Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Jumaat, 23 Mac 2012

Eksperimen 1.1: Mengkaji Tahap Bau Telur

Tujuan : Mengkaji tahap bau yang dikeluarkan oleh telur

Bahan : Telur yang disimpan selama 3 tahun, tukang baling telur


1. Untuk melakukan eksperimen ini, kita perlukan sebutir telur rebus tak kira dibeli atau direbus sendiri ataupun dapat masa kenduri kawen...Lagi bagus kalau telur tu baru keluar dari perut ayam...lagi fresh....Untuk eksperimen ni aku guna telur rebus orang kawen....

2.Pastu simpan telur tadi kat mana2 yang korang suka...nak simpan kat almari boleh, atas tv boleh, atas meja makan boleh, kat meja opis korang pun boleh...mana2 pun boleh asalkan dia jauh dari kanak2 sbb takut telur tadi pecah...kalau dah pecah tak jadik la eksperimen ni...kalau korang kreatif bleh la buat hiasan kat telur tu, sama ada korang lukis muka korang atau korang jadikan sebagai bunga telur,ikut kreativiti korang la....secara tak langsung tak la nampak buruk kalau korang simpan telur tu atas meja...sekurang-kurangnya bleh dijadikan hiasan meja...

3.Tempoh masa nak simpan telur ni, ikut korang la...nak simpan 2 tahun bleh, 3 tahun bleh, 5 tahun bleh.....ikut korang la....korang nak simpan sampai ke cucu korang kawen pun bleh....

4. Apabila dah cukup tempoh matang telur tu disimpan, panggil seorang pembaling dan 2 orang saksi untuk mengesahkan eksperimen ni berjalan seperti yang dirancang....takde sebarang penipuan....

5. Apabila semua dah sedia....Pembaling bleh la membaling telur tu dengan kadar yang berpatutan...asalkan telur tu pecah macam dalam gambar kat atas pun dah mencukupi...jangan la korang baling sekuat hati,takut2 nanti isinya bertebaran kat seluar atau kain korang....

6.Ni lah hasilnye....telur yang disimpan selama 3tahun....mula2 bau suasana hening pagi, selang 30 saat baunya berubah menjadik...........pehhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh bau bangkaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......hahahahahahhahahah



Kesimpulannya : Betul orang kata kalau makan telur rebus kentut bau busuk....hahahahaha







-SELAMAT MENCUBA-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan