Isnin, 26 April 2010

Part 1 : Trip Ke Johor

Jumaat lepas, kami crew sembang kongkang telah mengikuti rombongan kak leha ke johor bahru ibu negeri kelahiran encik editor...Seramai 7 orang telah mengesahkan penyertaan termasuk ketua ekspedisi kali ini iaitu kak leha..Walaupun pada asalnya seramai 16 orang ingin menyertai rombongan ini, namun disebabkan syarat2 yg ketat (seperti muka sahabat saya yg ketat) memaksa sebahagiannya telah menarik diri....

2 group telah menyertai ekspedisi kali ini..group pertama adalah group alop yg terdiri dari saiful ngan haron manakala group kedua pula adalah group encik editor....Kami bertolak dari putrajaya pukul 9malam waktu indonesia barat...Perjalanan dari putrajaya ke johor bahru mengambil masa 5 jam...Perjalanan kali ni sangat mencabar dimana boleh dikatakan cuaca hujan sepanjang perjalanan...ini memaksa untuk team rombongan kena berhati-hati...

Mengikut perancangan encik editor, rombongan sepatutnya berhenti rehat di ayer keroh, namun disebabkan cuaca buruk, secara tidak langsung telah mengaburi mata encik editor..so terlepas la hentian ayer keroh...So kami mengambil keputusan untuk berhenti di hentian pagoh..



sepanjang perjalanan haron muntah2...menurut sumber yg boleh dipercayai, ini semua angkara jadu aka jati (jika ingin tahu sape jadu sila baca artikel sebelum ini)


masing2 buat muka ketat kerana kepenatan

Setelah berhenti di pagoh, kami meneruskan perjalanan ke johor bahru dan kami sampai di johor bahru pada pukul 2.30 pagi...kami bermalam di umah encik editor.......sampai je umah teros
tidoooo.......aku tak de idea, sambung part 2 je la.....




yang benar,

encik editor sk











Tiada ulasan:

Catat Ulasan