1. Hantu Raya - Berasal dari Tanah Melayu. Dipercayai terkorban di
dalam satu kemalangan jalan raya, sebaik saja keluar dari Pudu Raya
untuk pulang berhari raya... ... .kegemarannya mencuri kuih kuih raya.
Tempat menginapnya disyaki di balai - balai raya.
2. Hantu Langsuir - Dikenal pasti berasal dari Tanah Seberang.
Ceritanya bermula di suatu pagi raya bila seorang suri rumah sedang
memasang langsir lalu terjatuh dari tingkap, terus mati. Selepas itu,
dia selalu datang menjeguk bermain aumm cak di tepi langsir.
3. Hantu Stokin - Berasal dari kawasan perindustrian Shah Alam.
Merupakan seorang taukeh stokin yang berjaya sehingga lupa rumah
tangga. Hidupnya asyik dengan stokin. Tidur stokin, makan stokin, minum
stokin sehinggalah kawan kawan menggelarnya Hantu Stokin.
Hantu Penanggal - Seorang ibu tiri yang kejam, hobinya menanggalkan
kain anak tirinya selain kain lakinya. Dah terbiasa dia rasa seronok
pulak. Dia melebarkan hobinya dengan menanggalkan kain orang orang kampung.
Hebohlah satu kampung 'Lari..lari. .. ..Penanggal' . Bila dia melihat
sesuatu yang menarik seperti kurap, panau, dan kayap ... ..dia pun mengilai
semahunya.
4. Hantu Pocong - Berasal dari Puchong. Nama sebenarnya Amat Garpu
Bin Mat Sudu. Dia ni suka sangat menipu, senang cerita... kaki cong
le. Bila dia mati terlompat lompatlah dia, nak pergi cong orang.
Pucong! Pucong!
5. Hantu Kom-Kom - Berasal dari Hantu Komputer, macam korang yang
suka main Komputer surf internat sampai 24jam hingga tak ingat dunia
..disebabkan suka main komputer hingga mati pun depan
komputer,komputer, komputer… akhir sekali di sebutlah hantu
Kom-KOM..shortcut dari Komputer jadi ler KOM.. sahaja... samala macam
korangggg!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan