Sabtu, 14 Januari 2012

Undian Ping Pong Piala Kongkang

Semalam telah diadakan undian untuk pertandingan ping pong piala kongkang...So ni la keputusannya

GROUP A

Brader
Toki
Nordin(Abe Din)
Bro

GROUP B

Saiful
Jadu
Mat Kedah
Mat Napi

Group C

Zul
Alop
Acit
Bob

Pusingan pertama dijalankan secara liga 1 pusingan. JUARA dan NAIB JUARA kumpulan serta 2 pemain dari tempat ke-3 yang terbaik akan layak ke suku akhir..






-MINGGU DEPAN START-



Khamis, 12 Januari 2012

Ping Pong Piala Kongkang

Dengan segala hormatnya Persatuan Ping Pong Sembang Kongkang akan menganjurkan pertandingan ping pong Piala President yang akan dijalankan bermula 16 sehingga 31 Januari 2012...Yuran penyertaan free(tak payah bayar ape2)...Tapi bola bawak sendiri dari rumah...Penganjur hanya sediakan bola yang selalu korang main tu...sape2 nak sponser bola amat dialu-alukan..Hadiah untuk pemenang penganjur akan sediakan...Makan minum tanggung sendiri...So sape2 budak2 kongkang yang nak main bleh tulis nama kat papan kenyataan kat meja ping pong BPI...Sekian terima kasih


Syarat dan peraturan

1. Sistem "best of 5"....Setiap set game 11....kalau 10-10 kena deuce pastu sape dapat 2 point dulu dikira pemenang untuk set tersebut..

2. Pemain yang dapat menang 3 set terdahulu dikira pemenang untuk game tu...

3. Untuk pusingan pertama, sistem liga akan dijalankan...3 point utk setiap game yang korang menang..(jadual nnti aku kuarkan)

4.Untuk pusingan ke-2 plak, sistem kalah mati akan dijalankan...

5.Undian akan dijalankan bile borang kat papan kenyataan tu dah penuh ngan nama korang...

6.Keputusan pengadil adalah muktamat.

7.Kalau nak bantah pergi la mam





-ABE DIN BGTAU DIA BLEH JADIK JUARA-




Rabu, 11 Januari 2012

Hari Inovasi BPI

Kalau KPM buat hari inovasi, BPI pun tak ketinggalan mengadakan Hari Inovasi bagi mengiktiraf warga BPI yang menunjukkan kesungguhan dan kecemerlangan dalam menjalankan tugas seharian...Majlis diadakan di Dewan Perhimpunan Aras G, Bangunan Mustapha Kamal, Cyberjaya dengan tema Warga Berinovasi Penggerak Transformasi.

Pendaftaran warga BPI pastu ada sarapan pagi...Dapat buku Indahnya Budi Pekerti masa daftar...

Acara sebelah pagi ialah ceramah Inovasi dari Dr. Raslan Ahmad, Ketua Eksekutif Yayasan Inovasi Malaysia..Beliau memberi ceramah tentang "Apa itu Inovasi" dengan cara yang cukup kreatif...Beliau berjaya menarik minat warga BPI utk tak tido bile dengar ceramah dia....

Khusyuk mendengar dengan tekun

Tema hari inovasi bpi adalah hijau...So macam2 baju kaler ijau yang kita dapat nengok..

Penceramah banyak berinteraksi dengan audien...Ni aktiviti memecahkan ice...so masing2 kena lukis gambar kawan masing2....

Lepas ceramah, rehat jap 5 minit sebelum sambung untuk acara penyampaian anugerah...Dimulakan dengan lagu Negaraku dan Ikrar inovasi

Barisan tertinggi BPI...Pengarah je tak de kerana menghadiri urusan yang lebih penting...

Ucapan perasmian dari Timbalan Pengarah Pengurusan Pendidikan Islam, Ustazah Norhayati Binti L.Isa..

Majlis penyampaian anugerah.....ada lebih kurang 20 anugerah disampaikan...

Ustazah Yusnidah juga antara pemerima anugerah

Bekas president Sembang Kongkang jugak turut menerima anugerah

Kejutan berlaku apabila Personaliti Paling Santun dimenangi oleh Kak Norisah.....Kak Norisah memang sopan santun pun, aku yang jadik jiran dia pun tau yang dia ni sopan santun (sambil tangan letak kat bahu)






-ANUGERAH JIRAN PALING SOPAN-SANTUN-

Majlis Perutusan Tahun 2012 KPM

Selasa lepas berlangsungnya Majlis Perutusan Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia yang dirasmikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Y.A.B. Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd Yassin. Haritu jugak KPM wat pameran Hari Inovasi 2012...So mcm2 la inovasi yang dipamerkan dan pelawat bleh la melihat hasil ciptaan dari cikgu-cikgu sampai la ke anak murid...BPI pom hantar wakil untuk pameran tersebut...Jgn kata ilmu sains saje yang bleh diinovasikan, pendidikan Islam pun bleh diinovasikan....

Dewan plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Barisan tertinggi Kementerian Pelajaran Malaysia

Pameran Inovasi KPM 2012

Ustaz Wan Mohd Azhar menerangkan inovasi beliau iaitu sistem cepat belajar jawi yang membantu murid2 sekolah untuk belajar jawi dgn cepat dan mudah

Ni plak inovasi khatboard iaitu sebuah alat yang memudahkan proses pembelajaran penulisan khat...Pernah mendapat beberapa anugerah melalui inovasi ini..

Ni plak tarannum interaktif iaitu penggunaan teknologi ict dalam pembelajaran bacaan Al-Quran mengikut hukum tajwid yang betul

ni plak satu lagi inovasi penggunaan ict iaitu e-perkasa(sistem permohonan murid-murid ke tingkatan 1 SMKA & KAA)...Sistem ini dibangunankan oleh seorang pelajar iaitu Muhammad Ammar Bin Muhammad Sani

Antara pencapaian yang pernah dicapai oleh Muhammad Ammar...Pernah memenangi Anugerah Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 yang disampaikan oleh DYMM dulu iaitu Tuanku Mizan Zainal Abidin

Tan Sri Muhyiddin Yassin ditemani oleh timbalannya melawat booth BPI dan booth2 yg lain...Ustaz Nurul Amali menunjukkan nama Tan Sri Muhyiddin yang ditulis dengan tulisan khat..





-INOVASI KONGKANG-