Jumaat, 28 Disember 2012

Acit kembali beraksi

 Akhirnya setelah 4 tahun menunggu, acit(nama sebenar) telah mengotakan janjinya yang lepas kawen adalah untuk kawan2...Semalam menjadi saksi buat pertama-tama kalinya acit main futsal...acit kata lagi yang dia akan maintain main futsal walaupun dia akan pindah ke IPG Nilai bulan depan....

Isnin, 24 Disember 2012

Kasut Saiz 7

Nak masuk tahun baru kena carik kasut baru..baru la best main....

Semoga Berjaya Encik Zul....

Lepas sorang, sorang ahli sembang kongkang bertukar dari BPI ke tempat lain untuk mencari pengalaman dan suasana yang baru...Sebelum ni kita kehilangan ahli tegar sembang kongkang iaitu haron ditambah plak dengan pengunduran beberapa staff pre dan psh kontrak membuatkan sembang kongkang makin mengecil so dengan pertukaran Encik Zul membuatkan sembang kongkang jadik lagi kecik..Tp walauapa pun yang terjadik,sembang kongkang akan terus mengongkang dan akan cuba bagi info segala aktiviti2 kami di BPI kat semua bekas2 warga BPI yang pernah membesar bersama sembang kongkang..

Jumaat lepas SKP telah mengadakan jamuan perpisahan untuk  Encik Zul yang akan bertukar ke Kementerian Sumber Asli(Depan opis Encik Salemi iaitu boss lama Unit ICT) pada 26 Disember 2012. Bak kata saiful kita akan kehilangan seorang penjaring gol untuk sembang kongkang...Untuk pengetahuan semua, Encik Zul berada di BPI sejak 2007 smpi 2012(sekitar 5 tahun++)  iaitu sejak dia bujang terang tang tang sampai la dah kawen dah ada anak pun...

Khamis, 20 Disember 2012

Urusetia APC 2008-2011

Semalam aku ada bukak pesbuk, ada lah salah sorang urusetia APC yang aritu mengupload gambar urusetia APC tu...So aku pun teringatlah balik APC yang lepas2,almaklumlah tiap2 tahun join...hehehehe...So setelah dicarik-carik dapatlah aku mengumpulkan gambar urusetia APC dari APC 2008 hingga 2011.....

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG SABK/SMKA 2008
HOTEL ORIENTAL CRYSTAL, KAJANG

Ni adalah kali pertama BPI menganjurkan APC....Dalam banyak2 APC aku rasa yang ni paling heppening skali,bukan 1 je gambar yang mcm ni ada mcm2 possing lagi...time ni ada kak ihsan yang menjadik penyeri majlis...ditambah plak dengan bosh(encik salemi) yang comel2 gitu...Park masa ni memang dah giler dah pon....rasanya time ni xde la stress mana urusetia ni...siap bleh makan sate lagi....hahahhaha terbaikkk...Urusetia wanita mengenakan baju kaler oren yang lelaki plak ikut suka nak pakai baju melayu kaler ape....

Majlis Persaraan Ustaz Wahid

Majlis Persaraan Tuan Haji Wahid Bin Setia....31 Disember 2012, Bilik Jamuan Aras Bawah, Bangunan Mustapha Kamal....Semua warga BPI dijemput hadir




Ahad, 16 Disember 2012

Mini 4wd Tournament JB




Tarikh : 16/12/12 
Tempat : Tingkat 5 skudai parade Johor Bahru
Waktu : 1 ptg - 5ptg.


SYARAT2 PERTANDINGAN:-
*Terbuka kepada semua peringkat umur.
*Kereta hendaklah 4wd, 2wd tidak dibenarkan.
*Hanya Bateri alkaline 1.5. jenama akan diberitahu (rechargeable tidak dibenarkan).
*M4wd Jenama tamiya / auldey dan lain2 dibenarkan.
*Satu org dibenarkan bermain 10 m4wd, jika podium hanya 1 saja dibenarkan.
*Setiap pertandingan mengikut masa terpantas.
*Racer tidak dibenarkan mengangkat m4wd semasa bertanding.
*Sebelum pertandingan kereta akan di periksa bateri & 4wd.
*Pastikan setiap penjuru M4wd tidak tajam.
*Setiap Racer akan diberi no. register untuk pengesahan ahli

Sabtu, 15 Disember 2012

Selamanya Harimau Malaya

Aku tau ramai yang suka beli jersey kat tempat ni sbb aku pun beli kat sini....hahaha

Tapi kalau terlebeh duit ape salah beli kat sini...Tak kira la beli kat mana yang penting warna kita sama...selamanya harimau malaya

Tahniah aku ucapkan kepada skuad harimau malaya sebab dah berjuang bermati-matian semalam..Banyak lagi yang kita perlu belajar bagi meningkatkan lagi mutu bola sepak kita....FAM sebagai badan induk bola sepak negara perlu ada perancangan baru bagi melancarkan lagi pergerakan bola sepak negara....Tak per, 2 tahun lagi kita bleh rebut balik piala aff ni...jangan nak kecewa sangat lah...bukannya piala aff tu abis stakat smlm jer, 2 tahun lagi bleh fight balik ape....Masa tu budak2 kat harimau muda pun dah bleh serap masuk...Sekarang ni lupakan pasal AFF kita tumpukan kat kelayakan piala asia 2015, pastikan yang kita layak ke piala asia 2015...jangan asik dok pikir asia tenggara jer, kena keluar jugak dari kepompong lama.....kena pikir untuk maju ke depan....Ape2 pun Selamanya Harimau Malaya...


Jumaat, 14 Disember 2012

Obesiti Dikalangan Rakyat Malaysia

Semalam aku menghadiri jemputan ceramah Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertajuk "Obesiti di Kalangan Rakyat Malaysia" yang disampaikan oleh En. Wan Mohd Nurussabah bin Hj Abd Karim yang merupakan pegawai pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia....Banyak info yang berguna yang Tuan Penceramah kongsikan dengan pendengar antaranya adalah bagaimana kita mengawal pemakanan kita, bagaimana untuk kita mencegah dari penyakit, bagaimana untuk kita mengamalkan diet yang sihat dan macam-macam lagi...


Khamis, 13 Disember 2012

Pesta Makan Buah Bangunan Mustapha Kamal

Kalau minggu lepas ada pesta makan buah kat Putrajaya, kalini kat Bangunan Mustapha Kamal pun ada buat aktiviti yang sama....JOM MAKAN BUAH...Almaklumlah, sekarang ni musim buah, so dapat la kita nikmati buah-buahan tempatan yang sangat sedap..tapi paling king dan paling menjadi dambaan rakyat malaysia tentulah buah durian kalau tak takkan nama dia raja buah...walaupun aku takde la minat sangat tapi sangat teruja bile tengok orang makan durian dengan rasa nikmat sekali...

Lokasi Jom makan buah ni adalah kat tempat parking Bangunan Mustapha Kamal...

Cara-Cara Nak Buka Akaun Tabung Haji

Korang dah ada akaun tabung haji?kalau tak de lagi cepat-cepat la pegi buat...Nak bukak akaun pun tak de la mahal sangat...2 hengget je pun dah bleh bukak akaun...bleh la buat simpanan dan pas ni bleh la rancang2 untuk ke Mekah menunaikan rukun islam ke-5..Ok aku ceritakan cara-cara nak bukak akaun adalah seperti berikut :-

1. Pastikan korang ada IC (kad pengenalan)
2. Pegi cawangan tabung haji yang berdekatan dengan korang

3. Amik nombor giliran

TAZKIRAH HARI INI

TAZKIRAH HARI INI

Hampir setiap hari kita membaca akhbar, tulisan-tulisan di internet, sarikata di televisyen,buku, majalah, tulisan-tulisan berkaitan dengan kerjaya dan pelajaran kita dan sebagainya.

Hayati isi kandungan Al-Quran..

Begitu juga dengan menonton dan mendengar muzik. Banyaknya kan? Tapi...
berapa lamakah kita peruntukkan sehari untuk menatap  dan membaca kata-kaata Tuhan?
Ada tak? Ke tak ada langsung? Alamak...!!!

Sabtu, 8 Disember 2012

Apa ada dalam handsss bag wanita??

 
 Sebab-sebab beg tangan org pempuan ni sangat besar....Ini adalah barang-barang yang biasa dorang letak dalam beg dorang....


Khamis, 29 November 2012

APC 2011

Aku rasa tahun ni adalah tahun paling mencabar sekali unit SKP menganjurkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011...Tak seperti tahun2 sudah, APC kali ni buat cuma 1 hari 1 malam jer memandangkan kita kenalah berjimat cermat dek kerana pilihanraya nak dekat....

 Ketibaan tetamu VIP....ini adalah tugasan Puan Rus (KS) yang terakhir sebab lepas ni dia akan berpindah ke Putrajaya

Laporan Khas Pengantin Baru Toki dan Eina

Assalamualaikum magi....

aritu ko ada mintakkan gambar2 majlis kawen toki ngan eina kan???sori la aku busy skek...almaklumlah sejak hidup berumah tangga ni kena la pandai2 bahagi masa antara kerjaya dan keluarga bak kata parkopolo ada hati nak kena jaga....muahahahahaha

magi, ko tengok toki ngan eina bagai pinang dibelah dua...kalini toki tak hampa....

Laporan Khas Bola Mesca-Khas Untuk Haroon

Ron...

Mesti ko tertunggu-tunggu ape keputusan team bola sembang kongkang  mesca aritu...Sori la, lama aku x update belog...aku sibuk sket..Ok kalini aku cerita kat ko perjalanan team sembang kongkang untuk ke mesca. Macam hebat plak bunyinya tapi bak kata ko, Mesca ni kita dah anggap macam Champion League..Kita berlatih dengan gigih untuk mencapai keputusan yang baik dalam game mesca...

aku cemburu tengok team lain yang setiap tahun datang karnival mesca dengan jersey baru keluar dari plastik....dari atas sampai bawah semua baru siap ada inner skali tu..sekali tengok mcm christiano ronaldo....tak bleh nak tahan lagi tahap cemburunya....berbanding team kita yang jersey hanya ditukar setiap 3 tahun sekali tu pun terpaksa berkongsi dengan team bola tampar,team futsal,team bola jaring,team badminton...huhuhu


Rabu, 28 November 2012

Malaysia Vs Laos on AFF 2012

Saya kenal pemain saya..jadi saya tubuhkan team saya sendiri...
King Raja Gombal FC cawangan Gombak

Memang mendapat la Laos malam nih...

Isnin, 26 November 2012

Beberapa KEAJAIBAN peperangan di Gaza [Allahuakbar]


Allahuakbar
Allahuakhbar! Keajaiban di Peperangan Gaza

Ini kisah benar yang diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma,
 Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan
Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.

Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza : 

Kosong by Rajagobal


                                                saya kenal pemain saya...

Barakallah Toki Dan Ina

Semalam 25 November 2012 adalah tarikh keramat utk Toki dan Ina menukar status dari bujang terlajak kepada suami isteri...tahniah diucapkan dari saya yg jauh di perantauan...saya tak dpt nk hadir kerana jarak yg jauh dan beberapa kesulitan yg dihadapi...mintak maaf sgt2...saya tergerak utk menulis sekalung tahniah dari kami sekeluarga kepada pasangan mempelai merpati sejoli iaitu buat Toki dan Ina...semuga sentiasa bahagia hingga akhir hayat...di samping membina masjid yg cantik dan hebat dalam acuan islam untuk membawa kita ke Jannah..


Bila sudah kawin,tanggungjawab jadi besar..mkn jadi bersama,tidur jadi bersama,gurau jadi besama,tgk tv jadi bersama,semayang jemaah bersama,gi mendengar ceramah bersama,gi masjid bersama,mengaji al quran bersama..semuanya ibadah..semuanya dapat pahala...jgn ingat kawin tu utk mengentek sahaja..jadi yg bujang tu cpat la kawin...hihihi...

Ahad, 18 November 2012

Majlis Kawin Zulhairi & Norma

Belum terlambat untuk saya mengucapkan Salam Maal Hijrah 1434...semuga tahun baru ini kita buat yg lebih terbaik utk membaiki hidup kita yg sementara ini untuk sediakan bekal utk mengadap Allah Swt...tinggalah hok sementara pakat kejar hok Kekal belako...

Sekarang musim cuti sekolah sudah tiba...atau nama saintifiknya musim mengawan atau musim kahwin sudah datang..dan sinonim dgn musim kawin ni maka byk bunga manggar akan disangkut di tepi jalan dan byk khemah yg didirikan,byk pelamin disewa,ramai photographer dapat job dan ramai mak andam dpt mengandam pengantin...

Rabu, 7 November 2012

Aku Masih Dara

Musim kahwin sudah tiba lagi...dan musim mengawan bakal berlalu lagi...dan terdekat bakal berlangsung majlis bagi Toki dan Ina.aku tumpang gembira...mungkin aku ada mungkin aku takdek kat majlis tu...

bukan aku dengki,bukan aku jeles dan bukan aku busuk hati...aku bangga kwn2 aku kawin...dan bile majlis toki selesai bilamana toki selesai mengakad nikah dgn pak imam,semua org berdoa dan ucapkan syukur setelah toki bergelar suami...dan setelah majlis aku tau toki akan mengangkat isterinya ke bilik,dan kwn2 ku yg lain akan pulang bersama isteri masing masing...mungkin akan menjalankan kewajipan masing masing sebagai suami isteri...

dan aku masih sendiri...menyelesaikan kewajipanku sbgai org bujang

dan berakhirnya majlis toki bermakna hanya tinggal aku seoranglah bujang trang tang tang tinggal dlm sembang kongkang...tapi aku tak kisah..saham aku masih mahal..ini terbukti ramai gadis gadis yg mendambakan cintaku ..bukan takdek mak mak dara menempel meminta belas kasih sayangku...bukan takdek bohsia yg menunggu motorku....tetapi tidak lah ku layani dek kerna kew 8 yg menebal di meja...

bukan ku tak punya cinta..bukan ku tak suka perempuan..tidak...ku bukan gay..aku tak sokong LGBT...aku mcm manusia normal perlukan cinta...seperti pepatah acit bun ''sebelum kawin utk awek,selepas kawin utk bini''mana masa utk kawan2?

ahh....aku bingung memikirkan...malaslah aku nk pikir...masalah SABK berlambak lagi yg belum ku settelkan..sebelum aku lebih jauh merepek

alah omak kawinkan aku !!!!!!!




Luahan Rasa,

Manager Kemut Hassan

Isnin, 5 November 2012

Selamat Pengantin Baru Inspektor Hakim

Selamat pengantin baru kepada Inspektor Shahab aka Inspektor Hakim kerana akan menamatkan zaman bujangnya dengan gadis pilihan dia....Tahniah dari Sembang Kongkang....mai la datang kedah kata Inspektor Hakim...

Pesan pada Encik Din jemput dia skali kata Inspektor Hakim

Peta ke kampung halaman pengantin....

Mai la beramai-ramai datang ke rumah saya...bawak suami,isteri,anak,ayah,ibu,adik-beradik,jiran-jiran datang umah saya...kita pekena laksa kedah dengan air nyok...






-KALAU PEGI KE KEDAH JANGAN LUPA MAT KEDAH-

Barisan Team BPI untuk Mesca 2012



Kita tinggalkan kejap kebangkitan Johor dengan Guiza dia. Kita alihkan pandangan kita kat saingan Karnival Bola Sepak 9 Sebelah Mesca 2012. Macam tahun-tahun sudah, BPI tak ketinggalan menyertai pertandingan yang diadakan secara tahunan ni. Untuk rekod dah 4 kali BPI menghantar wakil untuk ke kejohanan tersebut. Walaupun tiap-tiap tahun tak penah layak ke suku akhir, tapi pasukan BPI ada menunjukkan peningkatan pada setiap tahun.

Maklumat Pertandingan

PERTANDINGAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH SENIOR/VETERAN KARNIVAL MESCA 2012
10-11 NOVEMBER 2012 (SABTU DAN AHAD)
PADANG 'E' DAN 'D' MSN BUKIT JALIL
8.30 PAGI-6.30 PTG

Ahad, 4 November 2012

Revolusi Bola Sepak Johor?


Setelah panas telinga diherdik,dihina dan dikutuk segenap ruang akhirnya anak sultan johor telah bertindak utk meningkatkan revolusi bola sepak johor.di samping Fazura sebagai penasihat maka akhirnya Johor bakal bergelar kuasa bola sepak baru.

Johor FC sudah pun memberi sinar buat sekian lama kepada bolasepak Johor. Walau berstatus kelab mereka masih mampu bertahan dalam saingan Liga Super dan layak ke Piala Malaysia. Stadium JCorp Pasir Gudang biar pun kecil tetap ada penyokongnya yang hadir setiap kali Johor FC bermain. Johor FC tidak ada masalah kewangan, kemelut politik dan masalah lain seperti yang melanda Johor FA.

Jumaat, 2 November 2012

Peta Majlis Kawen Keri dan Nurma

Entry lepas aku ada post majlis kawen Keri n Nurma. Kalini aku nak post plak peta nak g umah dia....lupa plak aku nak letak aritu...hehehehe

ok ron...peta aku dah kasi....nnti ko pegi pukul gambar banyak2 pastu masukkan dalam belog....





-PETA KAT BANTAL-

Mitsaqan Ghaliza 5ruz & Eina

Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh
 
 
Mitsaqan Ghaliza telah terpatri di antara dua jiwa.
Satu amanah telah diambil dari Pencipta manusia,
untuk menjadikan ikatan ini, perjanjian ini, satu hakikat yang diberkati,
InsyaAllah..
 
Maka dijemput
Yang Berbahagia Dato’ / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik ,
 suami isteri serta keluarga ke
Majlis Menyatukan Hati kami...
 
 Mohd Fairuz Bin Zainal Abidin
dengan
Siti Noriziana Binti Semail
 
Memadu pertemuan dua hati
Mendirikan mahligai kasih
pada hari   Ahad, 25 November 2012
bersamaan 11 Muharam 1434 Hijrah
 
bertempat:
Dewan Penduduk Persatuan Taman Sentul Utama
Jalan Dato Senu 26
Taman Sentul Utama
51000 Kuala Lumpur
 
Aturcara bermula:
para jemputan hadir - 11:00pg - 3:00ptg
persandingan    1:30tgh hr - 2:30ptg
 
 
 
 

Khamis, 1 November 2012

Tahukah Anda Temagi




1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

Rabu, 24 Oktober 2012

Atmosfera Bola Sepak Sebenar


Dah lama jasad gua tak sampai ke sini…hanya roh saja kadang kadang melewati sampai ke sini… Perjalanan dr KB-KUL sampai dlm beberapa kelip mata dek kerana asyik gua terlelap dan tertido….ahh… gua tak pedulik asalkan aku sampai walaupun menaiki lori ikan…akhirnya…sampai jgk gua di destinasi…


Rabu, 17 Oktober 2012

Nunud XOXO Si Penjual Kasut

Assalamualaikum sumeeeee..

Saya adalah penjual PRE LOVE SHOES.

Ade 2 jenis kasut:
1) Pump Shoes
2) Boots

*************************************************

This is pump shoes


Jemputan Kawen Bulan November

Tahniah kami krew Sembang Kongkang ucapkan kepada warga BPI yang akan melangsungkan perkahwinan dan jugak kepada warga BPI yang dapat menantu....tahniah diucapkan


Kad yang pertama diterima oleh encik editor adalah dari Nurma....beliau dan pasangannya iaitu Zulhairi(keri) akan menamatkan zaman bujang pada 16 November 2012 di umah pengantin perempuan...manakala di rumah pengantin lelaki majlisnya dibuat pada 18 November 2012 selang sehari selepas majlis di rumah pempuan...almaklumlah umah pengantin laki ngan pempuan panjat pagar je dah sampai....Kalau budak kongkang senior mesti masih ingat lagi Zulhairi...beliau adalah bekas PRE kat BPI ni...penah main untuk team Sembang Kongkang FC selama semusim sebelum beliau mengambil keputusan untuk sambung belajar....Semoga mereka berbahagia hendaknya...

Selamat pengantin baru untuk keri n nurma....semuga bahagia slalu....gomo kelate gomo


kad yang ke-2 encik editor dapat adalah dari ustaz abrar....Tapi bukan ustaz abrar yang nak kawen tapi anak pempuan dia yang nak kawen...buat kat putrajaya...sangat dekat dengan umah encik editor....sape2 budak kongkang yang berdekatan bleh la datang memeriahkan majlis....tahniah kami ucapkan kepada ustaz sebab dapat menantu....

ni bukan gambar pengantin tapi gambar bapak pengantin...masa nak balik nnti salam dia jgn salam org lain....Untuk pengetahuan ustaz abrar adalah boss kepada nurma....bos kenduri anak buah pun kenduri...







-HAROON DIJEMPUT HADIR KE MACHANG-


Ahad, 14 Oktober 2012

Mary Kay Limited Edition® Mint Blossom™ Pedicure Set

Assalamualaikum semua.
Lama tidak menulis di blog Sembang Kongkang yang super duper famous ini.

Yewww so skema. Okkeh back to normal.
Entri kali nih, I selaku editor jemputan blog sembang kongkang kali nih, nak introduce to you all something AWESOME........... [bunyi gamelan]


Mary Kay Limited Edition® Mint Blossom™ Pedicure Set!!!

Pedicure Set nih ade:
~ Foot Fizzies, pk/10 tablets
[bila dimasukkan dalam air dia akan menghasilkan busa/buih, so nanti cam bubble bath tapi nih just for kaki la]
~ Mint Blossom™ Foot Scrub
[bila letak kat kaki pastuh massage2 skek nanti bole hilangkan sel kulit mati kat kaki senang cakap daki la, nih la punca2 kaki bau cam longk***]
~ Mint Blossom™ Icy Foot Gel
[gel sensasi sejuk umpama ais nih akan buatkan you all segar di kaki, so balik kerja penat2 tuh hilang]
~ One Emery Board
[gune bile nak ratakan kuku, kengkadang bile kite potong kuku, kuku tuh cam tajam kan, so kite gosok la emery board nih kat kuku]
~ One Pair Toe Separators
[mengasingkan jejari kaki, klu orang bukan Islam dia pakai nih biar senang nak warna kuku, jadi kita nih orang Islam pakai la bile nak potong kuku]
~ Trendy Mesh Bag
[beg yang super duper chumil, haruslah loike loike loike]

and FREE Inflatable Foot Bath [bekas rendaman kaki yang menawan hati]

Cara2 nak wat pedicure kat umah:

RENDAM
Isikan inflatable foot bath dengan air suam sehingga paras pergelangan kaki. Masukkan 2-3 fizzies kaki ke dalam air agar menambahkan busa. Rendamkan kaki sekurang-kurangnya 10 minit. Lap kaki sehingga kering.

SKRUB
Sapu scrub kaki pada tapak kaki, sisi dan bahagian atas kaki. Bilas dan lap sehingga kering.

MELEMBUT:
Urutkan icy foot gel bermula dari atas kaki iaitu dari jari kaki ke buku lali. Kemudian berpindah ke tapak kaki, membuat gerakan membulat dengan ibu jari dan jari dengan menambah tekanan pada tumit. Bermula dari atas dan ke bawah.

Okkeh penat I berleter sepanjang 18 muka surat nih, sekarang nih meh kasi tau harga pulok.

HARGA BIASA - RM 115.00 [tercekik you all dengar kan]
HARGA LUAR BIASA - RM 70.00 [promosi giler2 ah]

Siapa nak sila order kat I okkeh, Nunud XOXO sebelum atau pada 22/10/2012. 22 tuh you all da gaji kan. Haaa time tuh terus la bank in kat I.

Itu sahaja entry untuk kali ini. Okkeh bertemu di lain waktu dengan tawaran yang pasti AWESOME.

Haruslah loike~

XOXO,
Nunud

Karnival Bola Sepak Mesca 2012

Sukacita dimaklumkan bahawa Mesca akan mengadakan karnival bola sepak 9 sebelah mesca 2012. Oleh itu semua pemain-pemain sembang kongkang bersedia untuk dipanggil menjalani latihan pusat manager kemut hassan...Maklumat karnival adalah seperti berikut :


 TARIKH:
10-11 NOVEMBER 2012 (SABTU DAN AHAD)

TEMPAT: 
PADANG 'D' DAN 'E' MSN BUKIT JALIL

MASA :
 8.30 PAGI-6.30 PTG

Undian kumpulan akan diadakan pada 2 November 2012.Oleh itu, manager kemut hassan telah meminta timbalan manager iaitu encik editor ke majlis undian tu nanti. Manager Kemut Hassan tidak dapat menghadiri majlis tersebut adalah disebabkan beliau ke eropah untuk mencari pemain yang berkaliber untuk diserapkan dalam team mesca BPI...sekian terima kasih




-TAHUN NI RAMAI MUKA BARU-


Jumaat, 12 Oktober 2012

Result Friendly Ke-2

Semalam hujan lebat, So game ditunda pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak..







-MANAGER KEMUT HASSAN:RANKING TAK PENTING-

Rabu, 10 Oktober 2012

Perlawanan Persahabatan 2

Pihak pengurusan SKFC telah mengatur friendly match yang ke-2...untuk game kalini kita akan bertemu dengan team Bahagian Pengurusan Maklumat, KPM....semua player SKFC dijemput hadir bagi memeriahkan majlis...







-MANAGER KEMUT HASSAN : SAYA KENAL PEMAIN SAYA-

Result Friendly...

Keputusan Penuh Friendly Match antara SKFC vs KKM

SEMBANG KONGKANG FC (BPI)   3
VS
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 0

Yang pakai bip kaler oren tu adalah team SKFC...yang tak pakai bip tu team KKM...Game tamat apabila hujan turun dengan lebatnya dan bekesudahan SKFC menang dengan KKM 3-0..Gol2 dijaringkan oleh Zul, Nizam dan Anuar

Barisan pemain SKFC : Jalal, Khai, Zul, Nizam, Amin, Anuar



-LEPAS NI KENA BANYAK FRIENDLY DARI BUAT GAME LAWAN KITA2-


Selasa, 9 Oktober 2012

Friendly Match SKFC

Semua player sembang kongkang hendaklah melapor diri ke court arena sebelum pukul 6ptg...kalau datang awal bleh bincang tektik...






-ARAHAN MANAGER KEMUT HASSAN-

Majlis Bicara Wahyu

MAJLIS BICARA WAHYU 
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA 
BIL.11 2012M/1433H

TAJUK :
"KASIH DISEMAI, SAYANG DITUAI"

PENCERAMAH :
Y.Bhg. Ustazah Sabariah Binti Soleh
Ketua Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti
(JAKIM)


TARIKH :
12 OKTOBER 2012 (Jumaat)

MASA :
8.30 pagi (Bacaan Yassin)
9.00 pagi (Ceramah)

TEMPAT :
Dewan Serbaguna Aras 9, Blok E12, Parcel E
Putrajaya



"MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR"


Jumaat, 5 Oktober 2012

Ape Yang Patot Kita Buat???

Ape Yang Patot Kita Buat Kalau monitor tak display bile kita on pc???CPUon tapi monitor xkuar gambar...aku tau mesti ramai mengalami situasi yang "PELIK" ni..So untuk mengatasi masalah yang agak "PELIK" ni,aku akan bagi  beberapa cadangan yang pada aku sangat SUPER SENANG....Bile korang mengalami situasi ni, jangan takut dan jangan panik...


1.Check button on pada monitor

Pastikan yang button pada monitor ni ada kuar lampu atau dalam keadaan on...kalau dah on tapi masih tak display atau lampu pada monitor tu berkelip2,silalah ke cadangan penyelesaian ke-7....

Khamis, 4 Oktober 2012

Under Construction..

Semalam aku menyaksikan yang gelanggang keramat team sembang kongkang akan berubah wajah...dah xde lagi pecah2,retak2 lagi kat gelanggang...semuanya buat baru...memey terbaik la..dengan adanya gelanggang baru ni secara tak langsung akan menaikkan semangat pemain BPI...pasni kami berjanji akan bermain bersungguh-sungguh demi namaBPI yang dicintai...bak kata cha I love BPI


Semua pagar dicabut untuk digantikan yang baru

Rabu, 3 Oktober 2012

Ahad, 30 September 2012

Tamiya Underground One Utama

Semalam aku telah membuat lawatan mengejut ke Tamiya Underground kat One Utama, Damansara...Nak ke one utama kalau korang dari Putrajaya korang ikut highway LDP. Lagi bagus kalau korang search dulu lokasi one utama ni kat google map dan lagi bagus korang print jer map tu..kalau ada GPS lagi la bagus.. ini adalah untuk memastikan yang korang tak sesat nak ke sana...Pastu dah sampai one utama nak cari kedai dia senang jer, Kedai dia duduk kat tingkat bawah skali(kat parking B2) kalau kat atas tak la underground namanye...kalau tak jumpa korang bleh search kat peta touch screen yang disediakan kat setiap tingkat..kalau tak geti nak guna benda tu korang tanya la pak guard atau pegawai khidmat pelanggan kat situ...kalau malu jugak nak tanya, korang pergi mam la....

 Pintu masuk tamiya underground..kali pertama aku masuk aku rasa sangat teruja...walaupun masa kecik2 dulu penah main terutamanya kete mini 4wd, tapi sekali pun tak penah jejak kedai yang memey khas jual barang tamiya....kat tamiya underground ni macam2 barang tamiya dia jual, kete mini 4wd, kete rc, dan pelbagai lagi model plastic..tapi kali ni aku nak citer pasal kete mini 4wd sebab dia dah termasuk dalam sejarah idup aku..hahahah

Sabtu, 29 September 2012

Last Day....

Semalam adalah hari terakhir untuk nabila n cik farah kerana bermula 1 oktober 2012 dorang ni dah xde kat BPI lagi. Nabila dapat keje baru kat Shah Alam manakala cik farah plak akan ke kursus DPA selama 6 bulan untuk memenuhi tuntutan beliau sebagai seorang ptd..

nabila n cik farah yang sedih2 masa disuruh potong kek

akhirnya potong jugak kek....
Nasya Saf
Huhuhu..arini ari last dkt BPI...siyes sedih sgt2 nk tinggalkn BPI...pe2 pun tq soooo much tuk Siti Farah Alwani Zainudin coz blnja pizza, sume kawan2 yg sudi wat makan2 dkt opis tuk kali terakhir...huhuhuhuu..n yg bg hadiah tu..tq ye. Jadikan ini perpisahan yg termanis,yg indah dalam hidupku sepanjang waktu...semua berakhir tanpa dendam dalam hati..maafkan semua salahku,...tq sooo muchhh..n...sayang semua..BPI TETAP D HATI... :( WISH ME LUCK! !!!

-YANG TINGGAL SILA TERUSKAN KERJA MASING-MASING-