Jumaat, 28 Ogos 2009

selamat menyambut ramadhan al Mubarak

assalamualaikum dan salam satu malaysia wat semua peminat2 sembang kongkang...
rasanya tak terlewat lagi utk warga sembang kongkang ucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yg mulia ini...dlm bulan ini lah kita akan meraih dan memperoleh ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah S.W.T dan harus kite rebut ganjaran yg jarang2 diperolehi ini........

dalam bulan ramadhan ini, umat islam menunaikan Rukun Islam yg ke tiga iaitu berpuasa di bulan Ramadhan.rasanya rata-rata pembaca dah boleh berpuasa setakat menahan lapar dan dahaga apala sangat kan?? nabi kita dulu dlm2 puasa pun boleh berperang demi menegakkan Islam tercinta...

ape2 pun...slmat menyambut bulan Ramadhan dan rebutlah peluang untuk beribadat kepada Allah swt kerana dlm bulan ramadhan ini merupakan satu bonus utk kita mendapat ganjaran dari-Nya...

Jumaat, 21 Ogos 2009

Cara-Cara untuk Pujuk GirlFriend yang Merajuk Sejuk Persis Bedak Sejuk



Cara-Cara untuk Pujuk GirlFriend yang Merajuk yang Sejuk dek Bedak Sejuk




Merajuk? Bagaimana untuk pujuk?
Saya percaya setiap pasangan akan mempunyai masalah ini. Tidak kira sama ada anda telah berkahwin ataupun sedang berkapel. Jika tidak berlaku merajuk dalam perhubungan, bukan perhubungan maknanya. Tetapi, sekiranya si Dia merajuk. Apakah yang anda akan lakukan?
Kenapa merajuk?
Sebelum kita mengetahui cara untuk memujuk ini, kita harus tahu apakah menyebabkan seseorang itu merajuk. Seseorang itu merajuk disebabkan atas beberapa sebab.




1. Cemburu
Ya, ini merupakan faktor utama kenapa si Dia merajuk. Dia cemburu disebabkan ada sesuatu yang cuba mengambil anda dari dirinya. Seperti kawan-kawan, pekerjaan, keluarga dan sebagainya.

2. Tidak dapat apa yang diinginkan
Si Dia menginginkan sesuatu dari anda, tetapi anda tidak memberikannya. Sebagai contoh, Si Dia ingin memakan roti canai (kenapa pasal roti canai pulak ni?), tetapi anda tidak mahu, dan anda ingin makan benda lain. Jadi, si Dia pun merajuk sebab dia hendak jugak makan roti canai. Payah jugak ni.

3. Orang lain lebih hebat dari dia
Adakalanya dia akan merajuk untuk mendapatkan perhatian dari anda. Dan kadangkala, si Dia merajuk disebabkan ada sesuatu yang membuatkan dia berasa marah dan tidak selesa. Untuk mengubat perasaan dia itu, dia perlukan anda disamping dirinya tetapi dengan cara yang sangat berbeza merajuk.

Bagaimana nak pujuk?
Ok. Sekarang ini kita sudah mengetahui sebab kenapa si Dia boleh merajuk. Dan sekarang bagaimanakah cara untuk memujuknya. Diingatkan, tips-tips ini bukan langkah-langkah untuk memujuk,cuma sebagai panduan atau tips sahaja.




PENYELESAIAN NYA.............

1. Terangkan perkara sebenar
Adalah lebih mudah berkata benar dari berdusta. Ceritakan kepada si Dia apa yang berlaku pada anda dan tanya pada si Dia kenapa dia merajuk. Berterus teranglah (baca tentang 5 Tips Dalam Berpasangan) dalam perhubungan anda. Janganlah berselindung. Dengan mengwujudkan budaya bertanya dan berkata benar ini, dapat mengeratkan perhubungan kerana, anda mengambil berat si Dia.
Ini juga bermaksud anda menunjukkan bahawa anda menyayangi dia.

2. Bertolak ansurlah dan bijak dalam membuat keputusan
Memang sukar untuk kita bertolak ansur tetapi tidak bermakna kita kalah sekiranya kita mengalah.Dalam situasi sebegini, anda haruslah bijak dalam membuat sesuatu keputusan. Sekiranya si Dia merajuk dan anda tidak berjaya memujuknya, gunakan gaya anda yang tersendiri dalam memujuk hatinya. Dengan ini, anda kelihatan bijak dalam membuat keputusan.

3. Ucapkan kata-kata r0MANtis
Manis tidak semestinya manis bukan? Ketika si Dia tengah merajuk, cuba anda bergurau senda dengan dia dengan menggelarkan si Dia, bucukr, comot, manjer; dan sebagainya. Dalam pada itu,selit-selitkan ayat-ayat power anda dalam perbualan tetapi masih mengekalkan perkataan-perkataan manis seperti yang saya sebutkan tadi.

4. Nyanyikan lagu buatnya
tips ini merupakan bagi saya tips yang paling ultimate. Kalau ditanya, berapa ramai yang sanggup nyanyi untuk kekasihnya? Pernah tak anda menyanyikan lagu untuk kekasih anda? Mungkin jawapannya ramai yang mengatakan tidak. . Adakah si Dia akan tersenyum dan ketawa? Sudah pasti ya. Kerana dapat mendengar suara buah hatinya menghiburkan dirinya. Tidakkah ianya menggembirakan? Sudah pasti senyuman terukir di bibirnya.
Seperti yang saya katakan tadi, tips-tips ini bukanya langkah-langkah tetapi merupakan panduan bagi anda dalam memujuk pasangan anda. Mungkin ada di antara tips ini tidak sesuai dilakukan kepada pasangan anda tetapi tips ini mungkin berjaya membuatkan si Dia tersenyum.
~ si mata putih kembali~

Isnin, 17 Ogos 2009

kegilaan EPL 09/10 bermula.....!!!!

Hallo peminat Sembang Kongkang.....Demam EPL telah bermula setelah ditunggu tunggu lebih kurang 3 bulan peminat EPL kebosanan dan kesempitan idea dek EPL melabuh tirai season lepas...jadi bermula pada 15 Ogos telah berlangsung beberapa perlawanan dan separuh lagi pada 16 Ogos...tidakla lagi sunyi mlm minggu kami yg tidak kaki clubbing dan kaki karoke ni dpt melayan bola EpL ni....




drogby setelah menjaringkan goal

Di sini penulis ingin mereview beberapa perlawanan yg sempat penulis saksikan...kita mstila tumpukan pada game2 besar iaitu Clash of the Top Four iaitu Arsenal, Chelsea , Liverpool dan M U. perlawanan pertama bermula iaitu Chelsea telah menentang Hull City(Wild Cats) di Stamford Bridge..dgn kehadiran Manager baru menggantikan Guus Hiddink, dgn kuasa baru oleh Ancelloti..ternyata game ini rancak apabuila Hull City yg mendahului Chelsea tetapi disamakan jaringan oleh sepakan percuma oleh Drogba...sungguh hebat Drogba ini dgn meletakkan Chelsea ke dpn dgn jaringan cantik chip dari kiri gawang pada minit ke 90 + 2...sebenarnya Chelsea hanya bernasib baik sahaje...hehehe..




dan game kedua ialah ditunggu tunggu persembahan dari Manchester City..mereka telah membeli dan memperuntukkan hampir 70 juta utk pemain2 baru iaitu Adebayor dan Kolo Toure(yg dicuri dari Arsenal),Tevez(dr MU) , Santa Cruz, Barry dan beberapa pemain lagi...nyata apabila mereka berduit sape2 saje yg mereka nk beli mereka boleh sambar..mereka juga hampir2 membeli Eto'o,John Terry , king Henry(r u kidding??), Ribery dan Aguerro...namun menghadapi jalan buntu....game ini berkesudahan 2-0 dgn jaringan Adebayor(Betrayar) n Ireland...nyata game dikuasai oleh Blackburn Rovers tapi tida penyudah dpn goal..ternyata keeper City iaitu Given byk menyelamatkan bola2 dari Rovers...




game ketiga ialah Arsenal vs Everton....game yg dijangka sengit dek kerana Everton adalah penyandang Naib Juara Fa Cup...namun kehebatan Gunners terserlah apabila mereka membelasah Everton 6-1...what a game....dgn barisan pemain muda dan berbakat serta Lovely game ternyata Everton begitu lemah dan bukan taraf The Gunners..goal goal Gunners dijaringkan oleh Denilson(long shoot), Thomas Varmelen (Pemain baru Gunners), William Gallas (free header), Fabregas 2 bijik dan penutup pesta gol oleh Eduardo...Arshavin(Shava) yg dahagakan gol hanya byk dlm mengassist dan set piece sahaja manakala Everton dijaringkan oleh Saha(Saharudin Al Ayubi) pada minit ke 90 + 3.Hidup the Gunners...




game keempat menyaksikan MU vs Birmingham...pasukan yg baru menaiki carta EpL ini ternyata memberi saingan hebat kepada MU yg fikir mereka dpt mengkenduri gol mlm itu...ternyata selepas pemergian Ronaldo, Tevez dan kecederaan Vidic, Ferdinand dan Van De sar ternyata memberi impak..Rooney menyelamatkan maruah MU dgn jaringan bola muntah...ternyata keepel Birmingham(loan from City) Joe Hart byk menyelamatkan keadaan...ternyata MU hanya bernasib baik...Owen nyata tidak lgsung dpt membantu selain dari dicaci dan dimaki hamun oleh peminat birmingham sahaja....





dan game kelima Liverpool vs Totenham Hotspurs...beberapa hari terpampang dlm paper menyatakn Benitez yg kemaruk piala hendak membelasah smua team2 kecil dan menang dgn team Big Four...ternyata mereka silap...Liverpool telah dikalahkan oleh Spurs 2-1 iaitu jaringan Liverpool oleh Gerard dan Spuds(Derby for Arsenal ) oleh Assotto dan Sebastian Bassong(pemain baru)...Peter Crouch (x Liverpool dan Portsmouth) hampir2 menambah jaringan tetapi dinafikan oleh Reina...

sekian utk kali ini...walaupun penulis nmpk bersikap agak Bias kepada team lain tetapi inilah hakikatnya Gunners lebih hebat dari pada yg lain...jumpa lagi....





Go Gunners...hehehe...

sekian

Yg Benar ,

Sir Arsene Wenger

Khamis, 13 Ogos 2009

Teka teki bulan ini




Teka teki bulan ini

1)Imam Ghazali:
Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat

Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar.
Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

2) Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar.
Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama.

3) Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini ?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar,
tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.

4) Imam Ghazali: Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah

Imam Ghazali: Semua itu benar,
tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

5)Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini ?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun

Imam Ghazali: Semua jawaban kamu itu benar,
tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat

fikir fikirkanla dan selamat beramal........(-_-)zzz

gelombang cinta bergelora??




Malam ini hujan turun lebat.sejuk sungguh rasenye nikmat dan aman dunia ini..bak kata Uncle Hussin,hujan ni rahmat tuhan bagi…nk membersihkan dunia…hujan hujan mcm ni takla dpt aku keluar melainkan beradu di kamar tidurku sahaja…dengan berbekalkan Nescafe panas dgn gitar kapok di tepi sambil ditemani lagu-lagu dendangan band Radiohead aku mengatur bicara…




Sahabat-sahabat saya dah lama hanyut dibuai mimpi indah…sampai meleleh air liur siap tersenyum2 dgn ckp “saya terima nikahnya dengan pak imam2 skali saya terima……”entah ape yang dimimpikan nya aku pun tak tau..hujan makin lebat diluar tu dan guruh berdentam dentum membuatkan mimpi menjadi lebih indah gamaknya



Aku suka dgr lagu..suka dgr kuat kuat…kalu boleh biar terkeluar gegendang telinga aku…aku suka lagu rock… …bukan mcm rockstar rancangan reality yg bersepah di persada dunia hiburan ini…..rockstar poyo yg hanya memenuhi kehendak Director yg lebih ke arah mengejar rating rancangan….tapi kat ofis pendengaran ku terbatas…kadang2 aku terpaksa memenuhi lagu2 permintaan ibu-ibu mengandung iaitu lagu2 jiwang 90 an…bukan tak boleh masuk tapi lame2 leher pun jadi lentuk dek kelayuan lagu2 tersebut…err.terpaksalah jua aku memenuhi kehendak mereka memandangkan majoriti jua yg mengalahkan minoriti dan sebelum aku ditempeleng laju-laju oleh Mak-Mak buyong ini…hehe……



Sejuk-sejuk ni rasa cm nk jiwang la pulak…tiba tiba terdengar lagu Kekasihku di Menara dendangan Ukays…tibe-tibe hati ini sebak teringat peristiwa Silam… c.i.n.t.a……Cinta tak semestinya berakhir dgn perkahwinan…ia haruslah bersulamkan kejujuran dan keiklasan para “pemakainya”…byk yg kita dengar skrg cinta yg tak bertepuk sebelah tgn,cinta tiga segi,cinta 4 segi,cinta daun pisang,cinta roket,cinta kilat , cintianathan dan byk lagi…walau apepon persepsi atau cinta yg kita gunakan,resepinya mudah saja….kita hendaklah sama sama jujur dlm cinta dan saling percaya mempercayai dan jgn sesekali mendustai cinta kelak jiwa kan merana kerana cinta…yg putus cinta nilah akan sebab kan byk kes di suratkhabar mcm nk bunuh diri la,nk bunuh awek lama,ngamuk la dan mcm2 lagi kes yg menyewelkan dek kerna cinta…dan ada juga yg menjadi tidak waras ataupun “weng” setelah cinta yg disemai dikhianati…ish..ish..sungguh sadis..sedikit pesanan utk para-para pencinta,jgnla kita saje2 memasang cinta lebih dari yg sepatutnya dan apabila cinta itu tidak ikhlas ia akan terbang menjadi debu-debu bertaburan di angkasa…jgn kecewakan cinta org kepada anda juga…nanti esok2 tuhan akan balas balik ke diri kita lambat atau cepat..

cintailah cinta yg kita ada…byk yg aku dgr dari pengalaman kwn-kwn,cinta mereka pada aweks2 yg seksis2 semontok2 Ifa Raziah??? ataupun seseksi cm Zila Bakarin tastenya,tapi utk stok bini plak cari stail Wardina ala ala ayu cm Gadis Melayu di TV9 plak……haih…ni cinta yg ada expired date kot…



indah nya cinta pertama umpama indahnya dunia ana yg punya


Time bercinta semuanya indah semuanya sempurna...kentut awek pun bau wangi bak Perfume Tommy Hilfiger,(walhal kentut aweknya itu mampu melemaskan pernafasan seekor ikan paus)....Walau ape pun cinta yg kita cari,ingatlah bahawa dah tertulis setiap pasangan lelaki yg akan baik la juga pasangan perempuannya….dan begitulah sebaliknya….dan kepada remaja remaja zaman Milenium Satu Malaysia ini,hendaklah kita ikhlas dlm bercinta….kepada yg kecewa,aku tau perasaan anda semua….bunga bukan sekuntum,tapi kumbang seekor boleh dpt 4 bunga sekali…sbb kaum kumbang ni dah agak pupus...hehe…dan kepada yg masih menunggu utk bulan jatuh ke riba,lebih baik anda jgn lepaskan peluang dan jgn buang masa lagi,lamar jela cinta yg ada di depan mata dengan hati tulus mulus anda…kerna dlm cinta jgn la terpaksa..cinta yg dipendam rasa buruk akibatnya…jgn sampai cinta disambar orang kalu tak makan hati berulam jantung la jawabnya…ape pun hubungan cinta akan berkat jika hubungan cinta kita kerana Allah S.W.T....


Kerna cinta sejati akan memb kita ke Gerbang Perkahwinan(bukan pintu Gerbang)Perkahwinan yang diimpikan tuk hidup bersama...kita bukan pikir utk kawin shaja,tapi lepas kawin tuh dah kene pikir cmne nk bajet hidup kita(bukan pintu Gerbang)berapa banyak cinta la dlm teks ni agaknya…oklah…ngantuk ni…tido dulu…esok kerja plak..jam menunjukkan pukul 4 pagi...aduyai....esok terpaksa la menggunakan taktik yg sama iaitu menggunakan bantuan sahabat menangis di waktu pagi utk punch kad...hehehe.......jumpa lagi di lain hari...

Selasa, 11 Ogos 2009

mari belajar bahasa jepun



hallo semua...sekarang sudut mari belajar bahasa jepun.tak payah pergi ke jepun atau dok tgok citer2 jepun sebenarnya...asal usul bahasa jepun ni byk ciplak dari bahasa kita..jadi banggalah dgn bahasa kita bahasa malaysia...tak caya kita tgok ni........

01. Yang pemarah - KEiJI CACIMAKI
02. Yang suka berjimat - SAYORI SUKAMURA
03. Yang bisu - KIETA TADASORA
04. Yang suka makan nasi - NANACHi KASIBANYA
05. Yang suka layan blues - APO NADIKATO
06. Yang suka belajar - ASHIKO ULANGKAJI
07. Yang kerap bikin kacau - WAKASI HURUHARA
08. Yang sangat kedekut - MATIMATI TAMOKASI
09. Yang suka sangat tidur - ICHIBAN TIDOMATI
10. Yang suka mengintai - HINTAI AKOSUKA
11. Yang tua - TARAGIGI PADANMUKA
12. Yang kena tinggal bini - SUSAHATI BINILARI
13. Yang suka merempit - SAJA CARIMATI
14. Yang suka BERSUMPAH - SAIIFOO BAUKARI
15. Yang Lembab - AYUMI SIPUTBABI
16. Yang suka tidur - ASHIKO MEMBUTO
17. Yang suka cari pasal -KAKIYO GADUHO
18. Yang suka mengumpat - YASUKO MENGATO
19. Yang suka senyum sinis kat orang -SEIYUMO BAUKAMBINO

20. Yang suka menyendiri - TAKCAMPURE MASYARAKATTO

ultraman dan raksaksa pun blajar bahasa kita...jadi bangga la jadi rakyat Malaysia...


Isnin, 10 Ogos 2009

hati - hati lah

salam..sekarang dunia dikejutkan dgn virus H1n1 ataupun selsema pig yang menular dan membahayakan kesihatan....smpai hari ni dah dekat 18 kematian berlaku di seluruh msia...sungguh menyeramkan virus ni dan penduduk semua yg dinasihatkan doktor utk dikuarantin hendaklah mengikut nasihat doktor...punca yg tak tahu dari mana datang dan mcmame ia menular dan mengelilingi malaysia menyebabkan byk sekolah dan tmpt kerja telah dikuarantin dan diassingkan..amat menakutkan..cuaca pon sangat2 teruk skrg di Msia ini...jadi ia either cuaca teruk atau pun virus yg menular,kite kene check kat hospital atau klinik berdekatan...amalkan minum air suam dan jgn minum yg manis2 kecuali sarbat teajerebu yg semakin menebal

namun kami tetap tak takut pada mu jerebu

dok ofis Bpi pon boleh dengar irama irama "batuk batuk menyanyi" diselangselikan selsema dan berair mata...yg rase tak sehat hendaklah kene check jumpe doktor trus walaupun kite tau kat hospital tu beratos2 org dok tunggu doktor..jerebu yang baru nk meletus
Sekarang pon musim jerebu..jadi kalau kite keluar bersoping tu,hendaklah adanya pakai topeng @ mask utk keselamatan kita bersama........berikut diperkenal kan topeng2 untuk kite pakai utk keselamatan kite bersama :-

a)
topeng ini melambangkan haiwan kegemaran pemakai menyebabkan virus selsema babi takut ke king kong itu......

b)
pelindung hidung yang smart dan bergaya...tapi tu kan macam...er....entahle...hehehe

c)
bagi pemilik2 topeng yang ingin cut cost,boleh juga diguna barang2 terpakai seperti berus gigi,kapur barus ,tong gas dan kertas turas


d)
topeng ini digunakan bagi mereka yg pemalu dan bersifat humble down to earth....jadi ini akan menyerlahkan lagi sifat kemaluan mereka dan di samping menyihatkan udara...selain itu ia oleh diselangselikan dgn topeng gamba apis, gamba acit atau topeng gamba abg bahar....akai ada ka???

e)
siapa kata pakai topeng tak kacak...?kami jugak berhak mengkacakkan diri kami dgn memakai topeng persis kumpulan Amuk,Bendi

f)topeng mosquito - ini dpt digunakan bagi menghidari segala asap,nista,debu,habuk,zarah,kuman dan kumin yg akan dibersihkan oleh kipas di muncung...tapi masalahnya topeng ini setelah dipakai tak dpt dibuka melainkan setelah digigit muncung nya itu.....

ape ape pun,di mana pun kita berada,doakan smua nya selamat...ini smua dugaan dan ujian tuhan..doakan semua kite selamat..jaga diri kita and take care..jgn lupe mkn ubt dan hindari kegiatan 2 yg tak sihat... ~signing off~ Sir Happy Monday