Rabu, 19 Februari 2020

Sabtu, 15 Februari 2020

Kongkangrean Dah Bangun


MANTUL....Permulaan tahun 2020 yang sangat mengujakan. Setelah hampir 5 tahun SKFC mandul untuk menang akhirnya dengan pelbagai usaha dilakukan pasukan SKFC berjaya jugak memusnahkan badi tak pernah menang dlam friendly.

Jumaat, 14 Februari 2020

Rekod Friendly SKFC Sepanjang 10 Tahun

Rekod 11 tahun friendly team SKFC sepanjang penubuhannya. Sehingga hari ini SKFC telah bermain sebanyak 22 perlawanan persahabatan gred AAA. Walaupun pemain bersilih ganti tapi jenama SKFC masih kukuh sehingga hari ini. kipidap dongibab

Khamis, 13 Februari 2020

Sukan Indoor BAKEB 2020

Sukan Indoor BAKEB 2020 bermula secara rasminya. Sebanyak 8 acara sukan dan permainan dijalankan selama sebulan bermula hari ini sehingga penghujung bulan 3. Acara yang dipertandingkan adalah dam aji, ping pong, dart, karom, e-sports, congkak, catur dan batu seremban.

Keputusan rasmi congkak pusingan 1 : Hafizi menang Halimi 

Selasa, 22 Januari 2019

Kelahiran Semula Sembang Kongkang

Setelah hampir 4 tahun berfikir diluar kotak pemikiran apakah password blog yang menjadi siulan ramai suatu ketika dahulu akhirnya wahyu itu turun dikala admin teringat tentang peristiwa KBD. Dengan petunjuk yang diberikan akhirnya kelahiran semula blog Sembang Kongkang yang suatu ketika dahulu femes dikalangan gadis-gadis dan hero gadis-gadis.

kejayaan paling bermakna untuk tahun 2019 apabila berjaya mengetahui password blog sembang kongkang yang selama ini menghilang 4 tahun tanpa khabar berita. Wahai admin-admin sekalian bangkitlah berkarya semula!!!!

Jumaat, 5 September 2014

Latihan Pusat Team Sembang Kongkang

Pasukan Sembang Kongkang telah menjalani latihan pusat bagi menghadapi saingan Mesca 2014 yang kami anggap macam Champion League. Jika tahun lepas kita berjaya lolos sehingga ke peringkat suku akhir, tahun ni kita harap agar dapat memperbaiki lagi kedudukan. 

Khamis, 16 Januari 2014

Majlis Perhimpunan BPI 2014

Iklan majlis perhimpunan BPI bil.1/2014

Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1435H

 Selasa lepas, team sembang kongkang berjaya menghadiri perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang berlangsung di Putrajaya. Perarakan bermula dari Masjid Sultan Mizan(Masjid Besi) ke Masjid Putra. Tahun ni, temanya adalah wasatiah tonggak kesatuan ummah.

Selasa, 24 Disember 2013

Selamat Tinggal 2013




Pejam celik pejam celik dah nk tamat dah 2013.byk kenangan manis dan pahit dapat dikecapi tahun ni.ada yg keluar,ada yg masuk,ada yg stay,ada yg pencen,ada yg sakit,ada yg sihat,ada yg hidup dan ada yg meninggalkan dunia yg fana ini.beginilah kehidupan akan berpusing pusing seperti roda kadang kita di atas,kadang di bawah.masa semakin pantas sampai kita tak sedar yg sesaat lepas kita takkan alami saat yg sama yg mendatang….

Selasa, 17 Disember 2013

Keputusan Kejohanan Piala Kongkang Cup 2013


Jumaat lepas telah berlangsungnya Kejohanan Piala Kongkang 2013 anjuran Persatuan Bola Sepak Sembang Kongkang dengan kerjasama Biro Sukan dan Rekreasi BPI. Sebanyak 24 pemain telah mengambil bahagian dimana setiap pemain akan dibahagikan kepada 4 pasukan. Proses pembahagian pemain mengikut pasukan adalah melalui undian. 



Khamis, 12 Disember 2013

Dah Tak Sabaq Nak Merembat

Setelah menunggu sekian lama, akhirnya esok adalah hari yang dinantikan. Semua pemain-pemain sembang kongkang akan menunjukkan skill masing-masing dalam pertandingan futsal tertua Persatuan Bola Sepak Sembang Kongkang. Oleh itu, sila tunjukkan semangat kesukanan yang tinggi. Menang kalah adat permainan. Arahan Manager Kemut Hassan

Isnin, 9 Disember 2013

Tamiya Mini 4wd Fun Race Putrajaya



Sabtu lalu bertempat di Kastam Putrajaya telah berlangsungnya acara Fun Race Tamiya Mini 4wd. Sebanyak 180 buah kereta mini bersaing untuk merebut hadiah lumayan yang disediakan oleh pihak penganjur. Team Kongkang turut tak ketinggalan menyertai pertandingan tersebut. Walaupun tak berjaya kami datang untuk mencari pengalaman dan merasai sendiri suasana pertandingan. Kami akan cuba lagi untuk race yang akan datang.

Jumaat, 6 Disember 2013

Team Kongkang Bersedia Untuk Race

Bersedia untuk race...Sembang Kongkang menghantar 2 wakil ke pertandingan tersebut...Mencari kedudukan terbaik dan sekadar untuk mendapat pengalaman....

Rabu, 4 Disember 2013

Brader Moon : Dari Kaca Mata Manager Kemut Hassan





Nama pena beliau ialah Brader Moon dan nama penuh beliau ialah Aminuddin Baki Beli Barang Bagi Balik.beliau lahir di Johor dan menyokong penuh pasukan JDT.dalam sejarah penubuhan sembang kongkang beliau yg mula-mula bertanggungjawab dan menubuhkan sebuah kelab dgn nama yg diregister di SSM dgn nama Sembang Kongkang .Sejarah penubuhan hanyalah sebagai kelab alternative utk anak muda di BPI yg suka membuang masa dgn berkaraoke di alamanda dan lain-lain aktiviti tak sihat seperti mengumpat,merenyam dan mengentek.

Jumaat, 29 November 2013

Poster Kejohanan Futsal Sembang Kongkang

Kalau nak keterangan lanjut, call budak2 ni

Aktiviti Sembang Kongkang Akhir Tahun 2013

KERTAS CADANGAN
PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM 2013

Kepada semua kaki-kaki bola Bahagian Pendidikan Islam, Sembang Kongkang FC dengan kerjasama Biro Sukan dan Rekreasi BPI akan menganjurkan satu Pertandingan Futsal Tertutup BPI 2013. Terbuka kepada semua warga BPI(Lelaki) sahaja. Tujuan pertandingan ini adalah mengeratkan lagi hubungan antara warga BPI yang baru dengan yang lama dan dapat juga kita berkenalan dengan lebih dekat lagi President Sembang Kongkang yang baru.

Pertandingan dijalankan pada tarikh,masa dan tempat adalah seperti berikut :-


TARIKH         : 13 Disember 2013 (Jumaat)
MASA             :  9 mlm – 12 t/malam
TEMPAT       : Gelanggang Futsal Arena, Cyberjaya

Pasukan Terbaik Dalam Sejarah Mesca BPI


Barisan pemain yang membawa pasukan BPI layak ke pusingan suku akhir buat kali pertama dalam sejarah penyertaan BPI dalam Mesca...Tahniah..Bukak www.facebook.com\sembangkongkang untuk cerita lanjut..
Dari kiri berdiri : Kecik,Godong,Fawaz,CC Puad,Khai,Lan,Mat Kedah,Amin,Haziq,Joe
Duduk dari kiri : Bro,Timi,Nuar,Mat Napi,Hussein,Usop,Toki

Jumaat, 22 November 2013

Road To Bukit Jalil Part 8

(kasut baru keeper terunggul BPI)
 Sesi latihan terakhir, Manager Kemut Hassan mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan Tajaan dimana pasukan ini yang akan kita tentang di peringkat kumpulan Kejohanan Mesca 2013 nanti. Kita tak menggunakan tektik yang telah dirancang oleh Manager Kemut Hassan bersama barisan jurulatih ketika perlawanan persahabatan tersebut. Di akhir perlawanan tersebut menampakkan perkembangan positif yang diterima oleh pemain-pemain. Diharap dengan sesi latihan selama 3 hari ni, dapat membantu sedikit sebanyak motivasi para pemain...Majulah BPI untuk Sembang Kongkang...

Khamis, 21 November 2013

Road To Bukit Jalil Part 7

 Akhirnya kita dapat jugak jersey terbaru untuk pasukan bola sepak BPI...Manager Kemut Hassan akan lakukan yang terbaik untuk memajukan pasukan bola sepak kita...

Road To Bukit Jalil Part 6

Semalam berlangsungnya mesyuarat pengurus sesi ke-2. Selain membincangkan tentang pelbagai aspek untuk pertandingan itu nanti, turut dijalankan sesi undian pasukan. (Gambar menunjukkan pasukan bola sepak BPI mendapat perkenan dari Tuan Pengarah)...Berikut adalah nama-nama pasukan yang telah dibahagikan mengikut kumpulan :