Kelihatan en.Baha mengarahkan semua penumpang untuk turun dan pindahkan barang ke pajero
Khamis, 12 Julai 2012
Hajat Tak Kesampaian
at
Khamis, Julai 12, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
BPI,Cyberjaya 12 Julai-Hajat untuk bas BPI melakukan perjalanan pertama lebur apabila bas yang sepatutnya bergerak ke ipoh pada pukul 11 pagi tadi terpaksa dibatalkan perjalanannye kerana masalah teknikal bas tersebut. Menurut kata pemandu bas iaitu Encik Baha "ekkk, mcmana nak gerak aircond panas,kad minyak tak de, kalau mati tengah jalan sape nak repair". Salah seorang penumpang iaitu Kak Bet yang sempat ditemubual berkata "akak dah tunggu dari pukul 11 tadi, pukul 3 baru boleh masuk bas, bila masuk bas akak rasa macam dalam sauna..last-last akak bawak kete akak sendiri".
Sabtu, 7 Julai 2012
Aksi Team BPI_Karnival Futsal Mesca 2012
at
Sabtu, Julai 07, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Tonga de Futsal 7 Julai- Team BPI gagal melepasi saingan peringkat kumpulan Karnival Futsal Mesca 2012 apabila tewas kedua-dua perlawanan di peringkat kumpulan. Pasukan BPI untuk karnival tahun ni dibarisi dengan muka-muka baru yang dipanggil untuk mewakili BPI kebanyakannya dibarisi oleh staf PSH(pekerja sambilan harian) dan beberapa staf tetap BPI. Penguasaan bola lemah, posisi tidak tetap, tiada komunikasi antara pemain-pemain antara punca kelemahan yang dapat dikenalpasti. Namun begitu, jika mereka memperolehi latihan yang cukup tidak mustahil pasukan ini boleh menyerlah untuk karnival akan datang.
Jersey dah cantik dah.....main je tak brape nk cantik...tp nk buat mcmana training pun xde...last main futsal pun 2 bulan lepas....huhuhu
Khamis, 5 Julai 2012
BPI Ada Bas Sendiri
at
Khamis, Julai 05, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Rabu, 4 Julai 2012
Antara Olimpik & Agenda Yahudi
at
Rabu, Julai 04, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Assalamu'alaikum w.b.t., selawat ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W. Sudah lame sangat saya tidak menulis di ruangan ini. Saya sebenarnya agak sibuk dengan kehidupan duniawi. Serta agak sibuk mencari ilmu-ilmu tentang kedatangan Dajjal. Artikel kali ini saya hendak menyampaikan mesej kepada para pembace mengenai siapa sebenarnya dajjal laknatullah dan sukan Olimpik London 2012. Memang penuh rahsia disembunyikan oleh ejen-ejen freemason ini mengenai majlis berprestij. 2012 sedia maklum kita tahu apabila disusun membentuk perkataan ZION atau zionis/yahudi. Di sini Yong membawa sedikit ilmu berguna kepada kalian untuk renungan bersama. Fikirlah dengan hati bukan dengan nafsu. Islam itu benar, Islam itu suci, Islam itu agung.
Dajjal adalah makhluk berakal, dari keturunan manusia.Beliau adalah antara manusia yang dipanjangkan umur sehingga akhir zaman.Tiidak ada 1 nabi pun yang diangkat rankingnya menjadi pangkat Rasul, melainkan mereka ditugaskan untuk memberi amaran kepada umat bimbingannya tentang bahaya fitnah Dajjal.Tapi sayang seribu kali sayang.Daripada 313 Rasul yang diturunkan kepada makhluk manusia, dan daripada kesemua tamadun2 25 Rasul yang anda hafal, Dajjal tidak berjaya pun muncul di zaman2 Nabi itu.
1000 juta kali malang untuk kita, kitalah satu2 umat yang sedang berhadapan dengan kebakalan munculnya Dajjal tak lama aje lagi..Nabi pernah berpesan pada kita melalui salah 1 rekod hadis sahihnya yang berbunyi:
[...sekiranya Dajjal muncul di tengah2 kalian, maka akulah menjadi penyelamat kamu semua, dan...sekiranya Dajjal muncul selepas kemangkatan ku, setiap diri adalah penjaga diri masing2]
Tuan,puan,...
anda semua hari ini "benar2" berada di tengah2 ambang kemunculan Al-Masih Dajjal, kerana semua sistem2 Dajjal yang dibangunkan di seluruh daerah pada setiap negeri pada setiap negara di setiap benua di planet bumi ini, telah dibangunkan dengan pengaruh teknologi Yakjuj & Makjuj yang diendorsekan oleh Al-Masih Dajjal, yang telah dilaksanakan dengan teraur lagi teliti, oleh freemason & ilmuninati, melalui mesej2 sulit selepas aktiviti ritual karbala..
Bayang2 kehadiran Al-Masih Dajjal:
- keringnya tasik galilee
- manusia lupa tentang kemunculannya
- patung singa
- filem2 keluaran Warner Bross
- The Lord of The Rings (penuh dengan mesej)
- Two Towers (1 dah hancur 1 ada di Nusantara)
- nama "Atlan"
- Menara Jamrah (kecuali di Mekah)
- Lantai Kuda Belang
- Lambang 1 Mata
- Sukan Olimpik 2012 (London)
Nota Penting:
Sukan Olimpik 2012, adalah Fasa Terakhir, sesi pengenalan kepada seluruh dunia, oleh kuncu2 Al-Masih Dajjal, sebelum Israel melancarkan perang terakhirnya, untuk meluaskan saiznya sekarang, kepada bersaiz dari Laut Merah di Terusan Suez sehingga memanjang ke Sungai Tigris (Iran) topik ini akan kami ulaskan di siri akan datang.
Elakkan diri anda berada di Eropah sepanjang tahun 2012 kerana itulah tahun pelancaran & perasmian detik2 terakhir Dajjal akan menampak fizikalnya,bayang2 nya ???
Lihat maskot Sukan Olimpik 2012.
Acara kemuncak akan diadakan pada malam - malam umat Islam mencari Lailatul Qadar??
Ingat ye...
belum ade sesiapa lagi dari Nusantara yang menceritakan ini, sila take nota, dan bagi masa membuktikannya.
untuk membuktinya ???harga emas akan naik mendadak.Nilai mata wang US akan menjunam jatuh,sekarang pun dah nampak.
Kesimpulannya.
Al-Masih Dajjal itu seorang manusia.
Dia sememangnya telah dibutakan matanya.
Fizikalnya sememangnya bermata 1.
Dan simboliknya juga.
para pengikut2nya telah membayangkannya dengan simbol 1 pada banyak alat2 di dunia ini,
contohnya : matawang USD, patung2 mainan
Dajjal Bermata 1 bukan kiasan !!!
Beliau benar2 bermata 1...
Tips:
Dajjal dikenali dari kalangan bani Ishak
dengan nama SAM.
- pernah dengar negara Uncle Sam ?
- pernah dengar Mr. Sam (Lord of the ring) ?
- pernah dengar Sam (Transformer) ?
- pernah dengar Sam (King Kong)
Sam adalah watak penyelamat.
Dajjal akan muncul di khalayak ramai ketika penduduk dunia dalam keadaan huru-hara, ini akan dicetuskan oleh Israel "tak lama aje lagi" dan beliau akan menawarkan diri sebagai sang penyelamat, dengan penuh segak bergaya dan kemas.Sedangkan,Imam Mahdi yang berpakain seperti Nabi, berpakaian Sunnah akan dilabelkan sebagai penjenayah, dicop sebagai terrorrist !!! ini adalah hakikat dan anda dapat bayangkan kebenaranya bukan ???
Islam akan kembali kepada asing, seperti asingnya Islam pada awal kemunculannya di tengah2 tamadun Arab yang kuat maksiat..begitu jugaklah nasib Islam "tak lama aje lagi"..............
Percaya atau tidak ? Bersediakah kita???
Anda wajib menelannya.Didiklah anak2 anda mengenali sifat2 sahabat Nabi.
sumber Detik Islam
Art Of Deception_ Amerika,Freemason,Zionis Mereka Menipu Dunia
at
Rabu, Julai 04, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Aku nak review skek pasal buku yang aku baca ni. Setelah hampir 139 muka surat daripada 310 muka surat yang aku dah baca, aku dapat simpulkan kat sini bahawa buku ini sangat bagus untuk kita fahami dan hayati. Buku ini membuka minda kita yang selama ni, Islam sebenarnya berada kat bawah dan umat Islam sebenarnya sudah dipijak2 oleh bangsa yang sememangnya mahu musnahkan umat Islam. Bangsa Yahudi mempunyai agenda tersendiri iaitu ingin menghapuskan terus umat Islam yang ada kat bumi ni.
Buku ini jugak menghuraikan satu persatu bagaimana bangsa dajal ni sebenarnya yang merancang kejadian 11 September 2009. Tiada penglibatan orang Islam sebenarnya dalam kejadian tersebut. Mereka sendiri yang meletupkankan bangunan WTC dan Pentagon tetapi dalam masa sama, mereka menghebahkan kepada dunia bahawa Islam yang bertanggungjawab dalam tragedi tersebut. Bertitik tolak dari peristiwa tersebut, Afganistan, Iraq dan Libya menjadi mangsa kerakusan bangsa dajal ni. Mereka menyerang negara-negara tersebut dengan alasan membasmi keganasan dan memusnahkan senjata pemusnah di negara tersebut..Tetapi sehingga harini tiada senjata pemusnah ditemui tetapi negara-negara Islam tersebut yang musnah dek kerana kekejaman Amerika...Sekarang kita tengok misi mereka berjaya untuk memusnahkan umat Islam...Itu baru 3 negara, tak mustahil negara Islam lain pun menjadi perhatian mereka, termasuk jugak negara kita....
Penulis menghuraikan setiap peristiwa dengan bukti dan fakta. Kuasa besar dunia sentiasa mencari jalan untuk melemahkan umat Islam. Amat rugi dan malang sekiranya kita umat Islam mengangap ia perkara yang remeh. Penipuan yang dilakukan oleh golongan ini cukup dasyat dan tidak terjangkau melalui fikiran biasa. Pada akhir zaman, semakin banyak kekejaman dan penindasan dilakukan ke atas umat Islam. Tujuan golongan ini adalah satu, iaitu melengkapkan misi mereka sementara menunggu tibanya dajal laknatullah. Buku ini membongkar segala penipuan mereka satu per satu. Sejarah membuktikan, agenda yahudi ini sudah lama wujud. Kini, agenda tersebut seakan-akan didokong oleh polisi barat yang berpihak kepada mereka. Tidak hairanlah pada hari ini mereka semakin berani menzahirkan pergerakan mereka melalui pelbagai cara dan wajah
Buku ini ditulis oleh Jerry D.Gray, bekas perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat dan kini telah memeluk Islam dan aktif menjalankan aktiviti dakwah. Beliau kini aktif bergerak ke seluruh Indonesia menyampaikan ceramah demi mengajak seluruh umat Islam sedar, bahawa pada hari ini umat Islam sudah tertipu...
Dikarang oleh Jerry D.Gray
Penulis menghuraikan setiap peristiwa dengan bukti dan fakta. Kuasa besar dunia sentiasa mencari jalan untuk melemahkan umat Islam. Amat rugi dan malang sekiranya kita umat Islam mengangap ia perkara yang remeh. Penipuan yang dilakukan oleh golongan ini cukup dasyat dan tidak terjangkau melalui fikiran biasa. Pada akhir zaman, semakin banyak kekejaman dan penindasan dilakukan ke atas umat Islam. Tujuan golongan ini adalah satu, iaitu melengkapkan misi mereka sementara menunggu tibanya dajal laknatullah. Buku ini membongkar segala penipuan mereka satu per satu. Sejarah membuktikan, agenda yahudi ini sudah lama wujud. Kini, agenda tersebut seakan-akan didokong oleh polisi barat yang berpihak kepada mereka. Tidak hairanlah pada hari ini mereka semakin berani menzahirkan pergerakan mereka melalui pelbagai cara dan wajah
Buku ini ditulis oleh Jerry D.Gray, bekas perajurit Tentera Udara Amerika Syarikat dan kini telah memeluk Islam dan aktif menjalankan aktiviti dakwah. Beliau kini aktif bergerak ke seluruh Indonesia menyampaikan ceramah demi mengajak seluruh umat Islam sedar, bahawa pada hari ini umat Islam sudah tertipu...
Harga Buku : RM 20.00 (kat kedai2 buku ada jual)
Penulis : Jerry D. Gray
Terbitan : PTS Islamika Sdn.Bhd
-JANGAN PERCAYA DENGAN BANGSA YAHUDI-
Kumpulan Inovatif Dan Kreatif BPI 2012
at
Rabu, Julai 04, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Tahun ni ada 2 orang wakil ICT terlibat dengan Kumpulan Inovatif dan Kreatif BPI. Jika sebelum ni Cik Ahada (bosh ICT sekarang) dan Encik Salemi (bosh ICT yang lama) pernah terlibat dengan KIK ni. Sekarang giliran aku ngan Encik Zul plak yang akan terlibat bersama yang lain-lain demi memastikan BPI menang anugerah time Konvensyen KIK nanti(tinggi betul cita2.)
Carta Organisasi pasukan KIK BPI 2012. Kak Maheran dah pindah dari BPI kena la carik pengganti..Encik Husin nak ke join benda ni???mcmanalah nama dia bleh masuk??
Karnival Futsal Mesca 2012
at
Rabu, Julai 04, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
YBhg.Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
KARNIVAL FUTSAL BULAN KECERGASAN KPM-MESCA 2012
Sukacita dimaklumkan bahawa karnival futsal tersebut akan dilangsungkan pada ketetapan berikut:
Tarikh : 7 Julai 2012 (Sabtu)
Masa : 8.00 hingga 5.00 petang
Tempat : Tonga de Futsal, Seri Kembangan Selangor.
Kategori : Lelaki dan Wanita
Maklumat lanjut sila layari laman web Bahagian Sukan.
Sehubungan dengan itu, mesyuarat pengurus pasukan akan dijalankan pada ketetapan seperti berikut:
Tarikh : 5 Julai 2012 (Khamis)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama Aras 7, Blok E13 Bahagian Sukan KPM.
Semua pengurus pasukan dipohon hadir untuk pengesahan penyertaan pasukan masing-masing.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En.Halim bin Saad ditalian 03-88841012/012-2402960 atau email kepada halim.saad@moe.gov.my
HALIM BIN SAAD
Penolong Pengarah
Bahagian Sukan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 1&7, Blok E13, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 PUTRAJAYA
Tel:+60388841012 Fax:+60388841034/1041 H/P:+60122402960
-PENYERTAAN BPI AKU DAH SETTLEKAN BESOK AKU PI METING UNTUK UNDIAN-
Selasa, 3 Julai 2012
Terima Kasih Semua
at
Selasa, Julai 03, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Terima kasih kepada semua PSH(Pekerja Sambilan Harian) yang telah menamatkan kontrak mereka semalam. Terima kasih kepada semua yang banyak membantu melicinkan lagi pengurusan BPI. Kami doakan kamu semua berjaya diluar sana. Banyak yang dipelajari selama beberapa bulan di BPI dan rata-rata mengatakan berada di BPI adalah pengalaman yang terbaik sekali...Peace
Ahad, 1 Julai 2012
Putrajaya Floria 2012
at
Ahad, Julai 01, 2012
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Festival bunga dan taman Putrajaya 2012 dari 30 Jun 2012 hingga 8 Julai 2012. Tema tahun ni adalah Bunga Kertas Tetap Menawan. Selain dari pameran pelbagai jenis bunga dan tumbuh-tumbuhan, festival ini jugak menampilkan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya pertandingan fotografi, pertandingan melukis, persembahan muzik tradisional, ada live band, pertunjukan bunga api dan lain-lain. Selain itu, ada jugak jualan pokok2 bunga seperti bunga kertas, orkid, pokok buah-buahan, baja dan lain-lain..So sape2 tak pegi lagi bleh la pegi, bawak la kamera korang untuk pukul gambar...
Pintu masuk
Peta Festival Floria
Langgan:
Catatan (Atom)