Semalam aku telah membuat lawatan mengejut ke Tamiya Underground kat One Utama, Damansara...Nak ke one utama kalau korang dari Putrajaya korang ikut highway LDP. Lagi bagus kalau korang search dulu lokasi one utama ni kat google map dan lagi bagus korang print jer map tu..kalau ada GPS lagi la bagus.. ini adalah untuk memastikan yang korang tak sesat nak ke sana...Pastu dah sampai one utama nak cari kedai dia senang jer, Kedai dia duduk kat tingkat bawah skali(kat parking B2) kalau kat atas tak la underground namanye...kalau tak jumpa korang bleh search kat peta touch screen yang disediakan kat setiap tingkat..kalau tak geti nak guna benda tu korang tanya la pak guard atau pegawai khidmat pelanggan kat situ...kalau malu jugak nak tanya, korang pergi mam la....
Pintu masuk tamiya underground..kali pertama aku masuk aku rasa sangat teruja...walaupun masa kecik2 dulu penah main terutamanya kete mini 4wd, tapi sekali pun tak penah jejak kedai yang memey khas jual barang tamiya....kat tamiya underground ni macam2 barang tamiya dia jual, kete mini 4wd, kete rc, dan pelbagai lagi model plastic..tapi kali ni aku nak citer pasal kete mini 4wd sebab dia dah termasuk dalam sejarah idup aku..hahahah