Ahad, 24 Julai 2011

Malaysia 3 Singapura 5


Semalam baru je kita menyaksikan perlawanan kelayakan piala dunia pusingan ke-2 zon asia antara malaysia ngan singapore kat stadium jalan besar, singapura. Perlawanan berkesudahan singapura membaham harimau malaya 5-3. Pada separuh masa pertama, pasukan negara bermula garang apabila baru beberapa saat perlawanan dimulakan, safee sali telah meletak pasukan harimau malaya di hadapan hasil rembatan terus ke jaring. Namun setelah gol pertama itu, pasukan negara seperti hilang punca apabila membenarkan pasukan singapura menguasai perlawanan. 7 minit selepas gol pertama malaysia, singapura berjaya menyamakan kedudukan melalui pemain import yang diberi kerakyatan iaitu aleksender duric yang berjaya menampan hasil set piece dari seorang lagi pemain import dari china iaitu shi jiayi.

Gol ke-2 singapura juga adalah hasil dari set piece shi jiayi dari luar kotak penalti. Gol ke-3 pasukan singapura dijaringkan oleh seorang lagi pemain import singapura iaitu mustafic fahrudin dari yugoslavia. Gol ke-4 singapura dijaringkan oleh seorang lagi pemain import dari china iaitu qiu li. Keputusan separuh masa pertama malaysia 1 singapura 4.

Masuk babak ke-2, dato k telah membuat perubahan dengan memasukkan 2 hadi iaitu amirul hadi zainal dan mohd hadi yahya. kemasukan mereka memberi impak kepada pasukan. 2 gol pantas dari hadi yahya dan safee sali berjaya mengurangkan jurang gol. Namun pemain import singapura terus berhasil meloloskan diri apabila aleksender duric berjaya menjaringkan gol ke-5 pasukan singapura. Untuk perlawanan timbal balik di bukit jalil nanti, pasukan negara perlu bekerja keras untuk mencari gol bagi membolehkan harimau malaya layak ke pusingan ke-3. Dato k perlu mencari jalan untuk menutup kelemahan yang terdapat pada pasukan negara. Aku harap kita semua rakyat malaysia sama2 beri sokongan kat pasukan kita. Ramai2 turun stadium, bagi singapura kecut tengok fan fanatik kita...

Fakta menarik

* baru 20 saat perlawanan bermula, safee sali berjaya menjaringkan gol pertama pasukan malaysia. Gol terpantas.

* singapura menyenaraikan 5 pemain import yang diberi taraf kerakyatan, dan kesemua gol2 pasukan singapura adalah dari mereka.

*Stadium jalan besar menggunakan padang rumput tiruan berbanding stadium bukit jalil yang menggunakan rumput biasa.

* Sarbinee alawee hanya memerhatikan saje gol pertama dan gol ke-2, xde usaha nak terbang ke nak hape ke. 2nd game nanti dato k bleh gantikan dengan apek atau bagi peluang kat farizal merlias yg beraksi cemerlang masa lawan chelsea aritu.

*gol ke-2 dan ke-3 malaysia dibezakan ngan 1 minit je. Gol dijaringkan oleh hadi yahya dan safee sali.

* kapten negara, syafik rahim dikenakan kad merah kerana terjahan keras ke atas pemain pasukan singapura. So untuk 2nd game nanti syafik rahim xdok.

*penyokong pasukan negara terus memberi sokongan walaupun pasukan negara ketinggalan ngan jaringan besar. Penyokong macam ni yang kita nak, bukan macam lalang, time menang sokong time kalah kutuk.

2 ulasan:

  1. Jom ramai2 pakat g stadium 28hb ni..kita kasi gegar bukit jalil..bagi kecut singa

    BalasPadam
  2. hahaha..joomm2..kasik Booo sama singapura satu kali!!!

    BalasPadam