Jumaat, 16 September 2011

Open House oh Open House

Sepanjang syawal ni ramai la hartawan-hartawan, dermawan-dermawan yang makan dipinggan minum dicawan mengadakan majlis makan-makan kat umah derang atau nak lebih mudah cakap je open house...hahahahha. So minggu ni je encik editor dapat 3 jemputan open house. Tapi dek kerana hari raya sebulan, rumah encik editor pun diserang oleh rakan-rakan, so terpaksalah encik editor membatalkan kehadiran encik editor untuk 1 rumah, dapat g 2 rumah jeee...Soriiiii kat tuan rumah (kak ros)...heheheheh

open house pertama umah kak noris..Menu spesel mee kari pastu ada nasik lauk ikan asam pedas cheng(melaka mari)..pastu ada la sayur kobis goreng cheng, ada nugget cheng untuk budak2...tp encik editor belasah banyak jugak nugget tu...hahahhaa

walaupun berada dirumah orang...aktiviti joy tetap berlangsung dengan jayanya

kak noris diganggu oleh 2 orang pempuan ni...patot la lambat masak...

Nunud temagi menerangkan kepada semua orang bagaimana dia bleh menjadik kurus...


open house kedua plak kat umah kak ros...walaupun encik editor tak datang tapi wakil sembang kongkang tetap ada untuk membuat laporan. Tu hah gambar tuan rumah kat tengah2...sibuk menghidangkan juadah..

sambil buat open house, kami semua mengadakan sambutan birthday...ni la dia birthday girl...selamat hari lahir..semoga panjang umur murah rezeki.

ada cik syima mesti ada kak noris..

ni plak tuan rumah untuk open house ketiga...umah cik puan(kata abe shuk)

antara warga bpi yang datang...ini kat luar umah...menu yang dihidangkan best2 jugak...ada nasik lemak, bihun goreng, pastu ada barbeq sosage,ayam panggang, kerang bakar...sedap la...tapi paling menarik perhatian encik editor adalah kuah barbeq yang cambest je...bile encik editor tanya kat tuan umah macamana buat, tuan umah cakap "mana bleh..ni secret recipe"...tapi xpe encik editor akan tanya nnti kat opis nnti...

dari kiri anum, atie, cik sal (bakal artis), iqbal...pastu yang kanan skali ni kawan anum tapi tak tau nama...

ada cik syima mesti ada kak noris...tapi kak noris buat muka ketat....dia bawak 3-3 hero dia

Minggu depan adalah minggu terakhir syawal. Selagi x abis syawal, open house tetap ada...Dengar-dengar citer pasti cik ina n dato shuk akan mengadakan open house..so kita tunggu je la jemputan dari derang...rumah cik ina, encik editor dah dapat jemputan..Insyallah kalau xde ape2 nnti encik editor akan mari.....hehehehhehe

4 ulasan:

  1. dengarnya abe shuk nak masak nasik goreng budu

    BalasPadam
  2. angelina jolieSeptember 16, 2011

    dasar temagi semaki nyanyok .
    orang nyan .

    BalasPadam
  3. akak pun dah lama x dapat nii

    BalasPadam
  4. saya mmg x dpt lg...tringin jga..he....

    BalasPadam