Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Selasa, 3 April 2012

Petua Kuruskan Perut Yang Muncet

Hello....apa kabar

petua di atas sesuai utk yg dah berkahwin ataupun bakal kawin....utk berseri-seri di atas pelamin..

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkan berat badan yang berlebihan dan kempiskan perut.


1. Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


2. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


3. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


4. Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


5. Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut :
  • Ambil 5cm halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
  • Tumbuk kesemua sehingga lumat.
  • Perahkan air Limau Nipis.
  • Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

6. Mengurangkan buncit - Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya. Kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


7. Mengempiskan Perut - Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


8. Kempiskan Perut Anda - Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

nota kaki : kalau tak jadi jugak,ko boleh telan pokok limau sekali dgn akar-akar die...hahahaha

XOXO
Nunud

7 ulasan:

  1. Nunud XOXOApril 03, 2012

    bongok !
    sape yg menyamar jadik haku nih .

    BalasPadam
  2. Tanpa NamaApril 04, 2012

    huhu..sesuai utk kas tu..hehe

    BalasPadam
  3. Aku nak tanye ko ni nunud xoxo.. Perut ko dah kempis eh..?? Boleh la buat testimoni..

    BalasPadam
  4. Aku nak tanye ko ni nunud xoxo.. Perut ko dah kempis eh..?? Boleh la buat testimoni..

    BalasPadam
  5. Aku nak tanye ko ni nunud xoxo.. Perut ko dah kempis eh..?? Boleh la buat testimoni..

    BalasPadam
  6. kenape ko send sampai 3x???dasar org temanyok

    BalasPadam