lepas..kita yakin kita akan mati tetapi kita tak pernah terfikir bekalan kita utk menghadapi mati....berapa byk dosa kita yg kita buat....brapa byk Rakid dan Atid sudah mencatat buku amalan kita?dan kita kene ingat yang Allah sentiasa melihat kita.muhasabah diri kita...

Berapa byk amalan kita utk menghadapi mati utk berjumpa Allah...cukupkah bekalan kita..cukupkah amalan kita?? hisab diri kita sebelum kita dihisab...kita langsung takdek cabaran dlm mendapat agama islam..kebanyakan secara keturunan dari nenek moyang kita...kita lupa....di mana pada zaman Rasulullah dan para sahabat,berapa byk dugaan dan cabaran utk menyampaikan dan memperjuangkan Islam..dan sehingga untuk Islam sampai ke zaman kita sekarang...kenapa masih berat utk kita patuh dan taat perintah Allah sedangkan kita duduk dalam aman dan damai...

kita byk terpesona dan terlalai dgn kemewahan dan hidup di dunia...terlupa dgn nikmat yang sementara..padahala apalah sgt nk dibandingkan dgn nikmat di dunia berbanding dgn ganjaran yang dijanjikan oleh Allah di syurga..kita tahu semua ini sementara...apa yang kita nk perjuangkan di dunia ini kalau bukan kerana Islam??

yakinkah kita dpt hidup esok hari?? siapa yg dpt jamin kita dpt hidup esok hari?? kita semua ni hanya pinjaman..hatta sehelai bulu roma kita ni pun pinjaman dari Allah..jadi kita tak pyh la nk angkuh,ego,bongkak dgn dunia yg sementara ini...MAsya Allah...

knapa masih nk engkar arahan Allah sedangkan nyawa dan segala di atas muka bumi ini adalah milik-Nya...Allah dah kata kalau kau tak mahu patuh dan engkar arahanKu kau boleh berambus dari bumiKu ini...kalau masih nak melawan kat ceruk mana kita nk duduk?Planet Marikh?Planet Pluto?semua milik Allah..apa yg kita ada semua milik-Nya..

Ya Allah...aku tak layak masuk syurga Mu namun aku tak sanggup ke Neraka Mu...maka ampunkan kami Ya Allah...ampunkan kami ya Allah...Sesungguhnya hanya Kaulah pengampun dosa-dosa hamba-Mu

Ya Zal Jalal Li Wal Ikram Ya Allah Tuhan Yang miliki segala Kebesaran dan Kemuliaan

Amit Na Ala Dinil Islam Matilah kami dalam agama Islam

Tubna Ilallah kami bertaubat kepada Allah

Warajak Na Ilallah kami kembali kepada allah

Wanadimna Ala ma Faalna kami menyesal di atas segala dosa yg pernah kita lakukan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan