Jumaat, 21 Januari 2011

Semoga berjaya Encik Amat @ Mikey

Hari ni hari terakhir Ahmad Latifee atau Mikey berada di BPI. Minggu depan dia akan memulakan tugas baru sebagai student KPLI J-Qaf di Maktab Perguruan Lembah Pantai. Lepas ni Mikey akan bergelar Ustaz Mikey. Sektor Khidmat Pengurusan BPI dengan inisiatif Kak Bet telah mengadakan jamuan ringkas bagi mengucapkan semoga berjaya kepada Mikey. Selama 4 bulan di BPI, Mikey belajar banyak perkara terutama sekali tentang kewangan dan dia ada juga mengucapkan terima kasih kepada semua yg membantu dan mengajar dia semasa dia ada kat BPI . Dari kami Sembang Kongkang semoga ko berjaya dalam hidup dan kalau kawin jgn lupa jemput suma warga BPI..Lepas ni dah xde lagi tukang abiskan makanan meting, dah tak de lagi tukang makan makanan pot luck yg lebih2..huhuhuhuhu..tp ape-ape hal 2 ringgit jgn lupa bayar..hahaha

Mikey rasa sedih ingin meninggalkan BPI

Jadu berkata " lepas ni aku lah juara ping pong"

Mikey memberikan sedikit ucapan perpisahan

mikey dapat hadiah dari kami semua

haroon tak boleh terima kehilangan mikey kerana lepas ni kewangan FC akan dibarisi pemain-pemain veteran

Kami sembang kongkang juga ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kat mikey sbb dia selalu belanja kami makan kat restoren fadhiyah lepas sembahyang jumaat almaklumla gaji dia RM2331 walaupun slalu menggigil tangan bile nak bayar duit main futsal RM2..Dia jugak selalu tumpangkan kami naik BLA dia pegi sembahyang jumaat. Jasamu tidak terhingga...Jutaan terima kasih dari kami sembang kongkang..

Masing-masing rasa sedih kehilangan mikey

Haron cuba meminta kasut PLKN kepunyaan mikey untuk dijadikan
sebagai tugu peringatan di BPI

Akhir kata, jangan lupakan kami...nanti dah dapat gaji cikgu datang BPI tau blanja kitaorg suma makan roti pisang ngan teh tarik kat restoren fadhiyah....hehehehehehe



2 ulasan:

  1. mikey berjaya membantu Kewangan FC menang perlawanan pertama piala super kongkang

    BalasPadam
  2. terima kasih semua...terima kasih kak bet..jasamu tetap dikenang....bak kata pepatah biar kurang beras,JGN kurang KERAS!!!!! hahah...

    BalasPadam