Bicara Wahyu :
MALAM PERTAMA DIALAM BARZAKH...BAHAGIAKAH AKU???
MALAM PERTAMA DIALAM BARZAKH...BAHAGIAKAH AKU???
Penceramah : Ustaz Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kashim
Pensyarah FPI UKM
Mentor Imam Muda Astro Oasis
Panel Halaqah TV9
Ceramah bicara wahyu siang tadi masih lagi menyaksikan hampir 90% audien adalah dikalangan wanita....Mana tah kaum lelaki??
"INGAT MATI"
Kematian merupakan persinggahan pertama manusia di alam
akhirat. Imam al-Qurthubi berkata dalam al-Tadzkirah:
“Kematian ialah terputusnya hubungan antara roh dengan
badan, berpisahnya kaitan antara keduanya dan berpindah dari satu negeri ke
negeri yang lain.”
Yang dimaksudkan dengan kematian dalam perbahasan ini adalah
al-maut al-kubra, sedangkan al maut as shugra sebagaimana
dimaksudkan oleh para ulama, ialah tidur. Allah S.W.T. berfirman :
“Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan
(memegang) jiwa (orang) yang belum mati
di waktu tidurnya; maka Dia menahan jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya
dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditentukan.
Faktor-Faktor yang dapat mendorong kita untuk mengingati
tentang kematian :
1.
Menziarahi tanah perkuburan
Nabi Muhammad S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Ziarahilah
kubur, sesungguhnya itu akan mengingatkan kamu pada akhirat.” (Hadis riwayat
Ahmad dan Abu Daud)
2.
Menziarahi jenazah ketika
dimandikan dan melihat proses pemandiannya
3.
Mengiringi jenazah ke
kawasan perkuburan
4.
Turut serta dalam solat
jenazah
5.
Membaca Al-Quran,
terutamanya ayat-ayat yang mengingatkan kita kepada kematian dan sakaratul
maut dengan sebenar-benarnya.
6.
Merenugkan rambut uban dan
penyakit yang dideritai oleh seseorang, kerana keduanya merupakan petanda yang
dibawakan oleh malaikat maut kepada seorang hamba.
7.
Merenung tanda-tanda
peringatan yang telah disebutkan oleh Allah S.W.T. Contohnya gempa bumi,
letusan gunung berapi, banjir, tanah runtuh, tsunami dan sebagainya.
8.
Mengambil iktibar daripada
kisah-kisah kaum terdahulu ketika menghadapi kematian dan juga kaum yang
ditimpa dengan bala bencana akibat daripada kekufuran mereka.
Hikmat Mengingati Kematian
1.
Memotivasikan diri
seseorang individu untuk mempersiapkan diri sebelum terjadinya saat kematian.
2.
Mencegah diri daripada kuat
berangan-angan, kerana panjang angan-angan merupakan punca utama kelalaian.
3.
Melahirkan sikap zuhud terhadap
dunia, dan redha dengan kemewahan dunia yang telah diraih walaupun sedikit.
4.
Berperanan sebagai motivasi
untuk berbuat ketaatan
5.
Mencegah diri daripada
berlebih-lebihan dan melampaui batas dalam menikmati kelazatan dunia
6.
Memotivasikan diri
seseorang individu untuk segera bertaubat dan memperbaiki kesalahan yang telah
dilakukan dalam kehidupan seharian
7.
Mengekang kehendak dan
keinginan yang berlandaskan hawa nafsu.
8.
Menjadikan diri lebih
tawaduk dan menjauhkan diri daripada sikap sombong dan zalim
9.
Memotivasikan diri untuk
saling bermaafan antara sesame manusia.
Sumber : Pengurusan Dakwah & Syiar Islam, Bahagian
Pendidikan Islam, KPM
-INGAT MATI INGAT SAKIT INGAT SAAT KAU SULIT-
haku suke post camnih. keep it up magi.
BalasPadamhaku akan teruskan
BalasPadamDOK PEHE..
BalasPadam