Rabu, 4 Mei 2011

Bila 'boss' perempuan nak tunjuk kuasa

Entry ini untuk berkongsi - di copy paste dari Akhbar Mingguan Malaysia 1 Me1.
jom layan............
............................................................................................................................................................................
BRO hakikatnya tidak pernah merasa cemburu kalau perempuan menjadi 'boss'. kalau perempuan itu hebat dari segi kerjaya dan berwibawa maka tidak salah jika menjadi ketua di mana juga.
Tetapi yang Bro berasa ialah sikap sesetengah perempuan yang menjadi 'boss' hendak tunjuk kuasanya.
disebabkan rsa dia 'boss' maka dia akan mentadbir ikut suka hatinya, orang bawah jadi mangsa buli sahaja.
Minggu in Bro hendak paparkan tiga kisah bagaimana sikap perempuan yang jadi 'boss' naik toncang atau sanggul nakin menegak pakai tudung. Tindakan mereka bukan sahaja tidak adil, malah telah masuk kategori menganiaya orang.
Kisah pertama melibatkan kawan bro yang digantung kerjaa hampir 2 minggu hanya kerana kesilapan kecil yang tidak disengajakan. Menurut kawan Bro itu, 'boss' perempuan dia itu dah lama berbulu dengan dia. Segala-galanya bukan kerana dia hendak mengambil tempat bossnya itu tetapi dia dianggap oleh rakan-rakan sekerja lebih bagus daripada bossnya dari segi pengalaman dan kehebatan bekerja.
Tetapi perempuan tahulah, hasad dengki mereka jauh lebih dasyat daripada lelaki. Maka apalagi dicarilah jalan supaya imej kawan bro tu tercalar. Mungkin Tuhan nak uji kawan Bro apabila dia melakukan satu kesilapan yang bila Bro dengar hukuman yang dikenakan keatasnya Bro gelak terguling-guling.
Bukan apa bagi Bro biasalah setiap hari dalam satu-satu pekerjaan pasti ada kesilapan kita buat, takkan dalam tempoh 365 hari kerja kita tak buat silap. "Aku pun tak fahamlah, Bro. aku buat rayuaan pun tak guna sebab 'boss' aku tu pandai bodek 'boss' atas," katanya.
Kisah kedua pula, fasal seorang 'boss' perempuan yang aniaya kaum sejenisnya, lagi sekali kerana anak buahnya itu lebih bagus daripadanya. Ketekunan kawan Bro tu kerja mendapat pujian rakan-rakan sepejabatnya, cuma mereka hairan kenapa tidak dinaikan pangkat. Kawan bro ni terpaksa kerja kerana suaminnya meninggal dunia. Dialah yang terpaksa bertungkus-lumus bagi membesarkan dua anaknya.
Tetapi malangnya 'boss' kawan Bro ni seolah-olah tidak berhati perut, bukan hendak membantu hamba Allah tu sebaliknya berusaha hendak menjejaskan periuk nasinya. Macam-macam usaha 'boss' di buat sehingga kawan bro tu kena tukar dari satu jabatan ke satu jabatan. walaupu hadapi tekanan begitu namun kawan bro tetap tabah, bukan kerana pentingkan wng ringgit tetapi demi memastikan anak-anak tidak kelaparan.
Kisah ketiga pula, fasal seorang 'boss' perempuan ni yang buli pekerja-pekerjanya. Dia sahaja boleh cuti atau lepak hujung minggu atau balik awal, anak-anak buahnya tidak boleh. Alasannya, sebab pembantu rumah tidak balik semula bekerja selepas pulang bercuti ke negara asal. Yang Bro pelikya itu soal peribadi kenapa nak menyusahkan anak-anak buah pula. Fikirlah sikit, mereka juga ada keluarga. Ada anak dan juga suami yang perlu dilayan, tak kanlah masa cuti pun kena kerja sebab nak kena ganti kerja-kerja yang sepatutnya "boss' mereka buat.

Berhenti

Kalau rasa dah tak boleh uruskan antara kerja dan rumah tangga, behenti sajalah, jangan menyusahkan orang lain!. Ketiga-tiga cerita ini Bro paparkan sebagai nasihat kepada sesetengah perempuan jangan terlalu bangga atau besar diri hanya semata-mata keran kita sudah menjadi 'boss'.
Jawatan yang disandangadalah amanah dan bukannya untuk dibanggakan apatah lagi bagi menunjukan kuasa. Bro bukan tak hormat kepada "boss-boss" perempuan, Bro tetap hormat kalau sudah ditakdirkan tetapi janganlah berlagak seolah-olah dunia mereka yang punya.
Sedarlah sehebat manapun perempuan mereka tetap perempuan yyang mempunyai seribu satu kelemahan. Contoh paling mudah, bila ras tertekan menangis juga, itu tak apa lagi, ada sesetengah tu pula terjerit-jerit dalam pejabat macam kuntilanak tak dapat jejak tanah!
Selain itu, orang ttua pesan, perempuan tinggi mana pun belajar akhirnya ke dapur juga tetapi Bro yakin zaman sekarang ni tidak ramai 'boss' perempuan yang pandai masak sebab segala urusan rumah tangga diuruskan pembantu rumah. kadangkalanak buat secawan kopi untuk suami pun malas, maklumlah 'boss' katakan.
Apapun Bro nak pesan kepada kaum perempuan, kalau hendak menjadi ketua atau 'boss' jadilah 'boss' yang benar-benar berwibawa. Jangan bertindak ikut suka hati. Memang betullah, kita tunjuk kuasa, orang bawah takut tetapi semua itu tak ada gunanya. Seorang 'boss' yang baik ialah ia dihormati dan bukan ditakuti.
Bro selalu dengar bagaimana kawan-kawan Bro buat kenduri pisang apabila 'boss' perempuan mereka kena tukar, bukan kerana sayang tetapi kerana suka sangat apabila 'boss' macam hantu raya tak bertuan dipindahkan. Janganlah sampai macam tu ya!

Kucing Jantan -Bro Tompok -

Sumber: Mingguan Malaysia 1 Mei 2011.

2 ulasan:

  1. alif ba taMei 05, 2011

    ni lah orang pempuan bile pangkat da tinggi. tak tahu nak jejak tanah. nak kate cecah awan tak jugak. terapung saja macam belon panas.

    bos sekarang suka main sumpah anak buah. takut lama lama nanti bos termakan sumpah jadi sumpah sumpah (sesumpah). baru dia tau langit tinggi ka rendah.

    BalasPadam
  2. Tak semua bos perempuan mcm Tu..
    Dah lebih 12 tahun keje, ini yg first time dpt bos yg suka mengarah Dan tunjuk pandai tp bodoh.. ada issue, anak buah kene fikir.. bila audit, anak buah kne jawab.. dtg keje semata2 bersembang, org nk balik sibuk buat keje.. anak buah kene ot tak bergaji..part paling best sekali, jgn nk mengadu kat HR, kita2 sahaja..

    BalasPadam