Halaman

Pages - Menu

Pages - Menu

Khamis, 13 Disember 2012

TAZKIRAH HARI INI

TAZKIRAH HARI INI

Hampir setiap hari kita membaca akhbar, tulisan-tulisan di internet, sarikata di televisyen,buku, majalah, tulisan-tulisan berkaitan dengan kerjaya dan pelajaran kita dan sebagainya.

Hayati isi kandungan Al-Quran..

Begitu juga dengan menonton dan mendengar muzik. Banyaknya kan? Tapi...
berapa lamakah kita peruntukkan sehari untuk menatap  dan membaca kata-kaata Tuhan?
Ada tak? Ke tak ada langsung? Alamak...!!!


Al-Quran terdiri daripada 30 juzuk. Hari-hari dalam sebulan juga umumnya berjumlah 30hari. Oleh itu, memang sesuai sangatlah jika kita CUBA menghabiskan 1 juzuk Al-Quransehari. Begitulah antara harapan Imam Asy-Syahid Hasan al-Banna kepada umat Islam,khususnya para da’i.

Tak mampu? Tidak mengapalah. Pelan-pelan lah, ye tak? Tapi... takkanlah dalam tempoh 24 jam itu tak mampu untuk membuka  
Al-Quran dan membaca 1 ayat? Tak mampu  juga? Takapalah.Tapi...takkanlah tak mampu untuk sekadar membuka dan melihat selama satu saat? Tak mampu juga? Hmmm... beginilah. Paling kurang... dalam sehari, sentuhlah kitab Al-Quran itu sekali, tak perlu buka pun.

Bolehkah istiqamah yang ini?

Tak boleh jugak? Amboih! Melampau dah tu! : )

Tahniah kepada mereka yang berjaya menatap dan membaca Al-Quran setiap hari. Ada yangistiqamah 2 mukasurat, ada yang setengah juzuk, ada yang satu juzuk, yang lebih lagi...
dan lain-lain.

Kepada yang tidak mahir bahasa Arab, dakwah tajdid yang segar 
menyarankan...memadailah membaca setengah juzuk sahaja sehari,

DAN..

bacalah terjemahannya.
Kepada yang belum bermula, mulakan hari ini. Boleh?

Mulakan dengan 2-3 
ayat sehari? Sudah cukup cantik dah tu. Asalkan...istiqamah...
berterusan setiap hari. Pakailah gear 1 dahulu,kemudian barulah naik ke gear-gear
seterusnya...Inshaa Allah




Tiada ulasan:

Catat Ulasan