Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Ahad, 4 November 2012

Revolusi Bola Sepak Johor?


Setelah panas telinga diherdik,dihina dan dikutuk segenap ruang akhirnya anak sultan johor telah bertindak utk meningkatkan revolusi bola sepak johor.di samping Fazura sebagai penasihat maka akhirnya Johor bakal bergelar kuasa bola sepak baru.

Johor FC sudah pun memberi sinar buat sekian lama kepada bolasepak Johor. Walau berstatus kelab mereka masih mampu bertahan dalam saingan Liga Super dan layak ke Piala Malaysia. Stadium JCorp Pasir Gudang biar pun kecil tetap ada penyokongnya yang hadir setiap kali Johor FC bermain. Johor FC tidak ada masalah kewangan, kemelut politik dan masalah lain seperti yang melanda Johor FA.


Idea penggabungan ini sama seperti memaksa orang yang sihat berkongsi penyakit dengan seorang malaon yang menghidap kusta. Gedebe gila kuasa di Johor FA yang gagal tidak menyedari kesilapan mereka sendiri dan sebaliknya mengambil jalan mudah dengan memaksa Johor FC diserap ke dalam Johor FA. Lepas itu sembang kencang, era kegemilangan bolasepak Johor bakal kembali.


come n get me baby


Kalau dibiarkan perkara ini berlaku, matlamat FAM untuk menggalakkan penubuhan kelab bolasepak di Malaysia tidak akan kesampaian. Bayangkan apa pula selepas ini, Terengganu FA lingkup dan PBDKT T-Team FC diserap masuk? Kuala Lumpur FA bungkus dan KL PLUS FC dipaksa bergabung? Kejadahnya?

Paling terkini adalah berita perpindahan pemain ke Johor. Banyak nama besar sudah mula menyertai Johor. Antaranya pasangan kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha serta Azmi Muslim dari ATM. Kemungkinan besar mereka akan disertai oleh Safiq Rahim, Nurul Azwan Roya dan Norshahrul Idlan Talaha. Kita ingatkan, itu dah dikira transfer yang besar, sekali keluar pula berita mengenai Daniel Guiza, bekas pemain skuad Juara Eropah, Sepanyol pada tahun 2008 dilamar oleh Johor. Ini berlainan dengan berita perpindahan Bosko Balaban tahun lepas, kerana Daniel Guiza masih belum aktif bermain di Primera Liga dan merupakan pemain dalam skuad Juara Eropah 2008, so, namanya masih lagi hangat dalam fikiran peminat bola sepak tempatan.

 Daniel Guiza turut terpilih ke Johor

Transfer rumours ini penting untuk menimbulkan minat di kalangan peminat bola sepak tempatan untuk mengetahui lebih banyak mengenai pasukan mereka. Tapi setiap pasukan tidak boleh mengharap kepada sekadar big name signings untuk menarik minat penyokong. Perlu ada usaha berterusan. Sebagai contoh, kelab Eropah saban tahun mengadakan perlawanan persahabatan di luar negara untuk mendekati peminat mereka. Jadi, apa yang pasukan tempatan boleh buat adalah melawat setiap daerah(jika boleh) dan adakan aktiviti atau perlawanan persahabatan supaya peminat dapat berinteraksi dengan pemain dan pasukan. Perlu ditanam perasaan kekitaan ke dalam setiap penyokong yang ada. Biar mereka rasa sayang dan rasa mereka sebahagian dari pasukan. Kerana itu penyokong digelar Pemain ke-12. Bagaimana mereka ingin jadi Pemain Ke-12 jika mereka tidak merasakan diri mereka sebahagian dari pasukan? Selangor, Kelantan dan Sabar pernah buat.


 Ya, mungkin kualiti pasukan yang ditentang dalam perlawanan persahabatan mungkin tak hebat, tapi impaknya untuk menarik minat penyokong itu sangat besar.

Diharapkan sokongan dan minat mengenai bola sepak Malaysia ini tidak tamat sekadar dengan berita perpindahan pemain sahaja. Semoga ia mampu diterjemahkan dalam bentuk kehadiran ke stadium. Bagus sekali jika season depan kita mampu melihat hampir semua stadium dipenuhi oleh manusia dan bukan sekadar kerusi kosong. Mungkin ia mampu menjadi realiti jika hype ini diteruskan. Mungkin.


 - kembalikan kegemilangan zaman Ervin Boban - 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan