Isnin, 9 Disember 2013

Tamiya Mini 4wd Fun Race Putrajaya



Sabtu lalu bertempat di Kastam Putrajaya telah berlangsungnya acara Fun Race Tamiya Mini 4wd. Sebanyak 180 buah kereta mini bersaing untuk merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh pihak penganjur. Team Kongkang turut tak ketinggalan menyertai pertandingan tersebut. Walaupun tak berjaya kami datang untuk mencari pengalaman dan merasai sendiri suasana pertandingan. Kami akan cuba lagi untuk race yang akan datang.


Kami tiba pukul 11 pagi...tapi dah ramai giler orang beratur...macam-macam peringkat umur, dari kanak-kanak sampai bapak kanak-kanak turut serta...


Lepas daftar, sesi memeriksa jentera masing-masing. Jika memenuhi spesifikasi yang ditetapkan penganjur boleh la race, kalau tak lepas, kena lah setting balik sampai lepas pemeriksaan penganjur.

Hadiah bleh tahan jugak. Ada hadiah duit...pastu ada cabutan bertuah pulak....cara ni penganjur guna untuk menarik peserta yang gagal untuk tunggu sampai race abis...

Kami cari port nak lepak sambil bincang tektik

Keadaan track pertandingan...

ada loop lagi....

antara halangan yang ditempuhi jentera

Peserta-peserta lain, sibuk setting kereta masing-masing

Aktiviti ini secara tak langsung kita dapat bertukar-tukar pendapat tentang hobi ni, disamping dapat menambah rakan-rakan...Selain itu kita dapat menghindarkan terutamanya golongan remaja dari buat perkara yang tak berfaedah...Ransang minda sket untuk setting tamiya ni lagi faedah dari lepak kat alamanda...

macam-macam cara mereka guna untuk setup kereta masing-masing supaya dapat mengatasi halangan litar.

Ujian masa, penganjur mengambil catatan masa kereta peserta yang berjaya melepasi semua halangan dan berjaya mencatatkan masa...peserta yang berjaya mencatat masa 16 terbaik layak ke pusingan seterusnya. Kereta yang gagal, lepas loop, tercampak keluar track, slow, tak lepas bukit bleh la mengucapkan selamat tinggal dan bleh cuba lain kali macam kami...hahaha

Tamiya mini 4WD dah hidup kembali setelah sekian lama mati...Kali terakhir aktiviti ini popular adalah sekitar tahun 1997-1999. 

Yennadey...




-KONGKANG MINI 4WD TEAM-
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan