Selasa, 24 Disember 2013

Selamat Tinggal 2013




Pejam celik pejam celik dah nk tamat dah 2013.byk kenangan manis dan pahit dapat dikecapi tahun ni.ada yg keluar,ada yg masuk,ada yg stay,ada yg pencen,ada yg sakit,ada yg sihat,ada yg hidup dan ada yg meninggalkan dunia yg fana ini.beginilah kehidupan akan berpusing pusing seperti roda kadang kita di atas,kadang di bawah.masa semakin pantas sampai kita tak sedar yg sesaat lepas kita takkan alami saat yg sama yg mendatang….

Yang menghilang mampu membawa azam yg telah tenggelam.ramai kita dpt tengok yg telah Berjaya dgn apa yg diusahakan,ramai juga yg kecundang.kita di mana?tapi ingatlah Berjaya dan gagal seseorang itu telah ditetapkan oleh Allah.mana Milik kita?sebenarnya kita takde apa apa.hanya mengusahakan saja.Allah yg menetapkan baik buruk untuk kita.


 
Di hujung tahun ni,ramai soping kompleks melakukan gilababastahapnakmampus punya promosi akhir tahun utk dikecap dan dinikmati pengguna. nk bukak sekolah mak bapak berebut membeli brg utk anak2.smua berebut nk beli sbb harga gile-gile.sampai ada yg tercicir anak,isteri,suami…boleh tgk mcm mcm gelagat.kat sini kita yg takdek duit sedap tgk orang je.yg pakai nya mcm tak cukup kain,selak sana,potong sini,cucuk sana,cuit sini,lurah sana,dendam sini..aduhai iman ku senipis kulit bawang tak bisa menahan nafsu mata yg minta disuakan pemandangan indah ini.Kat shoping kompleks kita dapat tgk kaler yg berwarna warni.biarpun tak beli barang,dpt tgk org pun rasa cukup seronok.byk brg promosi.gajet sana,kain sini,dan mcm2 lagi.sana dok gelak,sana dok senyum,sinun dok berpelok dgn kekasih,sini dok ketawa. Sungguh indah dunia ini kan….

Cuba pula kita lepas gi shoping tu kita round plak ke hospital.melawat dan ziarah.itukan sunnah nabi.lawat lagi best area ICU,pesakit kritikal.yg tiada harapan sembuh.hanya menunggu mati.kita dpt lihat suasana berbeza.sana menangis,sini teriak,sinun dok merayu doctor,sinin dok baca yasin.pesakit dah terlantar.pakai mesin bernafas.ada yg koma.ada yg takde kaki,takdek tgn,takde kepala….jika di sini mereka ditawarkan rm 1 juta dgn kesihatan,nescaya mereka lebih mahukan sihat.Malaikat maut dok melambai2 utk ditarik nyawa,pesakit terlantar tak sedarkan diri,hanya bergantung alat pernafasan,Yassin dibaca oleh sanak saudara,suasana pilu meliputi diri.kita terasa kejamnya dunia.adilkah dunia?sedihkah dunia?

Setelah kita berulang kali dirogol oleh pemerintah yg menaikkan harga minyak,harga gula,harga tiket bas,tol an byk lagi..semua barang pakat naik.hanya hujan je yg turun.tahun dpn nk naik GST plak.adussss….syabas penduduk Msia sbb memilih Dacing sbgai pendorong jalan kita.Rakyat didahulukan derita,Penyepak diutamakan

Hujung tahun ni dikenali sbgai musim mengawan.ramai pakat wat mjlis kawin.sbb musim2 hujan sdap kalu menghabiskan masa bersama bini dan anak anak. Masa makin bertambah setiap detik tak berhenti.stamina makin kurang.tenaga makin lemah.bagaimana iman dan amal kita?kalu dulu kita dpt lari satu padang dgn selamba badak je skrg  jalan pun dah mengah,penat,letih,semput bak hang.nk main ngn anak-anak pun dah semput.belum main dgn bini lagi…maksudnya tlg bini wat keje umah…
oh…lemahnya diri kita yg dulu kita sangka kita kuat…usia semakin lanjut,badan semakin lemah,iman makin nipis,amalan makin kurang.tapi nk masuk Syurga.Layakkah kita dgn amalan dan hidupan harian kita samakah seperti yg disuruh agama.samakah seperti yg dituntut Nabi Muhammad SAW.samakah seperti para sahabat...Kalau Nabi masih ada..malukah atau banggakah nabi dgn hidup kita sekarang…sunnah nabi pun kita tak endah…Oh…Lemahnya iman aku..
Selamat Menyambut Tahun Baru 2014.semoga iman dan amal kita makin meningkat dari tahun lepas.jgn tinggalkan sunnah dan Al Quran,Insha Allah hasanah fid dunia,hasanah fil akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan