Sepanjang seminggu duduk kedah, kami dihidangkan dgn bermacam-macam jenis makanan yg terdapat kat kedah. Orang yang bertanggungjawab membawa kami ke jalan makan tak lain tak bukan mat kedah. Almaklumlah, dah tempat dia, so suma tempat makan dia tau...tak kira kat alor setaq ka,jitra ka,kodiang ka,alor janguih ka,kuala kedah ka suma dia tau..ikan bakaq,laksa kedah,roti jala,pulut,pulut panggang,mak bee suma dah rasa...mesti berat masing2 dah meningkat...hahahahahahah...Di bawah ni adalah tempat makanan dan jenis2 makanan yg kami suma makan......
HARI PERTAMA
sekitar pukul 5-6 ptg

ni dia mat kedah...cakap saja mau makan apa...suma bleh carik..tipon saje

gerai makan ni terletak kat tepi laut

bihun sup spesial...(spesel sbb bihun lebih)

laksa kedah...tp x sama mcm yg kami makan kat btp

kat kedah pun ada mee jawa
HARI KEDUA
sekitar pukul 6-7 ptg
first time makan mee abu...mee abu sgt popular dikalangan org luar kedah

cc kam baca doa..tp puan wan dah makan dulu

ni la rupanya mee abu....bukan abu tausi
HARI KETIGA
waktu petang sekitar pukul 6-7 mlm
Makan kat zakaria laksa teluk kechai

laksa kedah...tp ada letak benda kaler kuning tu...ingatkan telur ikan

laksam...yg ni kuah dia maveles
waktu malam sekitar pukul 9-10mlm
d'samila merupakan restoren makanan ala thai

makan malam ditaja oleh Ustaz Abdullah Md Din..terima kasih ustaz

hah..pilih2 jgn tak pilih

siakap ada 3 ekor......1 dimasak stim, 1 dibakar, 1 lagi masak 3 rasa
HARI KEEMPATsekitar pukul 7-8 mlm
makan laksa kedah kat laksa kak sue

ni la laksa kedah kak su...mmg sedap..harganya cuma RM3 saje
sekitar pukul 9-10 mlm
makan lagi.....baru je tadi mkn laksa

makan kerang bakar ngan air fresh orange
HARI KELIMAsekita pukul 9-10 pagi
Bersarapan pagi di Kopi O kampung

Pek'Nga...(rupanya mcm lempeng)

Menu utama : Kedai ni cuma jual nasik lemak je..bihun,kue tiau,mee goreng xde..

Air kopi yang hitam, pekat, lekat....Siap ada roti empat segi (biskut empat segi)

Sarapan kami ditaja oleh SPI negeri Kedah....terima kasih SPI
Sepanjang hari ada kat Kedah, makan adalah aktiviti utama yang kami lakukan selepas tugas-tugas hakiki kami..Ape2 pun makanan kat Kedah sedap dan yang paling penting murah berbanding yang ada kat Kuala Lumpur dan Putrajaya.....terbaik lah...
Dari mana hendak ke mana,
BalasPadamDari Johor pergi ke Kedah,
Kalau tuan pergi ke Kedah,
Jangan lupa beli laksa Kedah
wahhh,sedapnye kempunan lak aku nengok..
BalasPadamhuhuhu..terbaik la
BalasPadam