Selasa, 29 Disember 2009

Format Pentandingan

Format Kongkang Cup untuk kali ini adalah berbeza dengan pertandingan sebelumnya dimana sebanyak 6 pasukan akan berentap dalam liga satu pusingan sebelum empat pasukan teratas liga akan memasuki peringkat separuh akhir. Pasukan tangga ke 5 dan 6 liga akan berentap dalam perlawanan klasifikasi kedudukan tempat ke-5 dan ke-6. Pada peringkat separuh akhir, juara liga akan bertemu dengan pasukan ke-3 liga, manakala naib juara liga akan berentap dengan pasukan yang menduduki tangga ke-4 liga. Format kali ini lebih terbuka dimana peluang untuk pasukan-pasukan yang bersaing untuk muncul juara adalah lebih baik berbanding dengan format terdahulu. Dibawah adalah keputusan perlawanan akhir Kongkang Cup musim-musim lepas.

JUARA MUSIM PERTAMA
SEMBANG KONGKANG A
NAIB JUARA
SEMBANG KONGKANG B

JUARA MUSIM KEDUA
SEMBANG KONGKANG A
NAIB JUARA
APE2 JE LA FC

JUARA MUSIM KETIGA
DIBATALKAN
NAIB JUARA
DIBATALKAN

JUARA MUSIM KEEMPAT
?????????
NAIB JUARA
?????????

Pasukan manakah yang akan diangkat sebagai juara baru Kongkang Cup atau adakah Sembang Kongkang A akan terus mempertahankan kejuaraan mereka? Nantikan sepak mula jam 8mlm 30hb Disember 2009 di Pancarona Putrajaya...




1 ulasan: