Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, 29 Mac 2012

Selamat Berkenalan

Assalamualaikum semua.

Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada encik editor sembang kongkang kerana memberi peluang untuk saya menjadi dari sebahagian dari team blog sembang kongkang. Menjadi tukang karut sembang kongkang menjadikan saya lebih dekat lagi dengan BPI. Mesti ramai tertanya-tanya siapakah gerangan saya khususnya warga BPI dan ex-BPI yang membaca blog ni. Sebelum saya pergi lebih jauh lagi dalam arena blog sembang kongkang, eloklah saya memperkenalkan diri saya. Nama saya khairizan, panggil je saya dengan panggilan manja khai. Umur saya 27 tahun. Saya lahir pada 25 januari 1985. Asal jolobu nogori semilan.

Saya orang negeri sembilan. Saya dengan negeri sembilan memang tak dapat dipisahkan. Sebagai buktinya, saya tau negeri sembilan pernah menang piala malaysia tahun 2011. Tapi itu jer la 1 yang saya tau yang lain saya tak tau. Apa yang best pasal negeri sembilan?adatnya?makanannya?tempat mandi2?entah saya pun tak tau. Walaupun banyak yang saya tak tau, ada 1 benda yang saya tau iaitu kakak yang meniaga kat tekno tu orang jolobu. Tu sebab setiap kali saya breakfast kat situ, saya dapat murah lima posen.

Breakfast kegemaran saya ialah nasik lemak+telur goreng+ayam goreng+kacang banyak pastu saya mesti minum air nescafe o panas. Dah lama saya peratikan diri saya, hari2 saya akan amik menu yang sama. Saya pun tak tau kenapa. Setiap hari saya akan risau dengan diri saya yang hari2 makan benda yang sama.

Saya seorang yang tekun bekerja. Setiap tugas yang diberikan oleh pegawai saya, dapat saya selesaikan dengan jayanya. saya jugak mempunyai muka yang bersih. Tengok muka saya bersih tak?

Inilah rutin saya seharian. Mengadap kew-8 yang semakin hari semakin banyak. Walaupun sesukar mana kerja yang saya hadapi, saya akan lalui dengan tenang. saya tau kejayaan takkan datang dengan mudah. Pelbagai rintangan akan saya lalui nanti lebih-lebih lagi berada di BPI. Saya yakin satu hari nanti saya akan berjaya jugak.

Walaupun nampak saya macam ala-ala kaki bangku, saya sebenarnya sangat meminati permainan bola sepak dan futsal. Setiap hari selasa dan khamis, geng2 sembang kongkang akan turun ke court futsal atau padang bola untuk bermain. Melalui aktiviti ini, secara tak langsung saya dapat merapatkan silaturrahim dengan budak2 sembang kongkang yang lain. Dengan aktiviti ini jugak saya dapat berkenalan dengan ramai kawan-kawan baru. Saya jugak berjanji dengan manager kemut hassan untuk memberi sumbangan yang terbaik bagi memajukan pasukan sembang kongkang fc.

Gambar saya dan kawan2 baru saya. Gaya saya yang ala-ala jambu. Macam artis k-pop bergambar.

ni lagi gambar ala-ala jambu k-pop dari saya. bersama rakan2 pejabat dari kiri mek kas, encik rosli, khirwan dan abg shuk.

Untuk pengetahuan umum, saya dah ada yang punya. Dalam gambar ni adalah jodoh saya. Kami akan berkahwin bulan 5 ni. Insyallah saya akan menjadi suami yang soleh dan bertanggungjawab. Nanti nak kawin saya jemput semua datang umah.

Ni motor saya. Rasanya saya sorang je yang pakai motor ni kat bangunan mustapha kamal. Kalau setakat EX-5 yang boleh paling laju pun 70km/j saya selamber jer kejar. Siap saya boleh jeling lagi sape yang bawak. Setiap minggu saya akan basuh motor saya tanpa menggunakan sabun. Cukup setakat air pastu saya lap2 jer. Sebab ape saya tak pakai sabun? sebabnya cat motor saya metalik nanti warnanya pudar pulak. Kat rumah, motor saya simpan kat dalam rumah. saya sanggup cari tempat makan yang lain kalau saya rasa, tempat yang saya nak makan tu parkingnya tak memuaskan hati saya. Saya sayang motor saya.

Perjalanan saya masih jauh kat BPI ni. Banyak lagi yang saya perlu belajar dari senior2 kat BPI ni. Takkan saya nak melawan orang yang dah 4 tahun keje kat BPI ni. walaupun saya tau saya lebih hebat dari orang yang dah 4 tahun kat BPI ni tapi saya tetap merendah diri. Saya akan cuba tingkatkan lagi kemajuan dalam diri saya supaya saya setanding dengan orang yang dah 4 tahun duduk kat BPI. Saya berharap kawan2 di BPI dapat membantu saya. Sampai disini sesi pengenalan tentang diri saya. Semoga warga BPI dan ex-BPI yang lain dapat serba-sedikit mengenali diri saya. Sekian







Yang Benar
Dambaan Pilu-khai



14 ulasan:

  1. Nunud XOXOMac 29, 2012

    penat nak bace post ko weyh.
    cam karangan bahasa melayu stpm.

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaMac 29, 2012

    magi...ni adalah laki terbaru kat bpi

    BalasPadam
  3. Nunud XOXOMac 29, 2012

    okkeh baiklah .
    bertambah ne lelaki belog nih bukan agi sembang kongkang tetapi suda jadik sembang songsang . muahahaha .

    BalasPadam
  4. Nunud XOXO...editor sk mengoffer ko jadik admin wanita pertama sembang kongkang..adakah ko bersetuju??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nunud XOXOMac 30, 2012

      Baiklah saya SETUJU!
      Tapi apa yang patot saya citer. Adakah mengenai kebuk wasap?

      Padam
  5. Tanpa NamaMac 30, 2012

    bosan,bosan,bosan la..huhu

    BalasPadam
  6. abg besarMac 30, 2012

    mamat poyo nie

    BalasPadam
  7. Tanpa NamaApril 01, 2012

    wa tengok lu makin lame makin kacak la der.

    BalasPadam
  8. Tanpa NamaApril 01, 2012

    abg jadu ke ni?
    muke sepesen je

    BalasPadam
  9. Utk ko nyer 4tahun kerja, meh tolong aku buat TNT... kak Dalinah pun dah Start cuti bersalin Isnin(2/04/2012) anak Prompuan..

    BalasPadam
  10. i always hav a personal blog, meh tgk blog aku... hahahaha

    -ToKi-

    BalasPadam
  11. Tanpa NamaMei 21, 2012

    Elo Mat Jambu Air...POYO Wa Ang mu nih...masuk bakul angkat sendiri...what ever..selamat berubah menjadi pekerja yang lebih baik dari dulu....jangan diulangi kisah lama...

    ~Kakak Comey, Unit Pencen, JPNS~

    BalasPadam