Ahad, 29 April 2012

Abe Shuk yang Suci


Abe shuk setelah melalui proses berbekam, dia dah jadi lelaki suci...sesuci bayi yang baru lahir...muka pun babyface.....







-KALAU NAK BERBEKAM BLEH CALL USTAZ ROSDI-


Jumaat, 27 April 2012

Majlis Persaraan Puan Peteri


 Semua Warga BPI dijemput hadir










-KEPADA HARON: TEMPAT CC DAH KOSONG APE LAGI TUNGGU-

Selasa, 24 April 2012

Net Baru...

Suatu ketika dulu pin pon BPI pernah menghadapi zaman kejatuhan dimana kita melalui zaman kegelapan yang amat dasyat dan hampir2 pin pon BPI terkubur...Pernah satu ketika dulu bat pin pon kita semuanya hilang yang menyebabkan segala aktiviti pin pon kita tergendala. Namun dengan semangat yang kita ada, kita semua bangkit sikit demi sikit..Kita melakukan revolusi secara besar-besaran....Dan sekarang semua budak2 kongkang dah beli bat baru, kita beli bola baru, sekarang ni plak kita dah ada net baru.......
 
net yang disponser oleh saudagar barang-barang purba dari Alor Jangguih....sangat bermutu, masih dara lagi....tegang dan boleh memantulkan bola sejauh 2 batu jika bola dipukul ke net.....








-TENGAH USHA2 MEJA PIN PON BARU-




Klinik Hidup Sihat

Hidup sihat dah sepul lepas pegi klinik ni....pasni bleh turun main futsal plak...








-HARINI MAT KEDAH SAKIT KAKI-


Sabtu, 21 April 2012

Bolton Wanderers Juara Kongkang Cup 2012

Semalam berlangsungnya Kejohanan Futsal BPI atau biasa dipanggil Kongkang Cup. Bolton Wanderers yang diwakili oleh Brader, Zul, Wan, Toki dan Amin berjaya memenangi kejuaraan yang pertama kali dibuat di Arena, Cyberjaya. Zul dianugerahkan penjaring terbanyak berkongsi kejuaraan dengan CC Puad manakala penjaga gol terbaik disandang oleh Ijad dari team Newcastle United...

KEPUTUSAN PENUH

Pusingan Pertama


 
 
 
 KEDUDUKAN LIGA



 Separuh Akhir 1

 

Separuh Akhir 2


Kedudukan Tempat ke-3 dan ke-4

 

FINAL

 

 SENARAI PENJARING

6 Gol

Zul - Bolton Wanderers
CC Puad - Sunderland

4 Gol

Wan - Bolton Wanderers
Park - Sunderland

3 Gol

Fazley - Everton
Zuan - Newcastle United
Khai - Newcastle United

2 Gol

Adi - Everton
Mat Kedah - Everton
Jadu - Sunderland
Khusairi - Newcastle United

1 Gol

Bro-Everton
Rosli - Everton
Toki - Bolton Wanderers
Amin - Bolton Wanderers
Daud - Sunderland
Leman - Newcastle United

Own Goal

Amin - Bolton Wanderers

ANALISIS PASUKAN YANG BERTANDING

JUARA

Para pemain Bolton meraikan kemenangan bersama trofi yang disponser oleh Ahmad Kamal Sanusi...Brader xde dalam gambar sbb dia dah balik dulu dek kerana injured kat tangan...walaupun gagal memenangi penjaga gol terbaik, tetapi aksi brader adalah bertaraf lagend..Beliau banyak menggagalkan banyak percubaan bahaya dari pihak lawan. Pasukan Bolton gagal menunjukkan permainan yang baik pada peringkat liga, namun berjaya menebus kehampaan tersebut pada saingan semi final dan final. Mengalahkan pasukan Newcastle pada saingan semi final dengan 3-1 kemudian berjaya menewaskan pasukan Sunderland dengan keputusan 4-3 di final membolehkan Bolton menjuarai saingan Kongkang Cup 2012 dengan jayanya. Zul berjaya memenangi Anugerah Kasut Emas dengan jaringan 6 Gol...Menduduki Tempat Ke-3 liga tapi berjaya menjadi Juara Kejohanan Kongkang Cup 2012.

 NAIB JUARA
 
 Hanya 2 orang je yang sudi bergambar yang lain dah balik dulu...Pasukan yang pada awalnya langsung tak de harapan nak masuk final, ditambah dengan pemain mereka yang datang lambat tapi mereka membuktikan sebaliknya..aksi menarik mereka di semi final berjaya membawa mereka ke final. CC Puad merupakan penjaring terbanyak pasukan iaitu dengan 6 gol..Persefahaman antara jadu, daud dan park berjaya mengucar-kacirkan pasukan lawan...game terbaik mereka adalah ketika menang di semi final dengan mengalahkan pasukan Everton 6-3...Seorang pemain mereka iaitu Daud berjaya menjaringkan gol paling cantik dalam kejohanan ini. Naib Juara Liga dan Naib Juara Kejohanan Kongkang Cup 2012 dengan mengumpul 13 jaringan gol sepanjang kejohanan ni. Merupakan pasukan yang paling banyak menjaringkan gol...

TEMPAT KE-3

 Turun selaku underdog bukan penghalang untuk mereka beraksi dengan baik. Pasukan yang diwakili oleh Bro, Mat Kedah, Rosli, Fadzley dan Adi ini, merupakan satu-satunya pasukan dimana semua pemain mereka menjaringkan gol. Aksi terbaik mereka adalah ketika mereka berjaya menewaskan pasukan Bolton Wanderers di saingan liga dengan keputusan 3-2. Fazley merupakan penjaring terbanyak pasukan dengan 3 gol. Aksi Rosli Sidek yang paling cemerlang adalah ketika membantu pasukan Everton menang dengan Bolton dimana beliau bertindak sebagai penjaga gol yang berjaya menggagalkan hampir setengah dozen percubaan tepat ke arah pintu gol. Menduduki tangga Ke-4 Liga namun berjaya mengubah kedudukan ke Tempat-3 Kejohanan Kongkang Cup 2012.

TEMPAT KE-4

 Newcastle United pada awalnya diletakkan selaku pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan ini. Dibarisi oleh pemain-pemain yang bertaraf bintang meletakkan mereka calon untuk menjadi juara. Aksi pada saingan liga membuktikan bahawa mereka layak digelar juara. Namun aksi longlai mereka di semi final, membolehkan mereka ditunjukkan jalan keluar lebih awal oleh pasukan Bolton Wanderers. Penjaga gol mereka iaitu Ijad berjaya memenangi anugerah penjaga gol terbaik untuk kejohanan kali ni. Ijad berjaya bermain untuk semua game Newcastle, dan beliau berjaya menyelamatkan beberapa percubaan bahaya dari pihak lawan telah menjadi pilihan juri untuk merangkul anugerah penjaga gol terbaik....Menjadu Juara Liga namun menduduki Tempat-4 Kejohanan Kongkang Cup 2012 setelah tewas kepada Everton..


ANUGERAH KASUT EMAS

ZUL - BOLTON WANDERERS (6 GOL)

ANUGERAH PENJAGA GOL TERBAIK

IJAT - NEWCASTLE UNITED
 
JARINGAN TERCANTIK

DAUD - SUNDERLAND

PEMAIN TERBAIK SEPANJANG KEJOHANAN

ROSLI SIDEK - EVERTON









-MENANG KALAH DAPAT MEDAL SEBAGAI KENANGAN DARI BPI-











Jumaat, 20 April 2012

Projek 24

Hello beautiful people on earth!!!
Assalamualaikum.


Okkeh entry kali nih haku ade satu usul yang baek punyerrrrr.
Ade trip pegi umrah nih dalam bulan Jun menelan kos RM4,950.00, give and take RM5,000.00 la kan.


If nak pegi untuk tahun 2013, ade mase setahun je nak kumpul duit a.k.a. 12 bulan.
RM5,000.00 / 12 bulan = RM417.00 sebulan
Agak seksa la kalau gaji ko takat tak sampai seribu.


Maka haku punye usul, kita pegi tahun 2014, so ade 24 bulan nak kumpul duit.
RM5,000.00 / 24 bulan = RM210.00 sebulan
Kire okkeh la kan nilai nih.


Kita men la cam sistem kutu/undi. Di mana, tiap2 bulan haku kutip kat korang RM210.00.
Cukup 24 bulan, setiap orang ade RM5,040.00.
Kita da bole pegi umrah tau.
Canggih tak.


Pastuh kan jangan risau, kursus umrah tuh dia akan bagi kat area Putrajaya je. Haaa besh tak.
Pastuh lagi kan kita nek MAS.
Pastuh bole wat umrah 7 kali. 7 kali umrah = 1 haji kecik.
Pastuh kita dok sane 12 hari tau.
Pastuh kita akan singgah kat Jordan untuk lawat Laut Merah.


Bayangkan kita dapat pegi Tanah Suci, beribadat kat sane.
Pahala mencurah2 tau.


Haaa korang berminat kan kan kan.
Sila kontek haku.


Maceh. :))


XOXO,
Nunud

Khamis, 19 April 2012

Derma Kilat

Kepada semua yang mengenali Kas, henpon nokia C3 dia telah mengalami kerosakan yang amat dasyat..Oleh itu, dia nak beli henpon yang baru tapi duit plak tak cukup lagi. Diminta jasa baik semua agar memberi derma untuk membolehkan beliau membeli henpon Samsung Galaxy Y yang baru berharga RM477....Sumbangan boleh disalurkan terus kat Kas...datang jumpa kas pastu bagi je kat kas....

Henpon yang dah rosak akibat masuk air...oleh itu, patut beli yang baru sebab kalau takde henpon tak boleh telepon sayang...
 Muka kas yang monyok akibat tak dapat sms sayang....bantulah dia segera...naik meroyan dah dia ni...








-BEHHH HENSETTTTT-





Ada Baruuuuu...

2 orang lagi warga BPI dah berjaya beli Bat pin pon yang baru...mereka adalah :


Toki akhirnya berjaya ada bat sendiri, dia beli kat Ajak Sport kat Presint 9, merupakan bat yang termahal diantara brader,mat kedah dan jadu yang beli dikedai yang sama


 En yunus jangan citer la, bat dia adalah yang paling mahal kat BPI...bersamaan dengan TnT sebulan Encik Baha+Mat Napi+Aizam








-TOURNAMENT PIN PON BPI SEMAKIN BERTIUP KENCANG-

Rabu, 18 April 2012

Undian Pasukan

Tadi berlangsungnya undian pasukan...Keputusannya adalah seperti berikut :

Team :Bolton Wanderers
Warna Baju : Putih
Nama Pemain :

 Toki
Ridhwan
Brader
Amin
Zul


Team : Everton
Warna Baju : Biru
Nama Pemain :

 Mat Kedah
Fadzelie
Adie
Rosli
Bro
Mat Napi



Team : Newcastle United
Warna Baju : Hitam
Nama Pemain :

 Zuan
Khusairi
E-Jad
Man
Khai
Team : Sunderland
Warna Baju : Merah
Nama Pemain :

 Jadu
CC Puad
Saiful
Park
Daud






-JUMAAT NI KITA SUMA AKAN BERENTAP-


Lelaki Yg Soleh

Kita selalu membicarakan ciri – ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini?

Semestinya tidak, kerana lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat.

lelaki yang baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yang soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah tetapkan.

Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri- cirinya?

Sebenarnya orang-orang soleh bukanlah makhluk abstrak yang sulit dikenali bentuknya. Mereka adalah manusia biasa juga, tetapi memiliki kelebihan tertentu dibandingkan manusia-manusia lainnya. Kelebihan mereka adalah dari segi keyakinan, kecaknaan, mentaliti serta amal perbuatan.

Dalam diri mereka terkumpul kebaikan-kebaikan itu,

Bahkan kita boleh mengenali mereka dari sikap dan perilaku hidupnya sehari-hari.
Lihatlah mereka dengan HATI, maka kita akan menemui tanda-tanda kebaikan mereka.
Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:

“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).

Biasanya, tanda – tanda orang yang soleh adalah:

Seseorang secara tekun dan sabar menunaikan kewajiban pokok, seperti solat 5 waktu, zakat dan puasa Ramadhan. Kemudian dia menjalankan ibadah tambahan, baik berupa solat sunat, puasa sunat serta bersedekah dijalan kebaikan.
Seseorang yang menjauhi perbuatan dosa besar, seperti membunuh, berzina, sihir, memakan harta riba, menganiaya anak yatim, derhaka kepada orang tua, dan sumpah palsu.
Seseorang yang cakna dengan keadaan sekelilingnya. Ketika disekitarnya banyak orang yang meninggalkan kewajipan, dia mengajak mereka mengerjakan kewajiban itu. Begitu pula ketika disekelilingnya banyak orang melakukan perbuatan dosa, dia mencegah agar perbuatan itu dijauhi atau dihentikan. Jika dia memiliki ilmu, dia memberi nasihat dengan perkataan atau melalui tulisan. Singkatnya, hatinya tidak tenteram ketika melihat perintah Allah diabaikan dan larangan Allah dikerjakan.
Seorang yang sentiasa bersemangat untuk menambah kebaikan, baik ilmu, keimanan dan amalan. Dia tidak merasa puas dengan kebaikan yang sudah diperoleh dan tidak merasa jenuh untuk berbuat yang lebih baik. Setiap kali kita bertemu dengannya, dia akan selalu lebih baik dari sebelumnya.
Seorang yang mendedikasikan dirinya untuk sungguh-sungguh untuk menjalankan solat tahajjud di akhir malam. Dalam solat itu dia bacakan ayat-ayat yang mampu dia hafal dari Al Qur’an. Jika boleh, hafalannya selalu bertambah dari waktu ke waktu. Namun tidak bererti jika apa yang dihafalnya, hilang kembali.

Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yang soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yang kita sukai. Tetapi ciri – ciri suami yang benar-benar akan membimbing kita meraih tujuan kebahagiaan itu hanyalah lelaki soleh. Jika pernikahan hanya untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua.

Seorang lelaki soleh tidak akan membiarkan di dalam rumahnya ada perilaku-perilaku buruk yang boleh mengundang kemurkaan Allah SWT.

Seorang lelaki soleh tidak mungkin akan berbuat zalim kepada saudara semuslim, apalagi kepada orang tua, mertua, isteri dan anak-anaknya. Tidak semua suami boleh memenuhi kewajipannya terhadap keluaraga secara adil, tetapi bagi seorang lelaki soleh, dia akan berusaha sekuat kemampuannya. Dia hanya akan berhenti berusaha jika sudah tidak ada lagi jalan yang boleh ditempuh. Jika usaha maksima telah ditempuh, tetapi hasilnya tidak memadai, dengan lapang dada dia akan meminta maaf atas kekurangan dirinya. Singkatnya, mustahil dilakukan oleh seorang lelaki soleh untuk membiarkan keluarganya menderita, bahkan terlintas dalam fikirannya pun tidak. 

Seorang lelaki soleh akan menghargai pendapat atau pandangan isterinya dan keluarganya, meskipun tidak semestinya akan selalu menurutinya.

Seorang lelaki soleh bersikap lapang dada dan memaafkan kekurangan isteri dan anak-anak beserta keluarganya. Seorang lelaki soleh tidak akan membuka aib-aib keluarganya di depan umum. Membuka aib keluarga sama dengan membuka aib diri sendiri. Seorang lelaki soleh tidak akan mengkhianati kepercayaan keluarganya. Didepan keluarganya dia baik, dan ketika jauh dari keluarganya pun, dia tetap baik.

Seorang lelaki soleh tidak takut kepada isteri atau anak-anaknya serta keluarganya, tetapi takut kepada Allah yang selalu mengawasinya. Berbeza dengan banyak lelaki yang manis di depan isteri dan mertuanya, tetapi sebaliknya ketika jauh dengan isteri. Dan yang paling utama, seorang lelaki soleh bersedia bertanggungjawab menghadapi tuntutan Allah di akhirat ketika ditanya tentang anak-anak dan isterinya.

Rasulullah bersabda“ Sesempurna keimanan seorang mukmin, ialah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik-baik kalian ialah yang paling baik kepada isteri – isterinya “. ( HR. At-Tirmidzi )

“ Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada keluarganya (isteri dan anak-anaknya ), sedang aku adalah yang paling baik kepada keluargaku “. ( HR. Ath-Tharbawi dan Al-Hakim )

Jadi pernikahan yang penuh barakah, akan terlaksana jika rumah tangga dibina bersama – sama lelaki soleh serta disempurna dengan wanita soleh

Selasa, 17 April 2012

Jawapan kepada Surat Jemputan Tournament Futsal BPI

Kepada Manager Kemut Hassan,


PER : Jawapan kepada Surat Jemputan Tournament Futsal BPI


Semuga berada dalam ceria dan sihat selalu...aku di sini selalu merindui kenangan lama mengusik jiwa (KLMJ)kita bersama...tak dpt digambarkan dgn kata-kata...terima kasih atas undangan untk Tournament Kongkang Cup...bagaimana aku nk hapuskan kenangan bersama di mana setiap kenangan yg dicipta daripada kita kosong tiada apa-apa....kemudian start perlahan-lahan kita mencipta nama Sembang Kongkang..kemudian buat Vcd Karukkkk...kemudian bermula daripada lwn team Sapura,daripada lwn LPOS,daripada lwn penalti ngn Mat Kedah,tgu jersi dari kawan Mat Kedah,main pimpong,dgn main PS2 skrin bagak,dpt pingat emas dlm PES 2010,lwn bola SPAN Fc,lwn team Sunway budak arab, sampailah ke main futsal 2org sebelah..... smue itu cukup sukar utk dilupakan...sesungguhnya hanya tuhan yg mengetahui...

Sesungguhnya bilamana  aku  melihat prasarana dan aktiviti yg dijalankan sangatlah menyentap jiwa  aku  utk dtg ke sana.... aku  agak terkilan kerana tak dpt mengecap saat-saat kegemilangan di mana Sembang Kongkang sudah semakin maju dan gagah di persada seni tanah air....hati ini terdetik rasa dengki dan jeles dek kerana zaman dulu kita tak cukup org,tak cukup brg,tak cukup duit,tak cukup kaki ..syabbas Sembang Kongkang FC atas kemajuan zaman berzaman...

Rentap Kosmo, futsal mesca dgn bola mesca lagi, tournament ukm lagi....smua itu sgt jauh untukku lagi...hati ini bukan milikmu lagi..Bukan masalah claim atau lojing atau lokcing atau tnt atau jarak yg menjadi permasalahan...tapi.....arrgghhhhhhhhhhh...korg tak paham...korg takkan paham...utk rujukan sila dgrkan lagu ini :-

1)Kau yg tak mengerti - Teja
2)Dilema Rindu - Dinamik
3)Teringin - Shima
4)Kenangan Semalam - Olan
5)Hatiku kau Guris Luka - Sweet September

Saya sudahi surat ini dgn serangkap pantun :

Buah manggis buah kuini,
dimakan brader dlm perigi,
Jangan ngejeknyepun aku di sini,
aku tk dpt join kali ni,
mlm jumaat ni Ustaz Azhar Idrus dtg ceramah sini,
niat di hati memg nk join korg skali lagi,
malula nk join nt org ckp "asyik menyibuk je budak ni",
Kemaluan ku membesar lagi,
Kalau ada tournement ajak la aku lagi....ajak r lagiiiii.....


Kerjasama dari pihak ko, pun aku dahului dengan ucapan terima kasih jgk.

Nk buat jersi Kongkang tempah ngn aku la oit.......


Sekian, terima kasih.

-Aaron Labarn-

Aaron Laban
Pemenang Artis Popular Berita Hairan
merangkap AJK Surau Kg Gaong,Tendong


- Malam jumaat malam aku berjimba-

Surat Jemputan Tournament Futsal BPI

Kepada Haron....

wei ron, turun tournament futsal sudi...ape sangat kelantan dgn cyberjaya bukan jauh pon...kalau nak lojing bleh g umah toki...jumaat ko kan cuti...hari sabtu ko balik la kelantan...kalau nak claim tnt pun ko bleh jumpa toki...kali pertama tournament kongkang buat kat cyberjaya...budak2 suma suh ko turun...kalau ko ada bran ko turun la...mat kedah dah lama dambakan ko..uncle booney selalu tanyakan ko...kitaorg selalu nampak dia termenung menantikan kehadiran ko...oleh itu, lagi bagos kalau ko balik je BPI...lagipun tempat ko dah kembali kosong...masuk balik sudi...

bulan 5 ni ada Rentap Kosmo, futsal mesca dgn bola mesca lagi, tournament ukm lagi...ni la masanya kita berlatih dengan budak2 baru...aksesori sukan kita dah semakin banyak...sembang kongkang dah semakin maju...oleh itu, ko kena balik semula ke BPI untuk sama2 memajukan sembang kongkang untuk masa depan yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang....

Kerjasama dari pihak ko, aku dahului dengan ucapan terima kasih.






Sekian, terima kasih.



Manager Kemut Hassan
PENGERUSI
PERSATUAN PENDUDUK
PEKAN NENAS, PONTIAN.






Nike Euro 2012 Kit

Salam 1 Malaysia....sempena Euro 2012 yg tinggal hanya 52 hari lagi,maka layaklah utk kita mengeluarkan sejumlah uwang utk dari poket kita utk menempah jersi yg beraneka warna dan kaler ikut negara masing-masing....err silap negara kegemaran masing-masing...pastu bolehla berlagak riak dan menunjuk-nunjuk kepada kwn-kwn dgn niat menghina dan merendahkan martabat kwn-kwn selain menambahkan dosa di buku amalan masing masing.....

Ia juga boleh dijadikan koleksi menyemakkan almari baju,boleh dipakai semasa majlis kawin,majlis pancing undi,majlis hassan akidah,Demo Mansuh PTPTN dan majlis angkat sumpah....boleh juga dijadikan hadiah kawin,pengelap lantai dan pengelap kaki bagi menganjing team lawan jika kalah.....kain gred AAA Bangkok....kalu nk ori pegi cari kat Poland...sbb kat Al-Ekhsan pun pakai made in Morocco...jgn kene tippppuuuuu..........

 france home 001
 netherland home 001
portugal home 001
Poland @ urdu home scotland

Jersi ni penting utk menunjukkan kesetiaan kita kepada negara yg kita minati....Tapi yang penting ikatan silaturahim dapat kita rapatkan. Boleh kenal dengan budak2 baru, bleh jumpa balik kawan2 lama. Sementara budak2 PRE,PSH dan Praktikal ni masih ada kita rapat-rapatkan lah ukhuwah...yg jauh kita dkatkan,yg dekat kite sengatkan.....
 Kepada yang berminat, boleh terus buat tempahan nama kat saya, Mohd Syukri 03-83217225(waktu pejabat sbb waktu cuti adalah waktu  saya berjimba dan berjimak)

Isnin, 16 April 2012

Selamat Pengantin Baru Iqbal & Sal...

Kompang dipalu pengantin malu, duduk bersanding tersipu malu....ceeewahhhh
Selamat Pengantin Baru kepada Iqbal dan Salmah..Semoga berbahagia hingga ke syurga...Ikhlas dari kami warga Sembang Kongkang...Cerita banyak2 pun tak guna sebab suma nak tengok gambar jer, bukan nak baca cerita...kalau nak baca cerita pegi perpustakaan...sekian...


 Sekitar pukul 1:00 t/hari...Kami baru sampai kat umah salmah...setelah hampir 3 jam dalam perjalanan....4 buah kereta konvoi dari Putrajaya ke Teluk Intan

 Semua tetamu yang hadir, akan menulis kedatang mereka kat papan...nanti kalau sape2 yang bujang2 yang buat majlis kawin nanti, Insyallah Iqbal ngan Salmah akan sampai....

 Memang cantik masa kitaorang sampai....Beberapa minit kemudian pengantin lelaki iaitu Encik Iqbal pun sampai...

 Dengar je kompang, Puan Salmah tak sabar-sabar keluar dari umah nak jumpa encik suami beliau...Kelihatan juga Cik Anum yang dilantik menjadi pengapit rasmi Puan Salmah

 Muka Puan Salmah yang terkejut...Dah takde malu2nya dah....Kalau dengar lagu2 pengantin mesti ada perkataan "malu"...tapi Encik Iqbal dan Puan Salmah dah takde malu2 dah depan orang ramai....

 Raja sehari....

Sama cantik sama padan....


muka Encik Iqbal dan Puan Salmah yang di close up

 Abang silat menunjukkan aksi menyilat beliau depan pengantin....Nyaris2 jadu ingin menunjukkan aksi silat beliau, nasib baik beliau berjaya ditenangkan oleh rakan-rakannya..

 Sauki, Alop dan Abe Shuk sedang memilih-milih makanan....Baju abe shuk sama dengan langsir.....

 Pasangan bahagia.....nanti turn diaorang pulak..dok peheeeeee

"Bakpo muko kas mcm tu"...ayat pertama bile kas tengok muka dia....

Muka 4 orang lapo....

Kak Noris yang muka ketat bersama anak beliau...."anak dengan mak sama jer"......atie bersama ika(supervisor yang garang)

ikin dgn aar yang makan tak abis...

Suap-menyuap....

Cik Anum amik berkat...harini jadik pengapit, besok jadik pengantin....

Warga BPI bersama pengantin baru.....Encik Baha sebelah kiri sekali yang serba belang-belang....

Bergambar kenangan di depan umah pengantin....

Aku tak sabar-sabar nak tengok Jadu, Nunud XOXO dan Anum bersanding...

 Ok...Terima kasih tuan rumah semoga pengantin baru berbahagia hendaknya.....OK jom pegi Lumut....







-LUPA PLAK AKU NAK MAKAN NASIK MINYAK SEMALAM-