Ketibaan tetamu VIP....ini adalah tugasan Puan Rus (KS) yang terakhir sebab lepas ni dia akan berpindah ke Putrajaya
Halaman
▼
Pages - Menu
▼
Pages - Menu
▼
Khamis, 29 November 2012
APC 2011
Aku rasa tahun ni adalah tahun paling mencabar sekali unit SKP menganjurkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011...Tak seperti tahun2 sudah, APC kali ni buat cuma 1 hari 1 malam jer memandangkan kita kenalah berjimat cermat dek kerana pilihanraya nak dekat....
Laporan Khas Pengantin Baru Toki dan Eina
Assalamualaikum magi....
aritu ko ada mintakkan gambar2 majlis kawen toki ngan eina kan???sori la aku busy skek...almaklumlah sejak hidup berumah tangga ni kena la pandai2 bahagi masa antara kerjaya dan keluarga bak kata parkopolo ada hati nak kena jaga....muahahahahaha
aritu ko ada mintakkan gambar2 majlis kawen toki ngan eina kan???sori la aku busy skek...almaklumlah sejak hidup berumah tangga ni kena la pandai2 bahagi masa antara kerjaya dan keluarga bak kata parkopolo ada hati nak kena jaga....muahahahahaha
magi, ko tengok toki ngan eina bagai pinang dibelah dua...kalini toki tak hampa....
Laporan Khas Bola Mesca-Khas Untuk Haroon
Ron...
Mesti ko tertunggu-tunggu ape keputusan team bola sembang kongkang mesca aritu...Sori la, lama aku x update belog...aku sibuk sket..Ok kalini aku cerita kat ko perjalanan team sembang kongkang untuk ke mesca. Macam hebat plak bunyinya tapi bak kata ko, Mesca ni kita dah anggap macam Champion League..Kita berlatih dengan gigih untuk mencapai keputusan yang baik dalam game mesca...
aku cemburu tengok team lain yang setiap tahun datang karnival mesca dengan jersey baru keluar dari plastik....dari atas sampai bawah semua baru siap ada inner skali tu..sekali tengok mcm christiano ronaldo....tak bleh nak tahan lagi tahap cemburunya....berbanding team kita yang jersey hanya ditukar setiap 3 tahun sekali tu pun terpaksa berkongsi dengan team bola tampar,team futsal,team bola jaring,team badminton...huhuhu
Rabu, 28 November 2012
Malaysia Vs Laos on AFF 2012
Saya kenal pemain saya..jadi saya tubuhkan team saya sendiri...
King Raja Gombal FC cawangan Gombak
Memang mendapat la Laos malam nih...
King Raja Gombal FC cawangan Gombak
Memang mendapat la Laos malam nih...
Isnin, 26 November 2012
Beberapa KEAJAIBAN peperangan di Gaza [Allahuakbar]
Allahuakbar
Allahuakhbar!
Keajaiban di Peperangan Gaza
Ini kisah benar
yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,
Pengerusi
Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan
Muslimin Malaysia
yang telah pergi ke Gaza pada
20-31 Januari yang lalu.
Berikut adalah
beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza :
Barakallah Toki Dan Ina
Semalam 25 November 2012 adalah tarikh keramat utk Toki dan Ina menukar status dari bujang terlajak kepada suami isteri...tahniah diucapkan dari saya yg jauh di perantauan...saya tak dpt nk hadir kerana jarak yg jauh dan beberapa kesulitan yg dihadapi...mintak maaf sgt2...saya tergerak utk menulis sekalung tahniah dari kami sekeluarga kepada pasangan mempelai merpati sejoli iaitu buat Toki dan Ina...semuga sentiasa bahagia hingga akhir hayat...di samping membina masjid yg cantik dan hebat dalam acuan islam untuk membawa kita ke Jannah..
Bila sudah kawin,tanggungjawab jadi besar..mkn jadi bersama,tidur jadi bersama,gurau jadi besama,tgk tv jadi bersama,semayang jemaah bersama,gi mendengar ceramah bersama,gi masjid bersama,mengaji al quran bersama..semuanya ibadah..semuanya dapat pahala...jgn ingat kawin tu utk mengentek sahaja..jadi yg bujang tu cpat la kawin...hihihi...
Selasa, 20 November 2012
Ahad, 18 November 2012
Majlis Kawin Zulhairi & Norma
Belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434...semuga tahun baru ini kita buat yg lebih terbaik utk membaiki hidup kita yg sementara ini untuk sediakan bekal utk mengadap Allah Swt...tinggalah hok sementara pakat kejar hok Kekal belako...
Sekarang musim cuti sekolah sudah tiba...atau nama saintifiknya musim mengawan atau musim kahwin sudah datang..dan sinonim dgn musim kawin ni maka byk bunga manggar akan disangkut di tepi jalan dan byk khemah yg didirikan,byk pelamin disewa,ramai photographer dapat job dan ramai mak andam dpt mengandam pengantin...
Rabu, 7 November 2012
Aku Masih Dara
Musim kahwin sudah tiba lagi...dan musim mengawan bakal berlalu lagi...dan terdekat bakal berlangsung majlis bagi Toki dan Ina.aku tumpang gembira...mungkin aku ada mungkin aku takdek kat majlis tu...
bukan aku dengki,bukan aku jeles dan bukan aku busuk hati...aku bangga kwn2 aku kawin...dan bile majlis toki selesai bilamana toki selesai mengakad nikah dgn pak imam,semua org berdoa dan ucapkan syukur setelah toki bergelar suami...dan setelah majlis aku tau toki akan mengangkat isterinya ke bilik,dan kwn2 ku yg lain akan pulang bersama isteri masing masing...mungkin akan menjalankan kewajipan masing masing sebagai suami isteri...
dan aku masih sendiri...menyelesaikan kewajipanku sbgai org bujang
dan berakhirnya majlis toki bermakna hanya tinggal aku seoranglah bujang trang tang tang tinggal dlm sembang kongkang...tapi aku tak kisah..saham aku masih mahal..ini terbukti ramai gadis gadis yg mendambakan cintaku ..bukan takdek mak mak dara menempel meminta belas kasih sayangku...bukan takdek bohsia yg menunggu motorku....tetapi tidak lah ku layani dek kerna kew 8 yg menebal di meja...
bukan ku tak punya cinta..bukan ku tak suka perempuan..tidak...ku bukan gay..aku tak sokong LGBT...aku mcm manusia normal perlukan cinta...seperti pepatah acit bun ''sebelum kawin utk awek,selepas kawin utk bini''mana masa utk kawan2?
ahh....aku bingung memikirkan...malaslah aku nk pikir...masalah SABK berlambak lagi yg belum ku settelkan..sebelum aku lebih jauh merepek
alah omak kawinkan aku !!!!!!!
Luahan Rasa,
Manager Kemut Hassan
Isnin, 5 November 2012
Selamat Pengantin Baru Inspektor Hakim
Selamat pengantin baru kepada Inspektor Shahab aka Inspektor Hakim kerana akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan dia....Tahniah dari Sembang Kongkang....mai la datang kedah kata Inspektor Hakim...
Pesan pada Encik Din jemput dia skali kata Inspektor Hakim
Peta ke kampung halaman pengantin....
Mai la beramai-ramai datang ke rumah saya...bawak suami,isteri,anak,ayah,ibu,adik-beradik,jiran-jiran datang umah saya...kita pekena laksa kedah dengan air nyok...
-KALAU PEGI KE KEDAH JANGAN LUPA MAT KEDAH-
Barisan Team BPI untuk Mesca 2012
Kita tinggalkan kejap kebangkitan Johor dengan Guiza dia. Kita alihkan pandangan kita kat saingan Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Mesca 2012. Macam tahun-tahun sudah, BPI tak ketinggalan menyertai pertandingan yang diadakan secara tahunan ni. Untuk rekod dah 4 kali BPI menghantar wakil untuk ke kejohanan tersebut. Walaupun tiap-tiap tahun tak penah layak ke suku akhir, tapi pasukan BPI ada menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.
Maklumat Pertandingan
PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH SENIOR/VETERAN KARNIVAL MESCA 2012
10-11 NOVEMBER 2012 (SABTU DAN AHAD)
PADANG 'E' DAN 'D' MSN BUKIT JALIL
8.30 PAGI-6.30 PTG
Ahad, 4 November 2012
Revolusi Bola Sepak Johor?
Setelah panas telinga diherdik,dihina dan dikutuk segenap ruang akhirnya anak sultan johor telah bertindak utk meningkatkan revolusi bola sepak johor.di samping Fazura sebagai penasihat maka akhirnya Johor bakal bergelar kuasa bola sepak baru.
Johor FC sudah pun
memberi sinar buat sekian lama kepada bolasepak Johor. Walau berstatus kelab
mereka masih mampu bertahan dalam saingan Liga Super dan layak ke Piala
Malaysia. Stadium JCorp Pasir Gudang biar pun kecil tetap ada penyokongnya yang
hadir setiap kali Johor FC bermain. Johor FC tidak ada masalah kewangan,
kemelut politik dan masalah lain seperti yang melanda Johor FA.
Jumaat, 2 November 2012
Peta Majlis Kawen Keri dan Nurma
Entry lepas aku ada post majlis kawen Keri n Nurma. Kalini aku nak post plak peta nak g umah dia....lupa plak aku nak letak aritu...hehehehe
ok ron...peta aku dah kasi....nnti ko pegi pukul gambar banyak2 pastu masukkan dalam belog....
-PETA KAT BANTAL-
Mitsaqan Ghaliza 5ruz & Eina
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
Mitsaqan Ghaliza telah terpatri di antara dua jiwa.
Satu amanah telah diambil dari Pencipta manusia,
untuk menjadikan ikatan ini, perjanjian ini, satu hakikat yang diberkati,
InsyaAllah..
Maka dijemput
Yang Berbahagia Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik ,
suami isteri serta keluarga ke
Majlis Menyatukan Hati kami...
Mohd Fairuz Bin Zainal Abidin
dengan
Siti Noriziana Binti Semail
Memadu pertemuan dua hati
Mendirikan mahligai kasih
pada hari Ahad, 25 November 2012
bersamaan 11 Muharam 1434 Hijrah
bertempat:
Dewan Penduduk Persatuan Taman Sentul Utama
Jalan Dato Senu 26
Taman Sentul Utama
51000 Kuala Lumpur
Aturcara bermula:
para jemputan hadir - 11:00pg - 3:00ptg
persandingan 1:30tgh hr - 2:30ptg
Khamis, 1 November 2012
Tahukah Anda Temagi
1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita
akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita
men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita
akan dilempang olehnya.
2.
Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki
dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi
percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka
juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.