Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Sabtu, 26 Mei 2012

Hape??? Toki Mintak Sedekah!

Selaku junior editor sembang kongkang yang masih di peringkat amatur, mendapat tugasan mengenai tajuk entri kali ini membuatkan jiwa berasa kacau, hati berdebar2, hidup tak tentu arah. Pertama kali diberi peluang dan kepercayaan untuk memikul tanggungjawab besar di dalam segmen terjah telah mendekatkan saya kepada si empunya diri, iaitu Toki.

Toki yang tak asing lagi di dalam bidang seni suara telah mengorak langkah ke dunia sukan demi mencari sesuap nasik. Kejuaraan2 yang telah ditempa di dalam pertandingan pin pon, futsal dan bola tampar telah menenggelamkan reputasi beliau sebagai penyanyi. Kini Toki melebarkan sayapnya lagi ke arena membuat TNT.

Namun bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, tetapi mulut manusia boleh ditutup hanya dengan kaki, telah membuatkan Toki dilanda gosip2 liar dan panas. Terkini Toki telah dituduh sebagai peminta sedekah gara2 sering kelihatan berada di Pasar Borong Selayang. Oh! Sedihnya.

Toki yang dihubungi oleh wartawan Sembang Kongkang melahirkan rasa kekesalannya dan kecewa apabila difitnah sebegitu rupa. Kata Toki:

"Saya masih ada kudrat yang diberikan oleh Allah untuk bekerja dan mencari sesuap nasi tanpa perlu meminta sedekah daripada orang ramai. Pihak yang menabur fitnah sedemikian sangat kejam tanpa membuat sebarang usul periksa terlebih dahulu."

Sambung Toki lagi dengan ayat yang memang sempoi,

"Salah ke saya nak ke pasar borong hanya kerana saya ni artis? Tetapi apabila orang dah mengata saya ni peminta sedekah, apa yang boleh saya buat? Biarlah orang nak kata apa pun kerana masa saya susah tiada siapa pun yang datang memberikan bantuan. Saya tak kisah semua tu."

Semoga dengan kenyataan Toki ini dapat menjernihkan keadaan. Kami daripada team Sembang Kongkang mengucapkan selamat maju jaya kepada Toki dan semoga cepat mendirikan rumah tangga dan dikurniakan anak2 yang soleh.


XOXO,
Nunud

Tiada ulasan:

Catat Ulasan