Jumaat, 8 Julai 2011

Tazkirah Pagi Jumaat - 10 ciri org wajib kawin....

gambar ihsan dari google sekadar contoh - abg rakus


Korang dah kawen???belum??korg tau tak syarat-syarat org yg wajib kawin???berikut 10 ciri-ciri org yg wajib kawin..............
  • Hati merasa sunyi walaupun dikeliling ramai orang

"Dan kahwinkanlah orang yang bersendirian di antara kamu dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, maka Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya; dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui." (Surah an-Nur : 32)
Apabila seseorang merasa sunyi walaupun ramai orang disekelilingnya, itu adalah tanda bahawa sudah sampai waktunya dia perlu berkahwin. Dia memerlukan seseorang untuk mengisi kesunyian tersebut. Bagi mengelakkan berlaku perkara tak elok, dia wajib berkahwin. Sabda Rasulullah S.A.W.;

" Sesungguhnya syaitan itu bersama seorang dan menjauh apabila berdua." Hadith sahih riwayat Ahmad, an-Nasa'i, at Tarmizi, Ibn Hibban dan lain-lain.

Apabila manusia berseorangan, dia lebih mudah terdedah dengan godaan dan tipu daya syaitan. Oleh itu, berkahwin dapat menyelamatkan kehidupannya.

  • Kehidupan tidak terurus
Kehidupan terurus amat penting kerana kehidupan sepatutnya menjadi medan untuk beramal soleh dan menunaikan kewajipan serta perintah Allah mengikut lunas² Islam. Kehidupan tidak terurus seperti tidak kemas, rumah yang bersepah dan macam² lagi. Oleh itu, orang seperti ini wajib berkahwin supaya mereka lebih bertanggungjawab serta berkeyakinan untuk menjalini kehidupan yang lebih bersistematik.

  • Jiwa menjurus kepada berlawanan jantina
Korang pernah merasa berdebar² semasa lalu atau berada berhampiran dengan orang berlainan jantina? Kalau ya, jangan sesekali duduk berdekatan. Cukup la sekadar melihat dari jauh. Rasulullah S.A.W. bersabda;

"Maka sesiapa yang fitrahnya diarahkan kepada sunnahku, maka dia telah mendapat pentunjuk. Sesiapa yang fitrahnya terarah kepada selainnya, maka dia telah binasa." - Hadith riwayat Ahmad dan Ibn Hibban.

Kalau hati berdebar² semasa memandang orang berlainan jantina, maka golongan ini tergolong dalam golongan yang diwajibkan kahwin.

  • Hilang fokus apabila ada orang berlainan jantina
Hilang fokus apabila ada orang berlainan jantina biasa berlaku kepada orang bujang. Ini menyebabkan gangguan kepada tugas harian seperti hilang tumpuan, prestasi kerja merosot dan lain² lagi. Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku, jalan paling selamat dan ubat paling mujarab ialah berkahwin.

  • Cemburu melihat kebahagiaan orang lain
Perasaan cemburu terbahagi kepada 2 iaitu ke arah kebaikan dan ke arah keburukan (hasad). Perasaan hasad boleh memhapuskan kebaikan yang ada pada diri. Sabda Rasululah S.A.W. ;

"Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu." Hadith riwayat Abu Daud

Jika korang ada rasa cemburu atau dengki melihat kebahagian orang lain terutama kebahagian kawan², korang wajib segerakan perkahwinan.

  • Wujud perasaan sayang terhadap kanak-kanak
Ini berlaku kepada mereka yang sudah sampai seru untuk berkahwin. Perasaan keibuaan atau kebapaan sudah mula wujud dalam diri dan ini menunjukan seseorang itu sudah sampai waktu untuk memiliki keluarga sendiri.

  • Jatuh cinta pada seseorang
Jatuh cinta adalah fitrah manusia yang dapat dielakkan. Lelaki akan tertarik kepada perempuan dan begitu juga sebaliknya. Oleh itu, perkahwinan adalah sebaik-baik hubungan antara lelaki dan perempuan.

  • Desakan hawa nafsu
Ini biasa berlaku kapada golongan yang baru mencapai usia remaja. Golongan dewasa yang mencapai usia pertengahan juga mempunyai desakan ini. Mereka perlu berhati² mengawal desakan hawa nafsu ni dan cara yang paling selamat untuk mengawal desakan ini ialah berkahwin.

  • Beronani
Kebanyakan orang tau maksud beronani. Kalau tak tau, sila cari maksud dengan pakcik Google. Beronani adalah satu dosa di sisi Islam. Firman Allah S.W.T.;

"Dan mereka yang menjaga kehormatannya (dalam hubungan seksual) kecuali kepada isteri dan hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela. Barang siapa yang mengingini selain yang demikian, maka mereka adalah orang yang melampau batas." - Surah al-Mukminun; 5-7

Jadi untuk mengelakkan perkara tersebut terjadi, kahwin adalah satu jalan yang betul.

  • Dorongan untuk melakukan hubungan intim
Seseorang itu wajib kawin jika wujud dorongan untuk melakukan hubungan intim.

3 ulasan:

  1. dah ada ciri2 kena wajib kawin ni..hihihi..
    nak kawin..:)

    BalasPadam
  2. kalau takdek calon kami pon sedia menerimanya.......hehehehe

    BalasPadam
  3. mangsa abang rakusJulai 13, 2011

    sy penah jadik mangsa abg rakus..dunia sy gelap gelita..huhuhu

    BalasPadam