Rabu, 28 April 2010

Terkini : Rentap Futsal Kosmo

Berita terkini yg aku dapat dari kosmo...Mana-mana team yg buat pendaftaran sebelum 30 April ni, boleh menjalankan latihan kat court baru tu sebelum pertandingan berlangsung...Harga pun sama cam pancarona RM30 sejam....Kat bawah ni artikel yg aku dapat dari kosmo :


Kosmo : Pasukan-pasukan yang telah mendaftar dan membuat pembayaran bagi menyertai Rentap Futsal Putrajaya Kosmo! pada atau sebelum 30 April ini berpeluang mengadakan latihan di Kompleks Futsal Putrajaya.

Sesi latihan akan dibuka kepada pasukan-pasukan yang berminat bermula 9 hingga 13 Mei dan mereka boleh membuat permohonan dengan menghubungi talian hotline 03-22875881.

Yuran yang akan dikenakan untuk latihan selama sejam ialah sebanyak RM30 selain pasukan-pasukan perlu memenuhi syarat iaitu sudah mendaftar serta membuat pembayaran yuran penyertaan sebelum 30 April.

Sesi latihan itu bakal dibuka sepanjang lima hari bermula 9 Mei (Ahad) hingga 13 Mei (Khamis).

Kejohanan itu akan berlangsung selama tiga hari dari 14 hingga 16 Mei.




yang benar,


encik editor sk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan