Setelah berjaya menjadi juara Piala Kongkang untuk 2 musim berturut-turut, pihak pengurusan Sembang Kongkang telah bersetuju berbelanja besar untuk musim yang akan datang. Untuk memantapkan lagi pasukan, Sembang Kongkang telah membeli To'ki dari Urdu FC dengan yuran perpindahan mencecah RM 88 juta. Kehebatan to'ki di padang dan aksinya yang memukau membuatkan pihak pengurusan bersetuju untuk menggunakan khidmat beliau bagi memantapkan jentera serangan. Juru cakap agen kepada To'ki berkata, To'ki dah lama berminat untuk menyarung jersey Sembang Kongkang tetapi dek kerana masalah dengan majikan lama menyebabkan beliau menangguhkan hasrat beliau. Pergaduhan besar antara To'ki dgn manager Urdu FC menguatkan lagi perpindahan paling sensasi untuk musim ini. To'ki tak puas hati dengan manager lama kerana manager tu tidak membenarkan To'ki menyanyikan lagu hampa tetapi berlainan pula dengan manager Sembang Kongkang yang memberikan To'ki kebebasan untuk menyanyikan ape2 lagu yang dia suka asalkan To'ki bahagia. Diharap To'ki dapat meningkatkan lagi kedudukan Sembang Kongkang supaya tahap kekongkangan berada di tahap yang paling tinggi.
Isnin, 30 November 2009
Khamis, 19 November 2009
Kita Juara Lagi....
at
Khamis, November 19, 2009
DiSembangkan oleh
SembangKongkang

Kongkang Cup Season 2 baru sahaja melabuhkan tirainya. Tidak terjangka Sembang Kongkang A berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim pertama selepas berjaya menumbangkan pasukan Ape2 Je La dalam perlawanan yang cukup dramatik dan mendebarkan.Perlawanan akhir yang berlangsung dalam suasana yang cukup tegang menyaksikan pasukan Sembang Kongkang A ketinggalan 2-0 pada awal perlawanan. Pasukan Ape2 Je La nyaris2 melakukan kejutan terbesar dalam sejarah Piala Kongkang namun dengan pengalaman dan ketenangan pemain2 Sembang Kongkang A, mereka berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 sebelum penentuan sepakan penalti dijalankan. Pada penentuan sepakan penalti, penjaga gol Sembang Kongkang A iaitu Brader berjaya menyelamatkan 2 sepakan penalti pasukan Ape2 Je La menjadikan Sembang Kongkang A berjaya mengalahkan Ape2 Je La dengan keputusan 5-4.
KEPUTUSAN PENUH KONGKANG CUP MUSIM KE-2
Peringkat Kumpulan
Perlawanan 2 Wulta FC vs Sembang Kongkang B 3-1
Perlawanan 3 Ape2 Je La vs Wulta FC 1-0
Perlawanan 4 Sembang Kongkang B vs Sembang Kongkang A 1-3
Perlawanan 5 Sembang Kongkang A vs Wulta FC 3-1
Perlawanan 6 Ape2 Je La vs Sembang Kongkang B 1-1
Kedudukan Dalam Liga
1. Sembang Kongkang A
2. Ape2 Je La
3. Wulta FC
4. Sembang Kongkang B
Penentuan Ke-3 Sembang Kongkang B vs Wulta FC 4-2
Perlawanan Akhir Sembang Kongkang A vs Ape2 Je La 2-2
(Sembang Kongkang A menang penalti 5-4)
Penentuan tempat ke-3 dan ke-4 yang dimenangi dengan bergaya oleh pasukan Sembang Kongkang B dengan keputusan 4-2
Final Kongkang Cup Musim ke-2
Cap pertama cc puad bersama Sembang Kongkang B
President Sembang Kongkang berjaya mengongkangkan suasana dengan skill terbang beliau.
Tak percaya dengan kekalahan yang amat memalukan, pasukan Wulta FC merangkak beramai-ramai dan tak sanggup menunjukkan muka akibat malu yang tak terhingga.
Semakin hilang kewarasan dek kerana tidak boleh menerima kekalahan yang memalukan
Tunggu la musim ke-3 nanti
KAMI JUARA LAGI!!!!!!!!
Perlawanan Akhir Sembang Kongkang A vs Ape2 Je La 2-2
(Sembang Kongkang A menang penalti 5-4)
Sabtu, 14 November 2009
Kongkang Cup Kembali Lagi
at
Sabtu, November 14, 2009
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
TARIKH : 20 NOVEMBER 2009
TEMPAT : ACTIVE FUTSAL, BANGI
MASA : 8 mlm – 10 mlm
BAYARAN : KITA KIRA KAT SANA
Korang ingin jadi seperti mereka di atas??Apakata korang join Kongkang Cup Season 2. Menjanjikan lebih banyak aksi dan skill yang hebat. Adakah Sembang Kongkang akan berjaya mempertahankan kejuaraan yang dimenangi mereka pada Season 1??Adakah team Dayod FC akan hadir dengan wajah baru??Nak tau jwpnya kena la join Kongkang Cup Season 2. Apa tunggu lagi, hantar senarai nama pemain pasukan anda kita tengok team mana yang akan bergelar juara nanti….Kita jumpa di sana!!!!
Ahad, 8 November 2009
Mesca-Bola Sepak
at
Ahad, November 08, 2009
DiSembangkan oleh
SembangKongkang
Setelah berakhirnya acara sepak takraw dan bola tampar. Kini tiba pula acara yang ditunggu-tunggu selama ini. Acara yang menjadi tumpuan iaitu bola sepak 9 sebelah. Menghantar 2 pasukan seperti juga sepak takraw, pasukan kali ni dibarisi dengan gandingan muka lama dan baru mengharapkan untuk melakukan upset ke atas team yang dilihat pilihan di atas kertas.
kapten team BPI B bersiap-siap memakai but yang ditaja oleh HEURO
Mengikat tali but seperti menganyam tikar mengkuang
Muka kelihatan risau dek kerana terkenangkan kew-8 yang tak siap-siap.
Nama ada atas kertas tapi acit tak main pun sebaliknya dia jual pisang.
Team BPI A
Team BPI B
Perlawanan pertama team BPI adalah diantara BPI B dan team Tajaan. Untuk pengetahuan, team Tajaan adalah team pilihan. Manakala team BPI B adalah team belasahan. Namun kami turun dengan tekad dan azam untuk melakukan sesuatu yang agak mustahil untuk dilakukan. Akhirnya dengan sokongan kelab penyokong BPI dan strategi 8-1-0 kami akhirnya berjaya seri dengan team Tajaan. Kami berjaya membengangkan diaorg kerana strategi mengumpulkan 8 pemain dalam kawasan penjaga gol berjaya menghalang team Tajaan menjaringkan gol. Walaupun keputusan seri tapi kami sudah kira mcm satu kemenangan besar. Kemenangan yang cukup bermakna....ha3
BPI B lawan Tajaan. Penjaga gol Tajaan tak sentuh bola langsung kerana bola selalu ada kat kawasan BPI B.
Setelah Team B berjaya melakukan upset, kali ni tiba pula giliran Team A menunjukkan taringnya. Leka dengan perasaan ingin menang akhirnya Team BPI A tewas dengan jaringan 2-0 oleh BSSK. Kurang tumpuan dibahagian pertahanan menyebabkan penyerang BSSK berjaya mencuri peluang.
BPI A menentang BSSK
Keputusan keseluruhan perlawanan BPI A dan BPI B
Perlawanan 1 : BPI A vs BSSK 0-2
Perlawanan 2 : BPI A vs Pembangunan 0-2
Perlawanan 3 : BPI A vs MPM 0-0
Perlawanan 4 : BPI A vs Kopentensi 0-1
Perlawanan 1 : BPI B vs Tajaan 0-0
Perlawanan 2 : BPI B vs ITNM 0-1
Perlawanan 3 : BPI B vs SBPSK 0-2
Walaupun tak layak ke peringkat suku akhir, tapi kami berpuas hati dengan permainan kami. Penyertaan kami bukan sekadar pelengkap jadual tetapi kami adalah pengacau kumpulan. Berjaya memusnahkan impian Tajaan yang sepatutnya menang menentang BPI B dan juga BPI A berjaya memusnahkan impian Kopentensi yang sepatutnya memerlukan 2-0 untuk layak ke suku akhir....
Gol keeper pekida
Senjata rahsia BPI B..Dimasukkan semasa BPI B amat-amat memerlukan khidmat beliau
Pemilik kelab berjanji akan menggugurkan semua pemain dan menggantikan pemain baru
kasut bertuah
Walaupun kita kalah tapi kita tetap TEAMMMMMM!!!!!
Perlawanan 1 : BPI A vs BSSK 0-2
Perlawanan 2 : BPI A vs Pembangunan 0-2
Perlawanan 3 : BPI A vs MPM 0-0
Perlawanan 4 : BPI A vs Kopentensi 0-1
Perlawanan 1 : BPI B vs Tajaan 0-0
Perlawanan 2 : BPI B vs ITNM 0-1
Perlawanan 3 : BPI B vs SBPSK 0-2
Walaupun tak layak ke peringkat suku akhir, tapi kami berpuas hati dengan permainan kami. Penyertaan kami bukan sekadar pelengkap jadual tetapi kami adalah pengacau kumpulan. Berjaya memusnahkan impian Tajaan yang sepatutnya menang menentang BPI B dan juga BPI A berjaya memusnahkan impian Kopentensi yang sepatutnya memerlukan 2-0 untuk layak ke suku akhir....
Terima kasih kepada semua yang terlibat. Kita jumpa lagi di Mesca tahun depan. Terima kasih juga kepada penaja jersi kami iaitu flet sri jinjang kerana sudi meminjamkan jersey kat kami. Kalau tak mungkin kami akan pakai baju badan kebajikan atau jersey kunin.......
Langgan:
Catatan (Atom)