Rabu, 30 Jun 2010

Kongkang Cup PS 2 - Season 1

Menyorot kepada kenangan Kongkang Cup Season 1 dahulu yg pernah diadakan di ofis Sembang Kongkang ini....ramai yg telah mencuba nasib dgn mempertaruhkan Pasukan Kelab Masing-Masing........ini jam gua yg akan memenangi hadiah yg dipertandingkan (pasal wa munya CC,wa punya PS dan wa yg paling Terror...hahahhaa)
jadi gua selaku Editor Sembang Kongkang aka Tuan Punya PS dgn harapan tinggi dan cerah untuk merangkul kejuaraan memandangkan semua budak2 Kongkang yg lain semuanya "Buta PS"....hahahah...........(Gelak Riak Haloba)

semua mencuba nasib utk memperjuangkan kelab masing masing utk merebut kemenangan....(yg menang tetap gua nanti....hahahahha)

harun cuba mencuri taktik dari kawan-kawan

wajah sugul selepas kekalahan

Yang gua tak percaya dan tak puas hati nya,gua selaku Tuan Punyo CC,Tuan punya PS , Penganjur dan Yg Paling hebat tapi gua telah dikalahkan malah gua telah kempunan utk memenangi ape-ape piala atau medal atau gelaran yg menyebabkan gua sangat marah hingga darah tinggi gua naik!!!!!berikut adalah Dua finalis akhir yg bernasib baik tak jumpe gua di peringkat Kumpulan mahupun Second Round iaitu Iqbal dgn Arsenal dan Haron dgn Barcelona nya...gua pun tak tau nape gua kalah....misti ada yg memandrom kan gua hingga gua kalah wooooo.........chilaka punya malayuuuu!!!!!!!!!

next tournament gua akan haramkan mereka berdua join lagi........!!!!!!!!

juara milik haron dgn barcelona nya.........dan di sini gua selaku tokey CC dan Tuan PS mengistiharkan yg gua tak pernah kenal sape sape yg bernama Linda Martopo.........eh silap itu Dialog dalam kL menjerit 1...gua istiharkan utk mengharamkan ini haron utk menjoin ape ape aktiviti PS yg gua anjurkan...bikin rosak gua punye bisnes jek....kalau tak gua dah rangkul juara kalau takda ini org......

Sabtu, 26 Jun 2010

Kongkang Cup PS2 - Season 2 bermula

KEJUARAAN KONGKANG PES CHAMPIONSHIP SEASONS 2

Setelah tamat seasons 1, Kongkang PES Championship kembali lagi untuk musim ke-2..Jika musim pertama penganjur menggunakan tema UEFA Champion League dimana pasukan-pasukan yang dipilih adalah dari kalangan pasukan champion league, untuk musim ke-2 pula, World Cup dipilih sebagai tema. Ini bermakna pasukan-pasukan yang bertanding adalah dipilih dari pasukan yang layak ke Afrika Selatan...Di bawah adalah senarai pemain dan juga format pertandingan

SENARAI PEMAIN MENGIKUT KUMPULAN

GROUP A

Kumpulan ini dibarisi oleh naib juara seasons 1 Iqbal dan juga Bro semi finalist musim pertama. Amin yang turun sebagai underdog akan cuba memberi saingan kepada mereka berdua yang memiliki reputasi hebat digelanggang. Sukar untuk meramalkan siapa yang akan mara ke peringkat kalah mati kerana masing2 mempunyai kekuatan dan kelemahan yang seimbang..Pemain yg kurang melakukan kesilapan akan menang...peluang terbuka untuk mana2 pemain ke suku akhir

Ramalan Encik Editor SK : Iqbal dan Bro

GROUP B


Nyata ketiga-tiga pemain ini mempunyai peluang yang seimbang untuk mara lebih jauh. Jadu pemain yang sedang meningkat naik dijangka akan merencanakan sesuatu untuk layak ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah pembabitan beliau dalam PES2010. Disaingi oleh Zul yang dianggap pesaing terdekat Jadu juga mempunyai harapan ke suku akhir. Tidak boleh lupakan peluang hafiz yg merupakan pakar sepakan penalti. Peluang masing-masing untuk mara ke suku akhir adalah 50-50. Menanti mereka di suku akhir adalah juara dan naib juara dari kumpulan A...

Ramalam Encik Editor SK : Jadu dan Zul

GROUP C

Mengikut perkiraan di atas kertas, Daud dianggap pilihan kerana kehebatan beliau mara hingga peringkat suku akhir musim lepas. Beliau juga dirasakan mudah untuk melepasi peringkat kumpulan untuk kerana saingan daud adalah pemain2 yg gagal pada musim lalu. Namun kebangkitan Alop dan Toki sejak akhir-akhir ini sedikit sebanyak boleh menyekat daud..Kehadiran Farid yang dianggap the giant killer boleh memusnahkan impian semua pemain...

Ramalan Encik Editor SK : Daud dan Alop

GROUP D

Kumpulan maut..Dibarisi oleh juara musim pertama iaitu Haron, Saiful semi finalist musim pertama serta Park dan Hazrin yang layak hingga ke suku akhir pada musim pertama. Saiful mungkin boleh membalas dendam di atas kekalahan beliau ditangan Haron di peringkat separuh akhir musim pertama. Kekentalan dan kebolehan Park mengawal perlawanan tidak boleh dipertikaikan lagi. Hazrin juga boleh digelar pembunuh dalam senyap yang boleh menghancurkan impian pemain-pemain lain.

Ramalan Encik Editor SK : Haron dan Saiful


PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN

1. Iqbal vs Bro
2. Zul vs Hafiz
3. Alop vs Daud
4. Farid vs Toki
5. Saiful vs Park
6. Haron vs Hazrin
7. Amin vs Iqbal
8. Jadu vs Zul
9. Daud vs Farid
10. Toki vs Alop
11. Haron vs Park
12. Saiful vs Hazrin
13. Bro vs Amin
14. Hafiz vs Jadu
15. Alop vs Farid
16. Daud vs Toki
17. Haron vs Saiful
18. Park vs Hazrin


PERLAWANAN PERINGKAT SUKU AKHIR

19. Juara Kumpulan A vs Naib Juara Kumpulan B
20. Juara Kumpulan C vs Naib Juara Kumpulan D
21. Juara Kumpulan B vs Naib Juara Kumpulan A
22. Juara Kumpulan D vs Naib Juara Kumpulan C


PERLAWANAN PERINGKAT SEPARUH AKHIR

23. MENANG 19 vs MENANG 20
24. MENANG 21 vs MENANG 22


PERLAWANAN TEMPAT KE-3

25. KALAH 23 vs KALAH 24


FINAL

26. MENANG 23 vs MENANG 24




Yang menganjur


Encik Editor Sembang Kongkang

Isnin, 14 Jun 2010

malaysia is very good

Saya tulis ini blog langsung dari lintas dari Malaysia ke Bangladesh..nama saya Awal..saya bukan tiru Awal Ashaari tapi dia tiru saya juga...arap org umah saya , Letchumi dpt baca blog ini juga..saya dtg sini kapal naik.dlm kontrak dpt kerja shopping complex tapi saya tipu juga kena jadi cleaner...saya suka ini Malaysia...Malaysia good...people are good..saya sukung 1 Malaysia....saya ada lambang 1 Malaysia..tapi kat Bangla not good..takda pun slogan 1 Bangla...Bangla not good...
Sini gadis banyak mari...misti mari...gadis sama adik manis very good...saya kira jika isteri saya tara tau saya kirja sini juga saya mau kawin juga sini...gadis sama adik manis very good...blakang kalu isteri saya dekat itu bangladesh tau saya menggatal sini die sudah bedal saya sama itu penguli gandum kerana itu org umah bikin capati juga....nanti die bedal saya, saya jadi not good...
sini saya tara mkn capati tapi makan kuih akok...kuih akok good...saya juga sokong 1 Akok sama juga sokong 1 Malaysia...blakang budak2 malaysia manyak kaya...saya mlm itu pergi MMU kutip itu mother board jual duit masyuk juga...blakang duit itu kasi antar sama Bangladesh sama bini saya beli gandum bikin capati...Malaysia so good..terima kasih pada krew kongkang sembang bagi peluang saya blog tulis juga...Sembang Kongkang very good



Yang Good ,


Awal Cleaning Service

Selamat Datang Piala Dunia 2010

Piala Dunia yg dtg 4 tahun sekali menghimpunkan juara juara bola sepak beraksi merebut piala agung iaitu dikenali sebagai piala Dunia, world cup,kiribi kiribi bubu (bahasa urdu) dan byk lagi...tahun ini menggunakan Jabulani,bola yg byk mendapat kritikan dari penjaga gol kerana sukar dikekang dan dijangka pergerakannya..

Piala dunia tahun ini diadakan di Afrika Selatan sbagai tuan rumah dan semangat Bafana bafana akan menusuk ke jiwa pemai2 afrika utk menebus maruah mereka sbagai Tuan Rumah sekurang kurang nya Juara Kumpulan ..sebanyak 32 pasukan akan bertarung membuktikan kehebatan mereka...tahniah kami serahkan wat wakil Malaysia iaitu En Subkhidin sebagai wakil Malaysia ke afrika sebagai pengadil ke 4....

Sekarang tiba musim manusia dgn simptom2 seperti tidur berdiri di opis, laki bini bergadoh berebut remote astro utk berebut channel tv , bini mengigaukan pemain2 bolasepak yg kacak luar negara,laki bini takdek masa utk bersama dan byk lagi........
Pada tahun ini,pemain2 berstatus bintang dijangka meledakkan utk membantu begara masing masing..tak sabar utk menyaksikan pemain2 bintang melanyak bola Jabulani..semoga tak terjadi kejadian seperti pergaduhan di padang oleh Legenda Zinadine Zidane dgn Materazzi dan musim kali ini diharap agar bebas dari kejadian2 rasuah,bookie dan penjualan permainan...kami mahukan sukan yg Fair Play dan Best Man Win

Belanda dgn Robin van Persie


England dgn Wayne Rooney
Argentina dgn Lionel Messi

Spain dgn David Villa

Brazil dgn Kaka
Portugal dgn Ronaldonya

Jumaat, 11 Jun 2010

munajat cinta

tuhan kirimkan lah aku,
kekasih yg baik hati,
yang mencintai aku,
apa ada nya..............


Di sini pihak Sembang Kongkang ingin mengucapkan Selamat Bercinta kepada budak budak BPI yg sedang hangat bercinta...jangan hanyut dan lemas dalam dakapan cinta..bercintalah kerana Allah nescaya hubungan kita akan diberkati dan dirahmati...cintai itu indah dan cintailah cinta anda dgn sempurna.......Maksud hadith : Dinikahi seseorang wanita kerana empat perkara : kerana hartanya , keturunannya , kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yg beragama, nescaya engkau akan beroleh keuntungan (Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Sama sama kita doakan kebahagian mereka yg sedang bercinta dan kekal ke jinjang pelamin...bukan Flat jinjang , Kepong...dan kepada yg mendirikan rumah tangga sama sama juga kita doakan kebahagiaan dan rahmat sentiasa bersama mereka dan dimurahkan rezeki..Muafakat membawa berkat....amin

Selasa, 8 Jun 2010

Semoga Cepat Sembuh

Petang tadi, encik editor sembang kongkang telah melawat salah seorang ahli tegar sembang kongkang iaitu encik kama di hospital putrajaya....Semalam encik kama telah dimasukkan ke hospital setelah mengadu dgn jadu pening kepala seperti nak pitam...Setelah diperiksa dan doktor telah mengesahkan beliau telah mengidap penyakit kencing manis....Semasa encik editor sampai ke katil encik kama, kelihatan encik kama agak sayu2, maybe teringatkan pajero beliau di opis dan juga keluarga beliau di kampung....Menurut encik kama lagi, sejak semalam dah 12 botol insulin telah dimasukkan ke dalam badan encik kama untuk menurunkan kadar gula dalam darah....Kami di sembang kongkang mengucapkan semoga encik kama cepat sembuh..Lepas ni control sikit makan, jangan makan manis2...tau la org kelantan suka manis2....tak elok makan benda manis byk sangat....nanti gigi cepat rosak, kata cikgu tadika encik editor


encik kama cerita yg beliau bermimpi yang bukan-bukan tentang kaki beliau....takut kena gerudi dgn doktor


kaki beliau yang luka ditampal dan dirawat oleh doktor....

encik kama rindu ngan bonda tercinta (cc pet), abg long(encik ekk), abg ngah (mat napi) , adik bongsu (aizam lamin)


Ahad, 6 Jun 2010

Haron dah kawin???

Ye...memang betol haron dah kawin....Kepada peminat-peminat sembang kongkang semua, berita terbaru dan terhangat dari kepulauan sungai buloh...Haron the kongkang boys telah pun selamat menikah dengan gadis pilihan dia iaitu pn norhaslina di kediaman pengantin perempuan kat sungai buloh..hai, bertambah la lagi menantu ustaz rashid..Selamat pengantin baru kami sembang kongkang ucapkan kepada beliau..Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat....Ron, minggu depan main futsal, jangan nak balik cepat plak....

Banner ni menunjukkan yang kami memang ada kat umah pengantin...so betul la ni

Haron segak mengenakan pakaian kaler ungu....spek mata dia x penah tinggal...dia tau kali ni ramai orang amik gambar dia, so spek mata itam mesti ada

haron sempat bincang taktik ngan bini dia...bincang taktik ape tu ron???


minggu depan haron akan menepati masa bila time balik dah sampai


ni la dia orang rumah haron....puan, benarkan haron main futsal seminggu sekali??


pengapit pengantin perempuan tu adik-beradik pengantin perempuan ke???


warga bpi yg hadir...cik siti pon ada walaupun dia dah pindah tapi dia masih ingat kat haron...

posing mengalahkan pengantin

Encik editor sembang kongkang memberikan haron cuti selama seminggu...so selama seminggu haron tak dapat berkarya dalam ruangan sembang kongkang...ape2 pun sekali lagi tahniah kepada encik haron......



Selasa, 1 Jun 2010

Awang ngan Mek

Sape yg suka bergosip????mengikut undian kongkang 57% bersetuju menyatakan yang lelaki paling suka bergosip dan 43% mengatakan perempuan yg suka bergosip.....betul ke undian ni???



Unik...ada unsur2 tempatan...



Dukun T.K - Makjun Kuat Salasa

Hai Ubat Hai Ubat Mari Beli Ubat


Tersebutlah kisah pada Zaman sekarang terdapat pelbagai jenis ubat ubatan di pasaran….ada yg untuk selera makan,selera mandi, selera bini , selera kerja dan selerakkan rumah….mcm mcm jenis nama dan jenis dari Ari Ahad sampaile ke Malam Jumaat….adakah hidup kite bergantung pada Pil atau ubat….di manakan kekuatan badan kita yg asal? Kenapa perlu ada Supplement dlm badan kita?ape yg dicampurkan dlm ubat tu smpai kite percaya yg ubt tu dpt menambahkan tenaga dan meningkatkan Adrenaline dan kadar metabolism Manusia?dinyatakan di luar kotak Herba terpilih,akar kayu,tongkat ali tapi realitinya adakah benar dipakai Akar2 terpilih…ntah ntah Umbut kelapa dikata Akar dan herba2 hebat???


inikah Tongkat Ali yg dikatakannya??

ramuan yg dicetus oleh Dukun T.K yg sgt berkualiti

Tak ketinggalan di Sudut Opis Sembang Kongkang juga ada yg mengaku diri nya Dukun utk mengubat sakit2 badan atau sampai ke dalam Hubungan suami isteri(Dukun ke Sukun tak taula….)Dinyatakan olehnya yg ubatnye yg Dikenali sebagai Makjun Kuat Salasa yg sedang meningkat naik di pasaran ubat tempatan(katanya jugalah………)

sengal sengal otak jika tiada Makjun Kuat itu

inilah pengasas Makjun Kuat Salasa, Dukun T.K

Makjun Kuat Salasa ini sesuai untuk jika Sengal – sengal otot, sengal otak , Ubat Pengasih, Cari Jodoh, Cari Gigi , Cari Hutang dan Cari Pasal(katanya lagi dgn angkuh,takbur dan riak penuh di dada)…….Kalau ada yg berminat sila hubungi Dukun Kamal..Beliau juga menyediakan Pakej Kamera untuk majlis Perkahwinan sekali…Selain itu, jika nk pakai Pengapit Pengantin beliau ada menyediakan Pakej menjadai pengapit..Beliau juga sedia menjadi Jurusilat,juru acara dan sampai ke jurunikah dlm sesuatu majlis…