Isnin, 30 Januari 2012

Latihan Badminton

Buat pertama kali, Sembang Kongkang mengadakan latihan pusat badminton bagi mencari pemain2 yang bleh menyertai skuad negara untuk kelayakan piala thomas almaklumla, negara kan dah ketandusan pemain so dengan cara ni semmbang kongkang dapat mengexport pemain ke skuad negara...muahahhahahahah..Lari sket dari matlamat perjuangan asal Sembang Kongkang utk menjadi kelab bola sepak/futsal yg disegani...Ape2 pun ni masih permulaan...berikan budak2 kongkang ni masa untuk buktikan kemampuan dorang.....Kalau korang bagus, manager kemut hassan akan carik coach utk korang sama ada foo kok keong atau pun lin dan pun bleh pun....hahahhahhaahah

Mat kedah menggunakan skin pin pon semasa bermain badminton

Gaya bob kp macam lee chong wei....cara dia lap peluh kat muka guna tangan pastu buang kat luar court...pastu cara dia mintak tukar bola, cara dia pegi kat beg reket masa nak masuk game ke-2,semuanya mcm lee chong wei...

Tapi ni jer yang slack....ade ke patot bawak but bola...apekejadahnye ni....org nak main badminton bukan nak main bola...nak main bola ajak la uncle booney...




-SATU HARI NANTI PIALA THOMAS MILIK KITA-


Ahad, 29 Januari 2012

Kongkang FC Beralih Arah

nk tersembur air teh o halia bara 3 in 1 keluaran syarikat bumiputera Yusmira Trading bilamana membuka Sembang Kongkang arini....

Ianya terjadi apabila ternyata geng sembang kongkang juga telah menukar latihan sukan futsal dan bola padang yang selama ini gagah menjulang dan mendominasi Gelanggang dan Stadium Arena dengan beralih arah kepada sukan badminton...ianya seperti revolusi ke belakang di mana langkah ke depan mundur ke belakang...

apa ni??kenapa ini terjadi??? mana perjuangan kita selama ini..?? mengapa semangat waja kita semakin luntur dan goyah bagai disiram Clorox...walhal telah banyak kejohanan,latihan,pertandingan malah liga yang kita sertai...mengapa Sembang Kongkang FC beralih sukan kepada badminton??mana pergi semua Jati Diri game EPL,La Liga,Bundesliga,Liga Arab,MSL yg kita tgk tiap2 minggu??apakah smua pemain Kongkang mahu jadi ??apakah kalau dulu idola Sembang Kongkang FC ialah mungkin Cristiano Ronaldo,Messi atau Fakri Saarani,tapi sekarang idola Kongkang ialah Lin Dan atau Foo Kok Keong atau mamat ni...............????

-LEPAS NI KONGKANG FC WAT LATIHAN KAROM PLAK -

Terima Kasih Kak Ihsan,Azim,Sharil

Terima kasih kepada Kak Ihsan, Muazim(croc) ngan sharil(clorok kapak) yang telah menamatkan perkhidmatan kat BPI..Kak Ihsan dapat tukar kat JPN Negeri Semilan dekat skek ngan umah dia...Azim ngan sharil plak dapat keje kat companny swasta...Rezeki anak2 la tu...Maknanya dah makin kurang la budak2 yang nak main futsal....huhuhuh...ape2 pun harap nnti dapat ada peganti yang bleh gantikan sharil ngan azim....ape2 pun kami doakan agar kak ihsan,azim ngan sharil berjaya kat tempat baru nnti...kalau senang2 datang la bpi....

Banyak jasa kak ihsan dengan BPI...Semoga akak berjaya kat tempat baru...Kalau ada rendang kijang jgn lupa kami kat BPI

Azim dapat offer company lama dia...Lepas ni dah xde la crock main futsal...huhuhu


Sharil xdapat datang majlis perpisahan ni sbb dia balik kedah adik dia nak kawen....Ape2 pun kami sembang kongkang mengucapkan semoga berjaya...peace




-MAKIN KURANG PLAYER KONGKANG-







Jumaat, 20 Januari 2012

Ranking Perseorangan Kongkang

KEDUDUKAN RANKING PEMAIN PERSEORANGAN BPI





-SAPE2 LAGI BUDAK KONGKANG NAK MAIN BLEH MASUK MUSIM KE-2-




Khamis, 19 Januari 2012

Keputusan Final Ping Pong Musim 1


FINAL

11-9, 6-11 , 3-11 , 12-10 , 9-11
(Bro Menang 3-2)

KEPUTUSAN KEDUDUKAN 3/4

5-11 , 7-11 , 6-11 , 4-11
(Bob KP Menang 3-1)

KEPUTUSAN KESELURUHAN KEJOHANAN PING PONG TERTUTUP KONGKANG

JUARA
Bro

NAIB JUARA
Zul

KE-3
Bob KP

KE-4
Mat Napi



-JUMPA LAGI SEASONS 2-



Keputusan Separuh Akhir

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR KEJOHANAN TERTUTUP PING PONG KONGKANG

Separuh Akhir 1

9-11 , 2-11 , 7-11
(Bro Menang 3-0)

Separuh Akhir 2

11-8 , 6-11 , 7-11 , 6-11
(Zul Menang 3-1)







-MEMANG TAHAP DEWA DORANG NI-



Rabu, 18 Januari 2012

Kursus Pengurusan Jenazah anjuran Puspanita


Tadi dapat jugak aku belajar serba sedikit tentang pengurusan jenazah...Untung jugak jadik photograper ni, walaupun ni kursus untuk pempuan(Puspanita), tapi dek kerana tugas aku amik gambar so dapat la aku masuk dikalangan wanita2....

Banyak ilmu yang aku dapat dari kursus ni...Bagaimana cara pengurusan jenazah, bagaimana adab2 ketika menguruskan jenazah semua diterangkan dalam kursus ni....Aku dapat jugak copy slide...Kalau sape2 nak donlot je kat sini.....Ape2 yang baik kita kongsi sama2 demi kesejahteraan umat Islam khasnya....





-SAMPAIKAN WALAUPUN SEPOTONG AYAT-

Akal dan nafsu

1)musyarakah

Akal dan nafsu tuhan jadikan sekali di dalam jasad seseorang manusia.manusia tak boleh tiada akal dan tak boleh tiada nafsu kerana jika hilang akal mungkin akan dilabel gila dan tiada pemikiran yang waras.manakala jika manusia tiada nafsu,maka tiadalah keinginan untuk membuat sesuatu.seperti contoh nafsu makan,nafsu tidur,nafsu pakaian dan banyak lagi...Akal sentiasa mengawasi dan mengawal nafsu untuk berfikir ke arah yang baik.

Seperti contoh akal kata ‘’nafsu,kau boleh makan tetapi hendaklah makan yang halal sahaja’’tetapi nafsu ni sentiasa degil dan suka kepada keburukan.

2)Murabahah

Akal hendaklah sentiasa mengawal nafsu setiap masa dalam hidup ini. Akibat amatlah buruk bilamana Nafsu yang mengawal akal menyebabkan kemungkaran akan berlaku. maka terjadilah kita dapat lihat sekarang manusia yg tak menutup aurat,pukul mak ayah,hisap dadah,langgar perintah Allah,tak kusyuk dlm sembahyang.

Sehari kita tak baca surat khabar atau makan nasi kita akan rasa tak sedap,tak selesa,penat..nape kita tak rasa begitu jika kita tak dgr atau baca al-quran??yg dpt bantu kita dan mencerahkan kita di dalam lubang kubur...

ini kerana nafsu bersahabat baik dan dihasut oleh musuh Allah dan musuh kita yang nyata iaitu Syaitan yang direjam.



3) Muhasabah

Setiap hari kita akan menghadapi mati iaitu sebelum kita tidur.tidur adalah separuh dari mati.jadi sebelum tidur kita hendaklah memuhasabah diri kita byk mana kesalahan yg telah kita lakukan hari ini dan hari yang lepas..kita yakin kita akan mati tetapi kita tak pernah terfikir bekalan kita utk menghadapi mati....berapa byk dosa kita yg kita buat....brapa byk Rakid dan Atid sudah mencatat buku amalan kita?dan kita kene ingat yang Allah sentiasa melihat kita.muhasabah diri kita...

Berapa byk amalan kita utk menghadapi mati utk berjumpa Allah...cukupkah bekalan kita..cukupkah amalan kita?? hisab diri kita sebelum kita dihisab...kita langsung takdek cabaran dlm mendapat agama islam..kebanyakan secara keturunan dari nenek moyang kita...kita lupa....di mana pada zaman Rasulullah dan para sahabat,berapa byk dugaan dan cabaran utk menyampaikan dan memperjuangkan Islam..dan sehingga untuk Islam sampai ke zaman kita sekarang...kenapa masih berat utk kita patuh dan taat perintah Allah sedangkan kita duduk dalam aman dan damai...

kita byk terpesona dan terlalai dgn kemewahan dan hidup di dunia...terlupa dgn nikmat yang sementara..padahala apalah sgt nk dibandingkan dgn nikmat di dunia berbanding dgn ganjaran yang dijanjikan oleh Allah di syurga..kita tahu semua ini sementara...apa yang kita nk perjuangkan di dunia ini kalau bukan kerana Islam??

yakinkah kita dpt hidup esok hari?? siapa yg dpt jamin kita dpt hidup esok hari?? kita semua ni hanya pinjaman..hatta sehelai bulu roma kita ni pun pinjaman dari Allah..jadi kita tak pyh la nk angkuh,ego,bongkak dgn dunia yg sementara ini...MAsya Allah...

knapa masih nk engkar arahan Allah sedangkan nyawa dan segala di atas muka bumi ini adalah milik-Nya...Allah dah kata kalau kau tak mahu patuh dan engkar arahanKu kau boleh berambus dari bumiKu ini...kalau masih nak melawan kat ceruk mana kita nk duduk?Planet Marikh?Planet Pluto?semua milik Allah..apa yg kita ada semua milik-Nya..

Ya Allah...aku tak layak masuk syurga Mu namun aku tak sanggup ke Neraka Mu...maka ampunkan kami Ya Allah...ampunkan kami ya Allah...Sesungguhnya hanya Kaulah pengampun dosa-dosa hamba-Mu

Ya Zal Jalal Li Wal Ikram Ya Allah Tuhan Yang miliki segala Kebesaran dan Kemuliaan

Amit Na Ala Dinil Islam Matilah kami dalam agama Islam

Tubna Ilallah kami bertaubat kepada Allah

Warajak Na Ilallah kami kembali kepada allah

Wanadimna Ala ma Faalna kami menyesal di atas segala dosa yg pernah kita lakukan

Orang Tabligh

Orang Tabligh,
Entah siapa la yg bagi nama,
Sedang kita semua adalah sama,
Umat Nabi s.a.w semuanya,
Kerja dakwah kan tanggungjawab bersama,
Nabi kita sudah tiada,
kalau kita tak buat, siapa pula,
Nak harap ustaz dan ulama'?
Yg kita ni, nak goyang kaki sahaja?

Orang Tabligh,
Lari!! Larii! Orang Tabligh datang,
Yg tadi ramai, sekelip mata je dah hilang,
Yg tadi segar bugar dah tidur terlentang,
Yg sakit kaki pun boleh terjun tingkap lari lintang pukang,
Huh! Betul la, nak ajak manusia pada Allah bukannya kerja senang.

Orang Tabligh,
Manusia biasa, ada hati,
Sedih bila diperli, sakit bila dimaki,
Bila tinggalkan rumah, rindukan famili,
Kalau nak ikutkan hati,
Memang nak duduk rumah, bergurau dengan bini,
Ajak anak main lari-lari,
Atau layan internet sampai pagi,
Tapi untuk kebahagiaan yg abadi,
Kena korban lagi dan lagi,
Hidup ni kan cuma sekali,
Kalau sekarang tak buat jyunbi (persiapan),
bila lagi?

Orang Tabligh,
Ajak keluar khuruj, bukannya tak pulang-pulang,
Yg baru dapat gaji pun kata tiada duit nak bayar hutang,
Yg tadi sihat pun tiba2 migrain pulak datang,
Yg menganggur pun buat2 sibuk bukan kepalang,
Hey, dakwah ni takat tulis dan cakap je memang la senang,
Cuba la buat, memang nak kena sabar, nak kena tenang,
Dah jadi lumrah kena ludah kat muka, pelempang dan sepak terajang,
Mengajak manusia kepada Allah bukan senang,

Orang Tabligh,
Ajak keluar 3 hari,
"I can't go....sorry!"
Yg dah kahwin tak nak berenggang dgn isteri,
Yg si isteri mati2 tak nak suami dia pergi,
Berderai2 air mata keluar mcm air pili,
"Kalau abg nak gi juga, hantar saya balik kampung esok pagi!!"
Hey, org laki mmg lemah bab air mata ni,
Si suami pun letak balik beg, tak jadik pergi,
Yg tadi josh (bersemangat) terus tak jadi pergi,
Jadi lemah seluruh sendi,
Kes2 macam ni mmg byk terjadi,
Boleh tengok dgn mata kepala sendiri,
Tapi kalau bab dunia (cth:kursus, naik pangkat),
"No prob hubby, anytime kami ready!"
Si isteri siap lambai pemergian suami dgn wajah berseri2,
Hey, of course la, nanti husband I dpt naik gaji,
Wife mana la yg tak happy,
Huh! Ini la realiti,
Bab dunia, tak payah diajak pun semua pakat2 reti,
Bab akhirat, masing2 buat tak kesah, tak ambil peduli,
Ya Allah selamatkan lah kami!

Orang Tabligh,
Rumah ke rumah,lorong ke lorong, hati ke hati, pintu ke pintu,
Jumpa semua orang tak pilih bulu,
Dari ustaz sampai la kutu,
Semua nak ditemu,
Nak diajak pada Allah Yang Satu.

Orang Tabligh,
Jalan bawak periuk belanga,
Dipandang orang takat sebelah mata,
Dituduh jahil,tinggal dunia, anak bini, perkara biasa,
Walaupun kekadang pedih juga telinga,
Terus teringat Nabi dulu2 pun kan selalu kena,
Dituduh dusta, dipanggil gila,
Itu Nabi, apatah lagi kita,
Yg banyak salah, yg banyak dosa,
Takpe2, Allah kan ada,
Yg Maha Mengetahui, yg mana intan, yg mana kaca.

Orang Tabligh,
terkadang buat gak silap, adat la manusia,
Mmg tengah nak belajar2 tiru sifat sahabat (r.anhum) yg dah terbukti berjaya, Terpancung, terlaser, sorry bukannya sengaja,
Nak dapat hikmah dalam berdakwah memang ambil masa,
Untuk itu, kena keluar lagi dan lagi la nampaknya.

Orang Tabligh,
Di mana-mana pun ada,
Di USA, Afrika, kat Israel pun ada,
Dari pencuci tandas, petani, peniaga, engineer, artis, doktor sampai la Raja,
Pelbagai adat, ragam dan keturunan dan bangsa yang berbeza,
Tapi boleh makan dalam dulang yg sama,
Bila keluar jemaah semua dilayan serupa,
Bila nak berpisah, isk2, keluar pulak air mata.

Orang Tabligh,
Usaha nak hidupkan sunnah2 Nabi,
Janggut, jubah, sugi, seluar atas buku lali,
Kalau nak diikutkan, mmg ada banyak lagi,
Kekadang tu kena juga perli,
"Kita sekarang kan zaman IT, zaman berteknologi,
"Tak main la sunnah2 ni!"
Jangan la macam tu bang, nak tak nak, kita kena juga mati,
Kang menyesal esok, siapa yg rugi?
Kan diri sendiri.

Orang tabligh,
Tidur di rumah Allah 3 hari,
Tertinggal sebutir nasi, siaplah untuk diadili,
Siap sedia untuk kena maki,
Kalau ada majlis kenduri-kendara orang tempatan,minyak, tulang, cawan bersepah tidak pula orang diperduli.

Orang Tabligh,
Malam2 menangis doa hidayat,
Fikir risau, camne nak selamatkan diri, keluarga dan umat,
Supaya di akhirat kelak semua selamat,
Orang sekarang ingat hidayat boleh senang2 dapat,
Dengan goyang kaki, tak perlu keringat,
Tak mahu pulak ziarah masyarakat,
Just busy buat ibadat,
Kalau camtu takde la kita ni "The Best Ummat".

Orang Tabligh,
"Apsal la ulama India yg jadi ikutan?"
Mmmm...kan Nabi dulu dah pesan,
Siapa saja yg bawak kebenaran,
Tak kisah la orang Arab ke bukan,
Semua kena bagi sokongan,
Yg Allah pandang bukan luaran,
Yg Allah pandang hanyalah Iman,
Bab mazhab jangan bimbang, masih sendiri punya pegangan,
So tak jadi masalah la kan?

Orang Tabligh,
Bukan nak tahta, harta, ataupun kuasa,
Atau nak berlagak macam dah ulama',
Tak jugak nak kafirkan sesiapa,
Atau sibuk2 pergi mintak derma,
Cuma nak amalkan agama yg sempurna,
Dengan korbankan diri, harta dan masa,
Nak selamatkan manusia kesemuanya,
Dari kekal di neraka atau dahi kene cop neraka,
Nak supaya Allah redha,
Masukkan kita dalam syurgaNya.

Orang Tabligh,
Ada di seluruh dunia,
naik kapal terbang pakai selipar jepun sahaja.
Ikhlas, tiada subsidi dan tiada ditaja,
Passport penuh cop pelbagai negara,
Kalau nak tau, ada yang kerja tukang kebun sahaja,
Nafkah batin macam mana?
Bende yg batin ni, kita x nampak, itulah agama.

Orang Tabligh,
Kenapa sibuk dakwah orang seluruh negeri?
keluarga, anak isteri belum betul lagi,
Nabi Nuh a.s, anak isteri tak nak ikut pergi,
kalau Nabi Nuh ikut teori tersebut, tak naik bahtera boleh jadi.
Abu Jahal bapa saudara Nabi Muhammad saw tak nak ikut cakap Nabi,
Kalau Nabi Muhammad s.a.w ikut teori macam tu, tak buat dakwahlah Nabi,
Tak sampailah Islam ke Malaysia ni.

Mulut Wangi,Hati Busuk

Hidup kita penuh persoalan...di mana depan orang dalam mulut berbau wangi....tapi dalam perut hati busuk tuhan je yang tahu...di sini kita dapat kenal dan muhasabah diri di mana kita dan siapakah diri kita....

di mana masa kita mengadap tuhan pun kita tak dapat menghilangkan ingatan kita untuk dunia ...padahal tuhan tak pernah lupakan kita...mati pun tak pernah lupakn kita....


- Kenapa ramai kejar yg SEMENTARA,tapi tak ramai yg kisahkan yg KEKAL -

Selasa, 17 Januari 2012

Keputusan Peringkat Suku Akhir

KEPUTUSAN PERINGKAT SUKU AKHIR PERTANDINGAN PING PONG TERTUTUP PIALA KONGKANG


Suku Akhir 1

11-9 , 9-11 , 11-4 , 11-9
(Bro Menang 3-1)

Suku Akhir 2

11-2 , 11-8 , 11-9
(Bob KP Menang 3-0)

Suku Akhir 3

11-8 , 11-7 , 11-6
(Zul Menang 3-0)

Suku Akhir 4

9-11 , 11-6 , 7-11 , 11-7 , 12-10
(Mat Napi Menang 3-2)



-MEMEY PERTANDINGAN YG SUPER SENGIT-



Kedudukan Liga





-PUSINGAN SUKU AKHIR BERMULA BESOK-

Isnin, 16 Januari 2012

Keputusan Penuh Peringkat Kumpulan

Keputusan penuh peringkat kumpulan Pertandingan Ping Pong Tertutup Kongkang yang berlangsung semalam dan siang tadi........

KUMPULAN A

11-6 , 9-11 , 11-9 , 9-11, 9-11
(Abe Din Menang 3-2)

Brader Tarik Diri
(Bro Menang Percuma)

8-11 , 11-4 , 9-11 , 8-11
(Toki Menang 3-1)

5-11 , 3-11 , 6-11
(Bro Menang 3-0)

11-4 , 4-11 , 7-11 , 11-8 , 11-3
(Abe Din Menang 3-2)

11-7 , 9-11 , 6-11 , 1-11
(Bro Menang 3-1)

KUMPULAN B

9-11 , 2-11 , 13-11 , 8-11
(Mat Kedah Menang 3-1)

11-9 , 17-15 , 6-11 , 11-5
(Mat Napi Menang 3-1)

9-11 , 10-12 , 8-11
(Mat Napi Menang 3-0)

6-11 , 8-11 , 11-13
(Sepul Menang 3-0)

En. Husin tarik diri
(Mat Napi Menang Percuma)

3-11 , 11-9 , 11-8 , 8-11 , 11-6
(Mat Kedah Menang 3-2)

KUMPULAN C

11-5 , 9-11 , 13-11 , 5-11 , 9-11
(Bob KP Menang 3-2)

8-11 , 6-11 , 3-11
(Zul Menang 3-0)

6-11 , 11-9 , 9-11 , 11-9 , 9-11
(Bob KP Menang 3-2)

7-11 , 12-10 , 8-11 , 11-7 , 6-11
(Zul Menang 3-2)

6-11 , 11-6 , 15-13 , 6-11 , 8-11
(Acit Menang 3-2)

11-5 , 8-11 , 11-7 , 12-14 , 11-9
(Bob KP Menang 3-2)




-HABIS PUSINGAN PERTAMA BESOK SAMBUNG PUSINGAN KE-2-



Selamat Bertugas Di Tempat Baru

Jumaat lepas kitaorang dapat makan free sbb Badan kebajikan BPI ada buat jamuan perpisahan untuk 6 orang pegawai yang akan bertukar ke tempat keje baru..Tapi yang hadir cuma 5 orang je, sorang lagi ustaz hashim fahmi xdapat hadir.....Mereka yang hadir adalah

Ustaz Fauzi bertukar ke JPN selangor kot....(lupa plak haku...muahahahah)

Ustaz Saiful tukar sekolah kat nismilan...jadik pengetuo

Ustaz Yusof balik ganu.....kampung halaman...pon jadik pengetua

Ustaz Zahidi tukar ke JPN Kedah Darul Aman..Kampung Mat Kedah

Dr Jalil pun balik kampung...pahang

Sembang Kongkang mengucapkan selamat bertugas di tempat baru....Semoga mereka terus memartabatkan pendidikan di negara kita..............perjuangan blum settle





-PAS NI TURN KAK IHSAN PLAK-

Sabtu, 14 Januari 2012

Kongkang di Hari Jumaat

Aktiviti Geng Sembang Kongkang di hari jumaat

Pukul 12:15 t/hari - main ping pong

Pukul 1:15 ptg - pegi mesjid dengkil solat jumaat

Pukul 2:00 ptg - pegi al-Padiyah makan mee goreng basah,roti banjir,tosay,roti pisang,nasik goreng kampung dll

Pukul 2:40 ptg - balik opis sambung balik main ping pong sbb katanya ada masa lagi 5 minit sebelum sambung keje balik






-SETIAP JUMAAT POM SAMA JER-