Rabu, 5 September 2012

External Hardisk Tak Function

Tadi ada seorang akak mengadu kat aku yang external hardisk dia tak berfungsi seperti selalu. Aku test kat usb pc aku dan aku dapati tiada bunyi disk berpusing dan tiada lampu menyala pada external hardisk tersebut.

External hardisk jenis Imation

PUNCA HARDISK TAK FUNGSI : 
setelah dibuka casing external hardisk tersebut, aku dapati yang usb connector pada papan litar extrernal hardisk tersebut dah tercabut. Aku agak yang external hardisk ni selalu dipasang, dicabut usb wire dia tu yang lama2 tertanggal usb connector dia.. 


CARA NAK SETTLE :

1. Cara Jangka Panjang :

Beli je casing Sata yang baru....harga dalam lingkungan RM20- RM30...Bergantung pada jenis dan kualiti barang tersebut...

2. Cara Jangka Pendek :

Pateri balik bahagian yang tertanggal tu...Tapi walaupun aku katakan cara tersebut cara jangka pendek,tapi dia tetap boleh menjadi jangka panjang jika pengguna menggunakan external tersebut dengan lebih cermat lagi...Tak payah nak cabut2 lagi wayar usb tu,sebab apabila selalu dipasang,dicabut berulang kali buat benda sama secara tak langsung dia akan beri tekanan kat 5 bahagian penyambung tu,. Itu yang bleh tanggal lagi...Lepas ni kalau tercabut lagi kena beli casing baru la jawabnye
  
CARA NAK REPAIR

Semestinya kena ada alat ni...pateri, penyedut timah ngan timah skali....masa kelas kemahiran hidup masa tingkatan 3 dulu, aku penah guna benda ni untuk buat keris timah...hahahahahah

 ada 5 sambungan pada usb connector tersebut...pada bahagian no 5 tak silap aku ada lima sambungan lagi....tapi aku hanya pateri semula bahagian 1-4 sahaja...manakala bahagian 5 dia akan terus bersambung dengan litar, apabila bahagian 1-4 tersebut dah bercantum dengan litar...maknanya bahagian no.5 masih ada lagi sambungan dengan litar walaupun tak dipateri semula..Lagipun nak pateri bahagian 5 susah sebab kecik sangat...

nasib baik litar tu tak rosak...litar boleh rosak(koyak) jika tempat pemateri tersebut tertanggal bersama2 dengan timah yang melekat pada penyambung...so usaha nak menyelamat akan menjadik lebih sukar...

kat sini aku letakkan besi kecik untuk memastikan usb connector tu terjongket sket dan bahagian no.5 akan terus ada sambungan...

 Bile semua dah selesai...sebelum masukkan casing, test la dulu...Bile dah ok baru bleh pasang casing...naya je bile siap pasang casing alih2 external tu tak bleh nak function....dah la nak bukak susah...

 So external hardisk tersebut bleh berfungsi macam biasa...so lepas ni tak payah nak cabut2 wayar usb tu lagi...






-NAK SELAMAT BIARKAN JE WIRE USB KAT EXTERNAL TAK PAYAH CABUT2-


Tiada ulasan:

Catat Ulasan