Selasa, 25 Mei 2010

Lagu Cinta Untuk Mu

ina (bukan nama sebenar ) antara yang didamba oleh toki dalam rahsia

toki sebelum ditangkap oleh crew Sembang Kongkang


Inginku buat lagu cinta untuk mu

agar kau boleh cuba rasa perasaanku

Inginku tulis lirik lagu untukmu

agar kau boleh rasa perasaanku.................

toki ditangkap untuk membuat pengakuan cintanya

"Aku cinta padamu " kata toki dalam kemaluan yg besar

inilah antara yang dapat ditangkap oleh crew Sembang Kongkang semasa Toki menulis lagu cinta ditujukan untuk Ina.....tapi Toki malu untuk meluahkan nya hanya dalam lagu toki berani mempertaruhkan cinta nya............

Ahad, 23 Mei 2010

Selamat Tinggal Putrajaya

Minggu-minggu terakhir kami di putrajaya..Mulai 24 mei 2010 kami suma akan beroperasi di bangunan baru kat cyberjaya....So minggu ni kami suma tak buat keje sbb semua gotong-royong mengemas, membungkus dan menshret dokumen2...Memang penat giler pindah...tp nak wat camana kami yang menurut perintah.....


haron, daud dgn brader masih tak percaya opis kena pindah...tak boleh terima kenyataan kena pindah

cik syima merangkap kepada ketua bibik memberi penerangan kepada bibik2 sekalian tentang proses pembuatan bunga straw


en kama hangin je.....ape je yg dia tau...iniiii je dia tau

keadaan opis yg bersepah-sepah dek deruan angin taufan ribut utara


bersepah-sepah....semua ni nak di koyak2

daud tunjuk rajin dpn cik sue...

macha yg ada disebelah midah cuba mengurat midah

day...yennaday papadom muruku...macha ni dilantik sebagai penarik kotak sepenuh masa

jadu malu kerana dah tumbuh misai

Mengikut dari otai2 BPI, dah dekat 6 tahun BPI beroperasi kat Putrajaya. Opis lama kami akan diambil alih oleh bahagian akaun....Ape2 pun pelbagai kenangan manis dan pahit yang berlaku kat tingkat 10-11 semasa pendudukan BPI yang akan kami kenang sampai bila2.....peace


Sabtu, 22 Mei 2010

Mimpi aku

Semalam aku mimpi....mimpi best, mimpi pegi new zealand...Entah kenape aku pilih New zealand aku pun tak tau....Tapi yang penting memang best mimpi ni...hahahaha


Aku nak pegi new zealand sebab nak tengok kambing, kata aku dengan riak


Sempat aku berjumpa dengan kaum pribumi disana...konon2 macam duta malaysia ke new zealand...aku belagak dengan orang2 disana dengan mengatakan malaysia boleh...hahaha


sempat bermain dengan team all black dari new zealand....rupa-rupanya baru aku tau yg all black ni main rugbi bukan main netball....hahahaha


tapi aku pelik, kenape ada daud menyibuk dalam mimpi aku

tapi yang ni bukan mimpi.....hahahaha(ketawa belagak)




tukang mimpi

madi



Isnin, 17 Mei 2010

Jom Kita Lari

Jika pasukan Sembang Kongkang FC dan Jamin FC digelanggang futsal, kali ni tiba giliran pelari-pelari dari BPI menunjuk-nunjukkan skill masing2 di acara larian berganti-ganti Ekiden Run yang berlangsung pada hari ahad lepas bersempena dengan hari belia...Format pertandingan ini dijalankan secara berganti-ganti, dimana setiap pasukan akan diwakili seramai 5 orang pelari...

Pelari pertama akan berlari digarisan bermulaan di depan mahkamah so tak dorang ni tak payah naik bas manakala pelari-pelari yang ke2 hingga ke5 akan dibawak oleh bas ke tempat-tempat yang telah ditetapkan untuk mereka bermula....untuk mengenal mana 1 pelari pertama, ke2,ke3,ke4 dan ke5 adalah berdasarkan nombor yang mereka pakai kat baju...contohnya jika pelari pertama nombor pada baju ditulis 091 A...kalau pelari ke2 ditulis 091 B....mcm tu la seterusnya...

Posing ngan medal kejuaraan.

pasukan dari ulu bertam hilir

Setiap pelari akan berlari mengikut jarak dan laluan yang telah ditetapkan....kalau kena jalan rata ok la...yg tak larat tu kena plak naik bukit...aduiyai..menyeksa jiwa dan raga.....hu3....time training joging pusing kolam depan flet ijau je xde la lari naik bukit, ada yang pulak yg tu training pusing2 kolam tu pun jalan kaki pastu jari menekan2 henpon....ha3

Pelari petama hingga ke3 melalui jarak sejauh 3km manakala pelari ke-4 3.2km dan pelari ke5 sejauh 2.8km...jumlah setiap jarak yang perlu dilalui oleh setiap pasukan adalah 15km.....

toki yg sesat ketika berlari...tersalah laluan, dek kerana selendang yg patutnya disilangkan dibahu tetapi toki melilit dimata...

Peraturan pertandingan ni senang je, pelari pertama akan memegang selendang mengikut kategori yg ditetapkan..kalau kategori campuran kaler ijau, kalau kategori lelaki terbuka kaler itam, kalau merah plak kategori pempuan terbuka....Apabila pelari pertama dilepaskan, mereka akan berlari sambil membawa selendang(kira mcm baton la)...selendang tu akan dipass pada pelari kedua(mcm lari ganti2 pass baton) apabila pelari pertama sampai ke check point ke2....kemudian apabila pelari kedua mendapat selendang tu, pelari kedua akan berlari dan terus ke check point ke3 untuk diserahkan kepada pelari ke3...dan begitulah seterusnya...pelari ke5 akan terus berlari ke garisan penamat....nampak mcm senang tapi azabnya.....huuuuuuu

bekas atlet kebangsaan yg lama bersara

atlet yg baru meningkat naik

dapat bergambar mesra dengan Menteri Belia dan Sukan...tak ajak pon

Tapi ape2 pun kami suma enjoy dengan larian kami....Sampai garisan penamat dapat bawak balik medal ngan sijil penyertaan....Tahun depan kalau ada lagi join lagi....