Sabtu, 11 April 2009

jangan percaya.......

Hari ni kitaorg frust gile. Mana taknya, friendly match yang dirancang sepatutnya main awal pagi tadi tiba2 cancel atas alasan yang x munasabah. Dalam kepala otak masing2 dah fikir dapat cap yang pertama almaklumla sebelum ni x pernah main bola padang, so bila dioffer main bola padang kat stadium plak tu, kami jadi excited. Tapi alangkah tersentap kelakian kami apabila dengan selamber diaorg cakap x jadi. Alasannya x cukup orang. Tapi apasal sebelum ni kata ok je. Suka2 ati diaorg je nak cancel tapi x nak beritahu awal. Dia ingat kitaorg ni amah diaorg.

Betul la orang kata tak ada rezeki. Tapi cara mereka membatalkan perlawanan langsung x mencerminkan diaorg ni sbg seorg student universiti. Ahh lantak la..Lepas ni kalau universiti oxford ke, universiti howard ke ajak main, kitaorg x nak percaya lagi. Semuanya sembang kongkang. Nasib baik ganti dengan futsal. Kira terubat la sedikit kekecewaan yang menyelubungi kami.

Lepas main futsal, kami soal siasat memba kami. Sambil soal siasat, kitaorg makan la bihun goreng yang dibawak oleh brader. Setelah disiasat rupanya memba kitaorg kenal dengan budak universiti ni masa jogging. Macam mana memba kami boleh percaya dengan orang yang baru seminit dua kenal. Hai...masalah betulla memba kami ni, cepat sangat percaya dengan orang yang baru kenal. Nasib baik bukan orang jahat. Kalau orang jahat, mesti dia dah bagi coca-cola+ajinomoto pastu bagi memba kami minum.

Kesimpulannya, janganlah percaya dengan orang yang baru kita kenal. Terutamanya perempuan. Ni paling bahaya sekali. Jangan sesekali naik kete atau ikut dengan orang yang kita baru kenal. Ada satu kes, ada seorang lelaki tua India cuba bertanyakan jalan untuk ke tempat yang hendak dia tuju kepada seorang cik kak ni. Dan dengan selamber cik kak ni naik kete lelaki yang baru seminit dia kenal dan tunjukkan tempat yang hendak lelaki ni tuju. Tapi nasib cik kak ni baik sebab lelaki india tu seorang yang baik. Tapi itu kalau nasib baik, kalau nasib tak baik macam mana??Orang zaman sekarang ni rambut sama hitam tapi hati tak pernah serupa. Kita tidak tahu niat disebalik watak seorang manusia. So berhati-hatilah jangan terlalu cepat percaya dengan sape2 pun org yang baru dikenali sebab ia akan mengundang padah jika orang itu mempunyai niat yang tak baik kepada kita........Assalamualaikum

5 ulasan:

  1. brader munApril 11, 2009

    menteri sembangkongkang sape??

    BalasPadam
  2. kau la mun menteri sembang kongkang...

    BalasPadam
  3. macam sial la....huhuhuh

    BalasPadam
  4. sapa cik kak yang tumpang kereta india tu? nak juga aku berkenalan muskil aku...tapi memang kongkang la memba hang tu...kongkang se kongkangnya

    BalasPadam
  5. x guna betul rasa mcm nak pijak2 je budak tu...

    BalasPadam