Hari ini sambutan Maulidurasul peringkat kebangsaan telah diadakan di Putrajaya. Seperti tahun-tahun sebelumnya, perarakan diadakan bermula dari masjid putra sehingga ke masjid sultan mizan zainal abidin. Jarak perjalanan adalah 2.4km. Pelbagai agensi yang menyertai perbarisan tersebut. Tidak ketinggalan Kementerian Pelajaran Malaysia juga menghantar kontijen bagi sama-sama menyambut hari besar junjungan kita. Tema kali ini adalah 1 malaysia 1 Ummah. Masih segar dengan kemenangan perbarisan kategori agensi kerajaan pada tahun 2008, Kementerian Pelajaran Malaysia cuba untuk mengembalikan zaman kegemilangan tersebut. Sebanyak 2 kali latihan diadakan untuk mencari keserasian dan persefahaman antara peserta....
Sebelum berarak, kami semua berkumpul kat parcel E pukul 5 pagi...Aduhhh, gelap lagi kami suma dah ada kat perkarangan blok E12..Aku yang duduk kat putrajaya ni pon bangun kol 4 apatah lagi haron yang duduk kampung baru...lagi cepat bangun...hahahahaha..Setelah bas penuh, bas pun bertolak menuju ke masjid putra. Sebelum berarak, kami solat subuh di masjid putra. Setelah selesai solat subuh, kami semua berkumpul sebelum perarakan bermula..Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. bergema diseluruh Putrajaya. Pengorbanan Rasulullah menyebarkan syiar Islam telah membolehkan agama Allah berkembang ke pelusuk dunia. Kita sebagai umat Nabi Muhammad hendaklah meneruskan perjuangan Rasulullah semoga kita semua mendapat syafaat di akhirat nnti.
Majlis sambutan ini dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin. Selain itu, majlis juga diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Selain itu, majlis ini mendapat liputan yang meluas dari semua media cetak dan media elektronik...(muka eden pon masuk tv)
ni paling best dpt bergambar ngan Wardina
Apa yang penting kita sebagai umat Islam sewajarnya mencontohi keperibadian yang ditonjolkan oleh Nabi Muhammad S.A.W...Banyak sifat baginda yang mulia serta akhlak yang terpuji perlu menjadi pedoman kita semua. Jika tidak mahu sesat selama-lamanya berpeganglah kepada Al-Quran dan Sunnah Rasulullah agar hidup kita dirahmati oleh Allah S.W.T...amin....Allahummasalliala Saiyidina Muhammad......
haku xnak komen!!!
BalasPadamjeles ah!!!
Rasulullah kami umatmu, walau tak pernah melihat wajahmu, kami cuba mengingatimu dan kami cuba mengamal sunnahmu....lirik lagu Hijjaz
BalasPadamengkau taburkan pengorbananmu untuk umatmu yang tercinta biar terpaksa tempuh derita tabahnya hatimu menempuh ranjaunya~
BalasPadamasal team KPM tp byk org BPI jer..huhu..
BalasPadamjeles dowh..xpernah berpeluang join perarakan maulidur rasul..huhu..brarak sejauh 2.4km?ermm, mcm ujian PAC nak masuk PTD jer..beza nyer, time PAC kena lari bkn berarak..hahaha..
BalasPadampak cik kepek ada kat mane2 jer..hahaha
BalasPadamPak cik pakai baju melayu hitam mempamerkan muka bangga dengan tujuan untuk menunjuk2 dia dapat bergambo ngan wardina..
BalasPadamharon...ko memang rock kat atas motor tu...tahun ni tak merasa raya baru
BalasPadamaku nak baju melayu free!!
BalasPadamsalam bro.. picture2 time perarakan maulidur rasul kt putrajaya 15/2 & kl 23/2 lepas.. tolong hantar kt email aku bleh x?
BalasPadamkamatsuki.chot@gmail.com
ok thanks..